Tuesday, March 29, 2011

Bangun Pagi.... Basah

Basah.. Basah.. Basah


Tak payah cakap apa-apa. Aku tahu imej ini yang korang bayangkan sejurus selepas korang baca tajuk entry ni. Maaf la sebab korang tersalah sangka.

Anyway, kisah entry kali ni bukan mengenai aku bangun pagi dari tidur dengan seluar basah kerana kencing malam ataupun kerana terakil baligh untuk kali keberapa entah ataupun kerana berpeluh yang melampau di celah peha aku. Bukan, bukan, bukan.

Pagi tadi, aku terjaga sebentar dari tidur dalam pukul 8.15 pagi. Ni takde kes lain, roommate aku buat bising la ni. Memang betul pun, ada member dia datang nak pinjam barang. Aku dah angin sikit pagi tadi sebab kacau tidur nyaman aku. Tengah sedap mimpi pasal Lisa Surihani, dia boleh potong stim lak. Tapi kemarahan aku tak sampai tahap klimaks sebab terasa angin di sekeliling amat nyaman dan sejuk. Bunyi titisan hujan di luar bilik turut didengari, bagaikan muzik untuk mendodoikan seorang bayi. Aku pun tiba-tiba terasa macam seorang bayi gak. Sambung tidur la, apa lagi..... Zzzzzzzz.....
~
~
~

Sekali lagi, aku terjaga dari tidur. Kali ni, henset aku pula berbunyi dengan nada dering mesej. Nak je campak henset tu ke dinding, tapi bila aku baca SMS tu dan dari siapa yang menghantar, tak jadi la nak campak. (Ehem-ehem). Jadi, aku pun bangkit dari katil, pergi segarkan diri membasuh muka. Masih lagi berhujan di luar. Makin lebat pulak tu. Macam pepatah kata omputeh, ' It's raining cats and dogs '.

Tak masuk akal punya pepatah. Kalau kita kena anjing tu, SAMAK lah!

Masalahnya, sampai ke sekarang ni hujan lagi. Agak-agak kalau semalam aku gali swimmimg pool kat luar tu, dah penuh kot. Dah la sejuk sekarang ni. Aku pakai baju macam duk London dah ni. Kalau tak tahan sangat, aku buat unggun api je kat luar tu. Disebabkan hujan, dan aku pun tak ada payung, terpaksa la beli payung tadi semasa berjalan-jalan. Tak pasal-pasal aku buat aksi filem Hindustan dalam hujan.

Lebih kurang macam ni. Cuma kulit kena gelap sikit.


Dalam kesejukan ni, sama-sama lah kita berdoa semoga hujan ini tidak mencapai tahap yang merbahaya. Tahun lepas pernah banjir, semoga kali ini tidak sampai ke tahap begitu. Tak pasal-pasal dapat cuti dan kuliah pun batal. (Memang la best, tapi agak-agak la. Tengah semangat study ni..)



Okay, jom sambung study dalam sejuk ni.


p/s: Alot Setar dah mula banjir sedikit.

Saturday, March 26, 2011

Dah Berapa Kali Korang Diingatkan?

Bila dah nama tu seorang pelajar, belajar la. Jangan leka sangat dengan keseronokan dunia ni. Jangan nak enjoy sangat. Nanti duit habis, sendiri merana.

Bila dalam kelas tu, bagi la tumpuan. Ingat diri tu dah pandai sangat ke? Kalau kau dah pandai, confirm kau anugerah dekan sepanjang tahun. Dalam kelas tak nak bagi tumpuan, nanti final exam tercirit nak jawab. Study week mula la menggelabah, mula la tercegat nak buka buku. Sepanjang semester, Muka Buku je yang kau tengok. Lu orang fikir sendiri lah ya.

~
~
~
~
~
~
~
~


Okay, rasanya nasihat ni tak perlu korang dengar. Aku pun tengah menulis entry ni dalam kelas. Kesian aku tengok pensyarah ni menyembur air liur kat depan.. (Sambung memberi tumpuan....)

Monday, March 21, 2011

Apa guna ada WebCam?

Aku pasti hampir semua laptop korang mesti ada webcam. Paling kurang pun, ada je webcam tapi tak berfungsi (macam aku punya). Kalau ada laptop yang takde webcam tu, bukan bermaksud laptop tu kuno. Mungkin ia untuk pengguna laptop yang sangsi dengan kewujudan webcam tu boleh bertindak sebagai CCTV, lantas privacy dorang pun terganggu apabila hendak menukar pakaian atau masih berkemban selepas mandi (kalau korang tengok American Pie korang tahu apa aku maksudkan). Jangan salah faham, aku bukan menyeru korang menyalahgunakan webcam tu, especially to those perverts out there (konfem aku tak termasuk).

Jadi, apa kebaikan ada webcam ini? Well, dah nama pun kamera, untuk menangkap gambar la kan. Sebab itu kita sering nampak orang berposing di depan laptop dan teruja melihat gaya sendiri dalam webcam viewer. Takpela, kita bagi peluang untuk mereka berjakun. Selalunya perempuan suka bergambar cara ni, tapi tak mustahil lelaki pun ada gak. Ada je contoh kat bawah ni:

Aku tak kenal ni siapa. Tapi posing dia nampak menarik.

Selain menangkap gambar, webcam boleh berinteraksi secara video. Kalau chatting di Yahoo Messenger atau Skype, nampak lagi seronok sebab boleh buat ekpresi muka dan boleh tengok kawan yang kita chat dengan tu. Disadvantage, kena jaga perlakuan semasa video chatting. Jangan la korang bantai korek hidung dan kawan di sebelah sana terpaksa melihat hasil lombongan korang dalam webcam dia.


Contoh video chatting sambil main game di YM. Cute kan budak tu.

Selain tu, ada la beberapa kebaikan lain korang boleh buat dengan webcam ni. Contohnya, buat la rakaman untuk menasihati orang ramai, bagi public awareness, menyampai mesej berpengajaran, dan gunalah kreativiti masing-masing. Internet ni ramai penggunanya. Jadi, tak mungkin takde orang yang melihat video korang dan terima mesej korang sampaikan. Ada beberapa contoh individu yang membuat kerja sebegini. And they're Malaysians. Berbangga lah wei!

 

 



Ada ramai lagi sebenarnya. Korang cari je. Yang penting, di sebalik lawak yang dorang buat, ada mesej untuk orang ramai dan nasihat untuk orang awam. Jadi, jom ramai-ramai kita buat video bengong macam ni. Semoga orang awam dengar suara kita. (Aku pun masih planning untuk buat video. Cari idea dulu.)

Saturday, March 19, 2011

Hebat ke Dorang Ni?

Manusia memang ada perasaan ingin mencuba yang tinggi. Rasa macam tak seronok kalau tak mencuba benda baru atau tidak mencari pengalaman. Mungkin kemahiran baru dapat dibina dalam diri, dan pengalaman tu akan memberi kelebihan untuk masa depan.

Sama la macam budak 3 ekor ni. Dari mana entah terwujudnya idea untuk buat servis fotografi, tiba-tiba dorang dah mulakan perkhidmatan. Dah ada beberapa event yang dorang jadi jurugambar, khususnya majlis perkahwinan dan pertunangan. Dorang juga ada membuat sesi fotografi alam semulajadi dengan menangkap gambar beberapa ekor monyet bergembira pada musim luruh di Sintok (ya, Sintok ada musim luruh) sebab seronok tengok bunga berguguran.

Jadi, korang tentukan sendiri dorang ni hebat ke tak. Maklumlah, pengalaman pertama menjadi event photographer ni, mungkin ada kekurangn ataupun kesilapan lagi dalam hasil produk dorang. Kalau tanya penulis blog ni, dia berpuas hati dengan hasil dorang. ( Ehem2, nanti aku tuntut komisyen dari dorang. Mahal kot nak memuji sekarang ni. )

Ikut link ini kalau nak tengok blog dorang dan usyar gambar-gambar yang dorang tangkap. Tekan di sini. Di sini ! DI SINI !!!!

Logo dorang. Tapi aku macam kenal je slogan dorang tu. Dari mana ek?

