Petang 30 Oktober, masa tu aku tengah pasang kanopi untuk gerai di Ekspo Konvokesyen UUM. Tanpa diduga, hujan turun dengan lebatnya. Basah kuyup badan aku menjalankan kerja. Dan hujan berterusan sehingaa ke waktu Maghrib. Aku sangka malam itu hujan sudah berhenti, tapi turun lagi sekitar jam 11 malam.
Dan hujan berterusan sehingga ke pagi, tengahari, dan petang hari seterusnya. Waktu itu, paras air di Tasik Guthrie sudah naik dengan deras. Di Changlun pula, laluan ke UUM sudah tersekat kerana sudah banjir. Sesi konvokesyen pada hari terakhir terpaksa dibatalkan kerana ramai tidak dapat hadir. Pada hari tu, 2 Nov, hujan sudah pun terhenti. Namun, Alor Setar dan Jitra juga telah dibanjiri air. Kangar juga semakin teruk keadaan banjir di situ. Selepas 2 hari, barulah surut air di Jitra dan Changlun.
Aku sendiri menyaksikan keadaan banjir di Jitra semasa air belum surut lagi. Rumah bertakung air, kereta tersadai, dan jalan penuh lumpur. Untuk meringankan lagi beban penduduk di Jitra, aku join Sukarelawan UUM untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Bunga Raya.
|
Keadaan rumah-rumah selepas banjir surut |
Pada hari pertama kami sampai, iaitu Jumaat, 5 Nov, air banjir baru sahaja surut di Jitra dan kerja-kerja membaik pulih baru bermula. Kami memberi bantuan kepada rumah-rumah di situ secara rawak. Memang teruk keadaan dalam rumah yang kami tolong tu. Kalau tanpa bantuan orang ramai, mungkin akan memakan masa yang lama untuk mengemas rumah. Mengikut petanda aras air pada dinding rumah itu, air banjir sehingga paras dada aku. Banyak perabot kayu sudah lembik dan tak boleh pakai lagi. Pinggan mangkuk dan perabot-perabot lain pula dipenuhi selut dan lumpur.
|
Perabot yang dapat diselamatkan |
|
Lumpur dalam rumah |
Hari kedua pula, Sabtu, 6 Nov, kerja amal masih diteruskan di situ. Kebanyakan rumah sudah membawa keluar perabot dari dalam rumah. Tinggal kerja-kerja membersihkan dalam rumah dan barang-barang yang diselamatkan. Kali ini, kerja ditumpukan kepada rumah-rumah Staf UUM di situ. Mula-mula aku pun tak kenal itu rumah seorang lecturer UUM, jadi aku pun panggil tuan rumah itu 'makcik'. Kawan aku pula tegur aku, dia cakap tu lecturer berpangkat Professor. Ha ha ha. ' Makcik' aku panggil dia? ( Maaf ya, Prof. )
Pada hari kedua ini, terdapat muka-muka baru yang menyertai skuad sukarelawan ini, tapi ada gak muka-muka lama yang tak dapat join. Ada yang dah balik rumah sebab keadan di UUM juga tak berapa baik. Bekalan makanan yang kurang dan bekalan minyak di Changlun juga berkurangan sebab lori tangki minyak tak dapat masuk ke situ. Kami juga mengagih makanan kepada penduduk-pneduduk situ yang disediakan di markas PBSM Jitra.
|
Markas kami |
|
Anak-anak Prof mengemas barang-barang rumah mereka |
Hari ketiga, Ahad, 7 Nov, kami mencari sukarelawan baru untuk join kerana ramai yang ingin pulang ke rumah pada hari tu. Keadaan di taman semakin elok, dan hari tu amat panas cuaca. Mungkin petanda yang ia tak akan hujan untuk beberapa hari akan datang dan keadaan akan pulih seperti biasa. Kami beri sepenuh tenaga untuk membantu mangsa-mangsa di sini kerana mungkin UUM akan menghantar skuad ke Alor Setar pula pada hari-hari berikutnya.
|
Kerja mengemas dalam rumah |
|
Membersihkan wall (bukan wall di Facebook tu) |
Sepanjang 3 hari tu, aku rasa itu lah keadaan yang mungkin aku tak akan lalui di tempat kediaman aku. Inshaallah, rumah aku selamat dari keadaan banjir. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh tolong ringankan beban mereka yang kerap melalui keadaan ini. Aku rasa bersyukur dapat membantu mereka. Kawan-kawan pun
enjoy buat kerja. Kami tak mengharapkan apa-apa dari pertolongan kami, cuma harapan penduduk-penduduk di situ akan kekal selamat dan moga mereka akan hidup dengan aman selapas ini.
| |
Day 1 : Mereka yang ceria membantu |
|
Day 2 : Berseronok sambil bekerja |
|
Day 3 : Muka-muka baru, semangat yang sama |
keje agk meletihkn tp hve fun..e2 pentg..hehe..thumbs up!!!!!!!!!!
ReplyDeleteyang penting ikhlas. semoga penduduk-penduduk sana akan selamat menjalani hidup seperti biasa.
ReplyDeletepergh, muka gua ada kat dalam la. kah kah kah
ReplyDelete