Siapa tak suka susu coklat? Kalau ada, anggap lah anda belum cukup syarat untuk dilabel cool. Memang sedap. Lagi-lagi susu coklat Good Day. Lagi enak dari kopi ginseng dan tongkat ali dicampurkan dan dihiasi pula dengan buih teh tarik.
Namun, berlaku pula insiden bodoh terhadap diriku baru-baru ini. Sedang kelaparan dan kehausan di tengah malam selepas membuat assignment yang mampu mengecaikan sanubariku, aku menuju ke Emzek DPP TM yang buka 24 jam ( 7Eleven memang cukup bengang dengan perkara ini ). Aku survey minuman-minuman yang terletak dalam peti sejuk. Kopi, air soya, jus buahan, Carlsberg (eh,mcm mana leh sesat? ), disusun dengan kemas. Satu pun tak menarik minat. Malam sebelumnya dah minum jus oren Minute Maid. Jadi, aku tak mau la bangun pagi esok dengan sakit perut lagi.
Sampainya di peti sejuk hujung, aku terjumpa apa yang dicari. 'Tu dia Peel Fresh!' (yang terletak bersebelahan susu coklat yang aku inginkan). Aku pun mengambil sekotak Marigold kerana Good Day kehabisan stok. Kotaknya bercorakkan kulit lembu yang berwarna hitam dan putih, seperti yang kita didedahkan dalam iklan Fernleaf masa kecil dulu. Harganya RM5 kerana Emzek juga ingin menjadi setaraf dengan 7E dari segi harga barangan.
Aku pun berjalan menuju kembali ke bilik aku. Oleh sebab perasaan yang tidak sabar, aku buka penutup kotak itu dan minum on the spot. Sedeguk dua, aku mula terasa kelainan. 'Sejak bila lak coklat rasa tawar?', aku berkata dalam hati. Hairan dengan rasa susu itu, aku melihat ke dalam lubang bukaan kotak itu. Susu itu berwarna putih. Dan aku mula terdetak hati kerana menyangka aku sudah tersilap beli. Apabila aku melihat tulisan pada kotak itu, barulah ku sedari tahap kebodohan aku. Marigold Susu Dipasteur. Dengan Kalsium Tinggi. Tiada pun tersebut susu itu berperisa coklat. Aku hanya mengikut naluri dan rupa kotak itu semasa memilih tadi. Damn, how much idiotic can I be?
So, the lesseon here, boys and girls, minumlah susu ye. Susu elok untuk tumbesaran badan dan menguatkan tulang..
Oh ya. Itu hanya pengajaran pertama. Pengajaran kedua: Don't judge a milk by it's carton. READ, YOU ASSHOLE!!!
P/S: kalau aku habiskan sekotak ni leh menambah ketinggian aku, elok gak.
No comments:
Post a Comment