Friday, March 18, 2011

The Final Frontier

Waaa.. Oooo.. Wow!! Macam jakun lak bila aku buka balik blog sendiri ni. Al-maklumlah, dah sebulan aku tak update. Bukan sengaja, tapi aku agak sibuk sekarang ni. Anak-anak kat rumah tu aku kena jaga, makanan dalam rumah pun aku kena beli. Tu belum lagi kena cari duit untuk bil elektrik, air, Astro, langganan majalah Mangga dan Playboy, duit nafkah lagi.


Eh, bila masa pula aku kahwin?
-
-
-
-


Okay, tadi aku berangan sekejap. Kesibukan yang melanda aku sekarang ni kerana aku seorang pelajar semester terakhir dalam universiti. Bila dah nak habis belajar ni, faham-faham la keadaannya. Assignment adalah teman baik, buku adalah pegangan hidup, nota adalah pembantu peribadi, dan exam pula adalah hakim kau. Tu belum termasuk pen, kertas, stapler, pembaris, kalkulator, dan cotton bud (untuk mengorek telinga time tengah study) yang menjadi pekerja am untuk kau. Meja aku pun tak pernah bersih sejak beberapa minggu ni. Tak percaya, tengok la sendiri.

Kain tergantung tu aku guna untuk padam papan putih

Haa. Dahsyat kan? Tapi aku tak kisah la. Bak kata pepatah omputeh, ' A clean desk is the sign of a sick mind '. Maksudnya, minda aku sihat la ni sebab meja bersepah. Kalau korang tak percaya, korang tanya Garfield.

Aku yakin Garfiled mempunyai minda yang sihat macam aku.

Tapi di sebalik kesibukan dalam pembelajaran ilmu ini, kena la cari pengalaman dan melibatkan diri dalam aktiviti. Bukan untuk berseronok saja, tapi pengalaman berkerja dalam satu pasukan projek ataupun organisasi boleh membantu korang bila nak kerja dalam syarikat besar selepas graduasi nanti. Kalau setakat kerja dalam kedai membuat kek bahulu tu lain cerita la, kau cuma kena tahu cara-cara menggunakan ketuhar api.

Satu lagi sebab ialah kau akan rasa mempunyai tanggungjawab, dan tanggungjawab itu yang akan memotivasi anda untuk menjalankan tugas. Tu belum bila dah kahwin nanti, lagi banyak tanggungjawab kau. Kau juga kena biasakan diri berada dalam satu organisasi sebab suasananya boleh buat kau tension. Kalau kau jenis tak biasa dengan ketegangan (maksud aku bila membuat kerja, bukan bila bangun dari tidur), kau akan cepat mengalah dan kau juga yang akan merasa kerugian. Kuatkan la semangat, dan tegarkan hati tu.

Lastly, berseronok la sepuas-puasnya sebelum kau tangisi pemergian kau dari instisusi ini. Kau ada kawan-kawan, luanglah masa sebanyak mungkin dengan dorang kerana di sini dorang la adik-beradik kau, satu-satunya keluarga yang kau ada bila berjauhan dengan keluarga induk masing-masing. Rasa-rasa macam dunia ni terlalu besar untuk kau jelajahi berseorangan, jelajah la beramai-ramai dengan kawan-kawan. Kau takkan rasa dunia ini terlalu besar, dan apa yang mustahil bagi kau akan menjadi kepastian.  

The world has no limits when you're with your buddies.

* Quote buatan sendiri.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang kini menjalani semester terakhir, semoga berjaya aku ucapkan, dan ingatlah perjuangan itu tak akan terhenti selagi kita belum berhenti bernafas.  Maksud aku, selepas graduasi nanti, kita masih lagi ada perjuangan. Sebelum kita ke dunia kerjaya tu nanti, persiapkan la diri dengan kekuatan dalaman dan kemahiran luaran. Bagi mereka yang belum dalam semester terakhir, teruskan perjuangan. Jangan mengalah dengan cepat, dan jangan biarkan diri leka tanpa kesedaran.

This may be our Final Frontier, but it may not be our final moments in life.

*Bagi mereka yang nak tahu apa Final Frontier tu, tengok menatang bawah ni.

Khas untuk peminat Maiden di luar sana. Dapatkan album terakhir mereka di pasaran, atau download saja kalau tak mampu. :D