Tapi tahun ni mood raya tu kurang seronok dah. Banyak la faktor menyebabkan. Tahun ni mercun tak ada. Kalau tak tiap tahun ayah aku dapat stok dari member dia kerja kat kastam. Pelita pun tak pasang tahun ni kat kampung,guna lampu kelip2 beli kt Danau Kota je. Nenek lak kurang sihat tahun ni. Selalunya dia akan duduk kat ruang tamu melayan tetamu datang menziarahi. Kali ni dia baring je kat katil dan tetamu lak datang ke dia. Duit raya aku masih terima. Segan gak sebenarnya umur dah meningkat ni leh dapat duit lagi, tapi tu la tradisi saudara-mara kami. Selagi belum bekerja, belum makan duit gaji, dan masih belajar, masih layak untuk terima duit raya. Elok la tu. Aku memang perlu duit. Tau2 la aku spending mcm mana.
Nampaknya, tu la hakikat yang aku kena terima. Semakin tua, mood raya memang akan turun. Keseronokan dahulu tak akan sama macam sekarang. Tapi sebenarnye bukan keseronokan tu yang penting. Raya is not about having fun only, and it's not just another holiday.
Apa yang penting pada Hari Raya ialah kesedaran. Kita akan sedar salah silap kita pada tahun sebelumnya, sedar apa maksud hidup dalam kesusahan, sedar apa itu erti kasih sayang, sedar apa erti kehilangan sesuatu, dan sedar apa nikmat yang Allah berikan pada 1 Syawal.
Kalau imbas kembali adegan masa aku salam mama n ayah, ini yang dipesan oleh mereka.
" Kamu sebagai saudara lelaki paling tua dalam keluarga, kena la jadi contoh yg baik, " kata ayah.
" Kamu kena ubah attitude kamu. Ubah dari yang buruk ke baik, bukan sebaliknya, " mama lak pesan.
Memang aku taw aku ada masalah attitude. I've been displaying them throughout the whole year. Tapi bukan lah teruk perangai aku. Mak aku cuma nak aku tunjuk sikap yang lebih baik, lagi banyak menghormati orang lain, dan lebih merendah diri ( 'dah tak cukup pendek ke aku ni,mama?' ). Sebab dengan attitude yg baik tu lah harapan ayah aku dapat dinyatakan; menjadi contoh yg baik.
Aku pula sedar maksud hidup dalam kesusahan apabila petang td ada sepasang adik-beradik lelaki datang melawat nenek. Aku memang tak kenal budak 2 orang ni, tapi nenek aku kata dorang cucu seorang kawan. Nenek kata mak bapak dorang berpisah sebab bapak dorang drug addict and an abuser. Dorang tinggal dengan mak yg mencari wang dengan menjual kuih je. Aku mula2 ingat drama Melayu je wujud kisah2 cmni, rupanya kampung aku pun ada gak. Aku turut bersimpati dengan mereka. Walaupun dlm kesusahan, mereka tetap mencari kebahagiaan pada Hari Raya ni. Aku terus sedar yg aku patut bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang.
Pada saat tu gak aku sedar erti kehilangan sesuatu. Patut ke aku rasa kekosongan beraya tahun ni sedangkan keluarga tersayang aku masih ada? Masa depan aku masih terjamin memandangkan aku masih belajar di universiti, dan keadaan aku masih sempurna tanpa sebarang kecacatan. Patut ke aku rasa bosan beraya ni sedangkan aku masih mempunyai semuanya yg cukup utk membuat aku gembira? Astagha. Memang kadang2 aku rasa aku tak bersyukur dengan apa yg Allah dh beri.
So,aku pun mula mengubah fikiran aku. Raya ni bukan sekadar keseronokan fizikal yg kita selalu harapkan. Raya mengajar kita apa yg sebenarnya hidup ini menawarkan. Ada keselesaan, ada keperitan. Ada bahagia, ada derita. Bersyukurlah dengan apa yg masih ada. Sebab andai kata Raya tahun depan kita tiada apa2 pula, tiada lagi erti Hari Yang Bahagia pd pagi 1 Syawal kelak.
Kullu Am Wa Wantum Bikhair - Semoga kebaikan bagi anda sepanjang tahun.
Sememangnya, ucapan itu yg layak utk aku renungkan pd Aidilfitri tahun ni.
No comments:
Post a Comment