Sebab-sebab perkara di atas dilabel musuh negara kerana sama ada ia boleh membahayakan kesihatan, kelakuan tidak bermoral, boleh mendatangkan konflik, menajtuhkan ekonomi negara, ataupun tidak senonoh. Individu-individu di atas juga dilabel musuh kerana perlakuan mereka yang memalukan bangsa, kekejaman, menghina atau mencaci maruah bangsa, ataupun dalam kes Justin Bieber, dia sekadar menjengkelkan dengan suara belum baligh, rambut ala-ala Audrey Hepburn yang betul-betul burnt, tarian yang bajet comel, dan kebolehannya menarik minat ramai perempuan termasuklah mereka yang sudah dipunyai sehingga menimbul perasaan dengki boyfriend mereka. Maka, dengan tak sengajanya, dia juga tersenarai musuh negara.
Ada orang baru yang tersenarai kali ini. Dia bukan memalukan bangsa, bukan menghina bangsa, tidaklah begitu kejam, dan dia juga bukan warganegara seperti Justin Bieber. Dia dibenci rakyat Malaysia kerana kebodohannya. Kebodohan apakah yang kita maksudkan? Jawapannya, kebodohan membuat keputusan pengadilan perlawanan bola sepak. Kerana beliau, Malaysia dimalukan dalam perlawanan menentang China dalam peringkat kumpulan Asian Games 2010 di Guangzhou. Terima kasih kami ucapkan kepada anda, Ben Williams. Rasa-rasa kalau bosan duduk di Australia tu, marilah bercuti di Malaysia sini. Kamu mempunyai ramai 'peminat-peminat hangat' di sini. Raya Aidiladha nanti, jemput datang rumah aku, ya. Kalau aku tak ada lembu pun, sembelih kau pun cukup. Hehe.
Ingat muka ni betul-betul. Hero China pada hari ini. |
hoh
ReplyDeletememang berapi ahh semalammm
wadefak