Thursday, November 11, 2010

It's That Time Of The Year

Setiap tahun, atau semester kalau nak lebih terperinci, akan tiba masa yang dihadapi lapisan masyarakat yang lebih dikenali sebagai pelajar-pelajar universiti. Pada masa ini, suasana di kampus menjadi tegang, semua orang berubah perangai secara tiba-tiba, mereka lebih banyak meluang masa dalam bilik, dan pada waktu lewat malam atau awal pagi, mereka masih segar bila sepatutnya mereka sudah tidur. Sekarang, sudah masuknya waktu itu. Ya, tuan-tuan dan puan-puan.


Sekarang, sudah masuk waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengannya. Jangan lupa tunaikan kewajipan anda. Tapi selepas itu jangan lupa kembali ke topik yang ingin disembang ini, ya.


Peperiksaan akhir semester sudah tiba ataupun sudah selesai bagi kebanyakan IPTA. Bagi UUM pula, mereka akan menduduki peperiksaan selepas cuti Aidiladha kerana keadaan banjir di Alor Setar telah menyekat bekalan makanan, sumber minyak, kertas, pen, dan alat-alat tulis yang lain dan menyebabkan peperiksaan mereka tidak dapat dijalankan sehingga keadaan pulih seperti biasa. Bagi yang sudah selesai menduduki peperiksaan, mereka boleh menikmati cuti semester mereka. Dan yang masih menjalani peperiksaan, semoga berjaya menjawab kertas-kertas yang tinggal.

Pelajar-pelajar UUM pula, manfaatkan masa yang tinggal ini untuk bersiap sedia. Tinggal 10 hari sebelum peperiksaan pertama akan bermula, dan masa itu sememangnya suntuk jika ingin menguasai subjek-subjek yang telah dipelajari sepanjang semester ini. Apa-apa pun, jangan study sampai tension, dan tenangkan fikiran anda bila mula terasa tegang dengan ulangkaji anda.

Sebagai bantuan, di sini ada beberapa tips untuk bersiap sedia sebelum menghadapi kertas peperiksaan anda. Jika tips ini tak membantu, tolong jangan salahkan saya kerana ia sekadar tips. Kalau tak berkesan, mungkin ia tidak kena dengan jiwa dan sanubari pembelajaran anda.


1. Rujuk short notes

Nota pendek yang ringkas dan padat dapat membantu anda memahami pelajaran dalam masa yang singkat. Memang susah kalau kita mengharapkan sebuah buku teks tebal dapat memperbaiki pemahaman kita dalam jangka masa pendek. Jadi, guna lah nota pendek yang disediakan pensyarah ataupun anda buat sendiri. Kalau anda tidak pernah buat short notes dan sebelum exam baru nak terkial-kial buat, abaikan sahaja tips ini.


2. Perbincangan Dalam Kumpulan

Bak kata pepatah orang putih: Two is a company, three is a team. Four is a gangbang. ( Okay, ayat last ni tak termasuk sebenarnya.) Bila buat group discussion, lagi banyak pengetahuan diperolehi dan bantuan akan lebih senang diberi kepada mereka yang lemah sedikit dalam suatu subjek. Dan seperti ayat di atas, seeloknya biar kumpulan itu dirangkumi 2-3 orang sahaja. Jika lebih daripada itu: 'Bang Bang Bang!'.

This is a study group. Not a gangbang.



3. Buat Latihan Soalan Past Years

Selalunya, soalan-soalan semester yang lepas boleh diperolehi dalam Portal Library ataupun daripada pensyarah yang mengajar subjek itu. Latihan ini boleh membantu kita mendapat gambaran soalan yang kita akan jawab atas kertas nanti. Lebih banyak latihan akan membiasakan diri anda dengan soalan-soalan yang kerap ditanya. Tapi jangan bergantung sangat dengan soalan past years kerana soalan boleh berubah-ubah setiap semester. Anggap sahaja sebagai latihan pengukuhan.

4. Jaga Kesihatan Dan Pemakanan

Walaupun exams nak dekat, jangan penuhkan masa dengan menghadap buku atau nota sahaja. Boleh jadi gila tak tentu pasal nanti. Bila dah study selama 1.5 - 2 jam, rehatkan lah minda tu selebih-lebihnya 30 minit sahaja. Nak tenangkan fikiran, boleh main game, tengok video (yang baik-baik sahaja), ataupun rehat minum dulu. Petang-petang seeloknya pergi bersukan kerana lemak berlebihan dalam badan boleh membuat otak berfikir dan bertindak dengan lambat. Pemakanan juga mesti dijaga. Jangan biarkan diri anda berlaparan dan jangan pandai-pandai nak diet time exam. Silap-silap nanti, anda die time exam. Elakkan daripada membuat maggi sebagai makanan ruji kerana ia tidak elok untuk perkembangan otak, lagi-lagi nak menghadapi exams. 

Makan dan bersukan itu penting



5. Guna masa dengan sebaiknya 

Kalau dah tahu kesuntukan masa, jangan bazirkan dengan perkara-perkara yang tak penting. Jangan tidur berlebihan sampai 8-10 jam. Anda study sahaja, bukan buat kerja buruh contract sampai perlu tidur lama. Kalau ada niat nak pergi jalan-jalan di pasar malam Changlun, ataupun shopping di C-Mart, atau dating dengan girlfriend / boyfriend di tepi sawah, abaikan dahulu. Dah selesai exams nanti, jalan lah puas-puas. Nak mandi dan buang air pun tak perlu lama sangat. Jangan layan lama-lama duduk dalam toilet tu sampai kering najis di punggung tu. Use time wisely.

6. Jangan Study Sambil Online Facebook

Sungguhpun Facebook itu juga sejenis buku (book), ia boleh melalaikan anda dari memberi tumpuan terhadap studies. Sekali-sekala tu boleh la, bila tengah rehat ataupun sebelum tidur, ataupun nak release tension bermain Farmville (ada lagi ke yang main?).

Read book, not face book.


7.Tawakkal

Dan sakhir sekali, tawakkal itu mesti wujud. Kita usahakan, tapi Allah SWT yang akan menentukan rezeki kita.


Jadi, semoga pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester nanti boleh menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan. Jagalah diri anda dan juga rakan-rakan seperjuangan. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment