Tuesday, February 8, 2011

Rawatan Resdung

Berikutan pengalaman yang aku baru saja alami petang tadi, aku tujukan post kali ni kepada semua insan istimewa yang sama macam aku di luar sana. Ya, kita memang istimewa, kawan-kawan. Sebab kita ada resdung. Orang lain mana ada. 'Boo!' sama mereka!

Baiklah. Sebelum ini aku pernah menceritakan betapa seksanya hidup seharian aku bila ada resdung ni. Agak menyayat hati, dan mungkin korang akan bersimpati dengan aku. Kalau korang belum baca lagi, boleh ikuti kisah tragis ini melalui link ini. Klik di sini. DI SINI, YA.

Jadi, disebabkan tak tahan bangun setiap pagi dan mencapai tisu dahulu (sebab selalunya orang akan capai telefon bimbit dulu), mak aku cadangkan aku mencuba rawatan resdung di Permata Hijrah yang terletak di Lot Kedai Seksyen 8, berseberangan dengan PKNS Bangi (di mana lagi kalau bukan bandar serba moden ini ). Ayah aku pun pernah cuba rawatan di situ, dan dia juga meyakinkan aku memandangkan dia pun jarang selsema sekarang ni.

Logo syarikat ini. Pastikan produk mereka yang asli, bukan tiruan.


Petang tadi aku sampai di pusat rawatan Permata Hijrah tu. Tak ada gaya macam pusat rawatan yang canggih pun. Masuk-masuk entrance tu, ada kaunter hadapan, ruangan beristirehat siap dengan Astro, dan 2 bilik rawatan di belakang. Aku pun daftarkan nama di kaunter, guna nama Jordy Shah (akak di kaunter tu teruja je tengok nama yang cool ni). Selepas mendaftarkan diri, dia membawa aku ke salah satu bilik rawatan di belakang. Dalam bilik tu ada 2 orang budak yang sedang menjalani rawatan resdung itu. Tapi keadaan dorang macam ni:

Sampai kering hidung dorang tu menghembus hingus. Macam tu la keadaan aku tadi.

Aku merasa geli sikit pada awalnya. Tapi bila difikirkan balik, hingus aku sendiri kan yang nak dibuang. Apa ada hal. Bila masa untuk aku dirawat, aku pun duduk di kerusi comel tu. Mula-mula, brader tu nak masukkan sejenis serbuk herba ke dalam hidung aku. Dia suruh aku sedut melalui hidung. Macam orang hisap cocaine pula gayanya.

Ini gaya hidup yang tak betul. Jangan ikuti ya. Demonstrasi je ni.

Dah sedut tu, aku tunggu saja untuk apa-apa kesan ke atas badan aku. Mana tahu badan aku akan bergetar
macam penagih ke, lidah aku akan terjulur keluar macam orang kena santau ke. Selepas seminit, aku mula rasa gatal di hidung. Dan, seterusnya, aku bersin berterusan sambil hingus mengalir keluar dari hidung aku. Hidung aku pun mula rasa panas dan pedih, hingus pun banyak gila keluar. Dalam 10 minit jugak la aku tertunduk menghembus hingus ke dalam tong sampah tu. 

Selepas tu, macam-macam lagi ubat yang disumbat kedalam hidung aku, dan berterusan juga hingus aku dihembus keluar. Boleh habis segulung tisu tandas yang disediakan untuk aku tu. Dalam 40 minit juga aku duduk dalam bilik tu. Sebelum rawatan berakhir, dia menyapu ubat mentholatum untuk memudahkan pernafasan aku. Sambil itu, dia buat rawatan mata untuk aku. Dia bagi aku pakai spec 3D ni yang mengurut kepala dan urat-urat penglihatan. Style giler. Aku tengok brader tu bergerak pun dalam 3D. Haha. (Memang la, bongok. Dia berada depan mata kau je.).

Boleh guna untuk wayang 3D juga. Miliki spec 3D persendirian sekarang! 

Dah selesai semua rawatan, aku pun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Aku diberi pilihan sama ada nak beli ubat atu tak, tapi aku tak nak sebab ubat ayak aku dah ada kat rumah. So, aku bayar untuk rawatan. RM 50 harganya. Pergh! Apa yang mahal sangat? Tisu tu ke? 

Apa-apa hal pun, aku berasa lega sedikit sekarang sebab pernafasan aku terasa lebih lancar. Walaupun aku masih berhingus sekarang ni sambil menaip entri ni, tapi InshaAllah esok pagi lega sedikit hidung ni. Kepada mereka yang menghadapi resdung juga, cubalah rawatan ini. Ia lebih berkesan dari rawatan menggunakan asap yang lebih popular itu. Sayangilah hidung anda, dan anda mampu jimatkan perbelanjaan anda untuk tisu. Hehe.

4 comments:

  1. ooo...cm2 rpenye rawatan die..
    ey...cane nk taw kite de resdung ek??

    ReplyDelete
  2. boleh buat pemeriksaan. percuma sahaja.

    ReplyDelete
  3. dila : nak tau camne ade resdung senang je...tanye resdung "resdung2 ko ade x?" setel masalah

    ReplyDelete
  4. nak try laa..da xtahan nie..sebb kerap sgt pimple tumbuh dlm hidung..huwaaa..seyes tersiksa... =( die bukak dr pukul bape hingga bape yer...

    ReplyDelete