Tuesday, September 7, 2010

Kisah sedih 4 orang perantau

Raya nk dekat ni. Ramai yg dh selamat sampai ke kampung halaman masing2, dan ada juga yang masih meneruskan kelas menunggu waktu cuti mereka. Minggu lepas, tempat aku belajar di UUM tu pun sibuk dgn perjalan bas menghantar pulang student2 ke kampung masing2. Kat padang kawad tu dh mcm Puduraya je suasana. Puduraya yg sebenar tu bila nk siap nye renovation tu..

Jadi, disebabkan ramai yg dh selamat sampai umah masing2, aku nk kongsi cerita pasal 4 org sahabat ni yg hampir hancur harapan mereka utk pulang beraya di kampung. 4 org ni bernama Saper, Ijai, Naqiu, dan Sufi. Mereka pulang naik kereta Sapir. Keretanya tak nampak mcm RX8,tapi dia mengaku kereta tu adalah RX8. Jadi,mereka bertolak dari UUM pd ptg Khamis seperti yg dirancang. Perjalanan tampak lancar sehinggalah RX8 itu mula buat hal. Temperature panas dan kereta begetar2. Sapir mula risau akan kemampuan keretanya,lalu pergi ke mekanik utk diperiksa.

Uncle Kien,mekanik terkenal di Changlun itu,memeriksa kereta Sapir. Apa yg didapatinya, gasket enjin sudah rosak dan harus diganti. Kereta Sapir dijangka siap pd hari Ahad,itu pun paling awal la. Mereka berempat mula resah. Sapir seperti hilang arah. Mana tak nye,kereta kesayangan kn. RX8 lak tu. Setelah dibincang sesama mereka, kereta tu dibiarkn di mekanik utk diperbaiki. Fikiran bercelaru di otak masing2. Adakah sempat kereta tu siap sebelum bergemanya takbir raya pd 1 Syawal nnt?

Lebih kurg cmni la rupe kereta tu kt bengkel

Dengan harapan yg hampir musnah, mereka pulang ke UUM dengan hati yg x tenang. Sapir gelisah kerana kos utk baiki kereta. Naqiu gelisah kerana dia dipertawakan oleh kawan2 yg akan pulang pd mlm tu. Sufi pula gelisah kerana ini kali kedua dlm sehari dia terlepas peluang utk balik kampung. Ijai buat2 relax,sbb dia bercadang utk balik pd hari seterusnya. Pd malam itu, selepas seorang2 sahabat balik, mereka berempat mula membuat hal masing2. Facebook dihadap selama 6 jam berterusan tanpa jemu, PES 2010 menjadi teman permainan, dan ada yg tidur sahaja kerana penat memikir.

Hari seterusnya, hari Jumaat. Ijai paling awal bangun antara mereka berempat. Itu pun kul 1.30 ptg. Jgn harap la dia nk g masjid time tu. (Dah memang takde org kt masjid pun.Imam dh cuti). Ptg tu,selepas semua org dh bangun, mereka berbuka puasa (dorg puasa gk..iman kuat lagi) di Changlun. Kafe dlm UUM semua dh tutup, jadi di Changlun sahaja tempat utk mencari makanan. Hal itu menjadi masalah utk mereka bersahur pd pagi seterusnya. Nak keluar,susah lak sbb UK (Unit Keselamatan ye....) mengawal gate. Jadi,mereka sekadar bersahur dengan roti dan sardin yg dibeli di Emzek. Dalam kesusahan itu, sardin lah makanan paling sedap bg mereka. Lagi sedap dari makan spaghetti di Italianis, dan lagi sedap dr nasi lemak Kg. Darat. Kenyang juga mereka membantai satu tin sardin tu.

Sedap sehingga menjilat tin


Sabtu, hari keesokannya, hidup mereka sama sepert hari sebelumnya. Namun, ia akan berubah buat Ijai kerana dia akan balik pd mlm itu.Dia tak dapat tinggal menemani sahabat2 yg laen kerana ada hal di rumah. Pada ptg tu, mereka terfikir utk bersiar2 di sekitar kawasan itu. Cuaca pd hari tu agak janggal, kerana ia mungkin pertama kali dlm sejarah Changlun di mana matahari tak muncul2,angin kuat meniup,hujan berderai2,dan suhu mencecah 20 celsius (ceh..xdela sejuk mne). Mereka berjalan2 dia sekitar sawah padi dan bergambar di situ. Konon nk buat gambar Salam Perantauan. Tapi itu lah hakikatnya apabila tiada kerja nk buat. Mlm itu, selepas berbuka, Ijai pergi meninggalkan mereka. Jelas perasaan sedih dan cemburu (sedikit) di mata yg laen2 melihat Ijai pergi. Tapi mereka tahu masa utk mereka pulang juga tak lama lagi.

Hari seterusnya, hari yg dinanti2kn Sapir, Naqiu, dan Sufi. Mereka menanti panggilan dr Uncle Kien mengesahkan kebolehan kereta Sapir berjalan semula. Seperti yg diharapkan, RX8 sudah elok kembali. Hati mereka bertiga girang tak terkata. Mcm baru lepas menang duit RM1 Juta Power Root. Bersiap sedialah mereka utk pulang mlm itu. Lagu Balik Kampung oleh Sudirman bermain2 di telinga mereka. Kampung halaman menanti mereka.

Jadi, itulah kisah mereka berempat. Pahit getir dilalui bersama, dan mereka belajar satu pengajaran. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nk balik kampung tu,service la kereta dulu sebelum bergerak. Pesanan ini dibawa khas oleh Mazda. Selamat Hari Raya diucapkan.

P/S : 4 org sahabat ni sempat kirim poskad yg dorg buat ke aku. Ceyh. Salam perantauan konon.

1 comment: