5) Old MacDonald Had A Farm - Lagu Kanak-kanak
Masa kecik-kecik dulu mesti korang pernah nyanyi atau dengar lagu ni di tadika. Kalau tak tadika pun, sekolah menengah pun korang boleh dengar. Masa tu YouTube dah wujud kan. Lagu ini menyebut semua haiwan-haiwan penternakan yang dimiliki Old MacDonald. Dia ada lembu yang boleh main skateboard, kambing yang pandai main gitar (rasanya kawan aku pun macam ni), itik yang gatal, ayam yang boleh berenang, dan macam-macam lagi haiwan. Apa kaitan dengan Aidiladha? Senang sahaja. Kita tengok daripada haiwan-haiwan ini, yang mana boleh dijadikan haiwan korban. Info ini dipetik daripada blog orang lain. Pinjam kejap, ya.
" Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:
1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta
Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:

1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun. "
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun. "
4) Nona Asiah & Rahmah Ali - Lembu Patah Tanduk
Lagu ni sangat old school, diambil dari filem Badang semasa gambar masih berwarna hitam dan putih. Chorus lagu ni pun sbaka terngiang-ngiang di telinga korang:
" Anak odeng, odeng,
Anak odeng, odeng,
Lembut patah tanduk,
Patah tanduk."
Lirik lagu ni tiada kaitan pun dengan sambutan Aidiladha, tapi tajuk itu ada sebenarnya. Mengikut hukum, lembu yang tanduknya patah tetapi sebahagian sahaja dan bukan sehingga ke pangkalnya adalah sah. Kalau patah sampai ke pangkalnya sehingga tercabut sebahagian daging,maka ia haram dijadikan korban. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain yang bertanduk seperti kambing, kerbau, seladang, kibas, rusa, dan juga ikan flowerhorn. Jadi, tengok-tengok kepala haiwan tu, ya.
3) Lamb Of God - Red Neck
Kalau korang dengar lagu-lagu daripada band ini, mungkin anda tertanya-tanya kenapa lagu band heavy metal ini ada kaitan dengan senarai ini. Apa kaitan headbanging dengan sambutan Aidiladha? Jangan salah faham. Anda tengok dulu nama band tu. Kalau anda ingat kisah Nabi Ibrahim A.S. yang sudah bersedia untuk menyembelih anak kandungnya sendiri, Ismail A.S., Allah S.W.T telah menurunkan seekor kibas untuk digantikan sebagai haiwan korban. Ia juga menunjukkan kepatuhan Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah untuk menyembelih Ismail, sedangkan anaknya tidak bersalah.
Jadi, istilah Lamb Of God itu boleh dikaitkan dengan kibas yang diturunkan Allah sebagai korban yang mengasaskan ibadah korban pada setiap Aidiladha. Tapi perlu diingatkan, lamb itu bermaksud anak kambing, dan jika belum cukup umur, ia tidak boleh dijadikan korban.
Tajuk Red Neck tu cuma gambaran leher seekor haiwan bila disembelih. Penuh dengan darah kan.
2) Jamal Abdillah - Jeritan Batinku
Abang Jamal yang membawa lagu lagenda Allahyarham P.Ramlee ini tersenarai di nombor 3. Kenapa lagu ini tersenarai juga? Apa kaitannya? Haa. Mari kita uraikan.
Korang tahu tak apa maksud Jamal dalam bahasa Arab? Jamal itu bermaksud unta. Dan unta juga tersenarai dalam haiwan-haiwan yang boleh dijadikan korban, walaupun unta tak terdapat dalam negara ini. Jadi, apa kaitan lagu ini pula? Senang saja. Korang dengar tak 'jeritan batin' seekor haiwan itu bila lehernya disembelih? Dalam fikiran kita, haiwan itu sedang kesakitan dan terseksa. Tapi sebenarnya ia mengucap kalimah syahadah dan tahmid kerana ia bersyukur dapat menjadi haiwan korban untuk melengkapkan ibadah kita. Sedangkan haiwan pun bersyukur dapat mengorbankan dirinya untuk Allah, kita manusia pula sudah bersediakah? Sudah terniat dalam hati untuk membuat pengorbanan demi agama? Kita fikirkan sama-sama.
And don't worry, Abang Jamal. Abang tak akan disembelih kali ni walaupun abang satu-satunya unta terkenal dalam Malaysia ini.
1) P. Ramlee - Berkorban Apa Saja
Sudah lah tu. Dari tadi lagu merepek je, lagu ini memang layak dapat ranking nombor satu dalam carta. Lagu ini tiada maksud tersirat, ia memberi tafsiran secara langsung mengenai erti pengorbanan.
" Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia."
Berkorban boleh dalam apa jua bentuk. Harta, cinta, kerja, dan nyawa. Berkorban juga untuk suatu kebaikan dan bukan yang sebaliknya.
Tahniah diucapkan kepada Allahyarham P.Ramlee kerana menduduki ranking pertama dalam carta Top 5 Lagu-lagu Sempena Aidiladha. Kami mendapat bantahan daripada Jamal Abdillah kerana dia juga pernah membuat cover lagu ini. Tetapi, kami tidak dapat anugerahkan kerana originality lagu ini milik P.Ramlee.
Itu sahaja segmen kita pada hari ini. Semoga Aidiladha pada tahun ini memberi makan kepada anda semua. Oh, tersilap. Saya sebenarnya maksudkan 'makna', tapi 'makan' pun boleh juga kerana anda semua akan dapat rasa daging korban nanti. Inshaallah. Salam Aidiladha diucapkan kepada semua pembaca. Min Al Aidi Wal Faizin. :)

Tak boleh zoom. Takut ada yang geli. |

" Hi! Nama saya Jamal. " |

jamal pak tongko juga seekor unta, cuma beliau tak terkenal.
ReplyDeleteOh. Tak apa. Mesti dia duduk di Gurun kan. Bukan tengah kota macam Jamal Abdillah.
ReplyDeletesamat raya ajii :D
ReplyDelete