Tuesday, September 7, 2010

Kenapa aku tak seperti dulu?

Ramadhan bakal meninggalkan kami. Bulan yang penuh berkat dan keistimewaan untuk seluruh umat Islam. Ibadah puasa membentuk sahsiah diri, sola terawih mengukuhkan iman, dan amalan menderma, menjimat dan membayar zakat fitrah menunjukkan kezuhudan kita. Memang rugi sebenarnye kalau bulan ni tak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mak dan ayah aku bukan la orang alim, tapi dorang rajin megamalkan ibadah sunat. Setiap malam pergi surau, solat terawih, tadarus Al-Quran dan qiamullail pada malam-malam tertentu. Anak-anak pula? Terawih gak,tapi depan laptop. Well,bukan la nak kata kitorang tak penah join. Tapi umur dah meningkat ni,macam-macam alasan yang diberi. Mak aku pun dah malas nak tegur.

Kalau nak diikutkan,aku dulu bukan pemalas macam sekarang ni. Rajin gak pegi surau. Mungkin sebab dah terikut-ikut dengan suasana dekat sekolah dulu. Maklumlah,sekolah asrama penuh. Yang sunat dibuatnye wajib. Yang makruh dibuatnye haram. Memang tiap malam aku join solat terawih dorang. Solat lima waktu pun berjemaah je. Kadang-kadang jela sodorm ( istilah solat dalam dorm, tiada kaitan dengan 'sodom' ). Tapi aku mengaku semua tu kerana paksaan. Kalau tak pasal peraturan asrama dan warden yang samseng, entah-entah aku lagi teruk dari sekarang ni. Itulah aku dulu. Someone who stuck by the rules and feared it.

Nape la aku takleh kembali macam dulu? Tenang sket mak aku tengok. Takdela dia pandang sinis je kat aku. Nampak la sket aku ni budak baik lagi. Dulu senang je aku nak menang hati mak aku. Ayah aku pun senang hati je dengan aku. Pada awal bulan ni, aku mula menunjuk perubahan. Minggu pertama Ramadhan aku join solat terawih kat surau kolej. Tapi semangat tu hilang juga lama-kelamaan. Senang sangat aku leka dan terpengaruh dengan orang lain. Haih. Sedih sebenarnye tengok aku macam ni.

Ya Allah, andai aku merugikan peluang cerah di bulan Ramadhan ini, biarlahaku berpeluang lagi untuk Ramadhan tahun berikutnya. Semoga tak ku siakan lagi bulan yg mulia ini di tahun hadapan. Amiin.


Doa adalah senjata orang Mukmin

No comments:

Post a Comment