Saturday, September 18, 2010

Bersama di mana jua

12 Januari 2002, detik bertemu. Di sekolah yg kuno belum membangun.
Halkum belum wujud, suara belum garau. Jerawat baru nak tumbuh, bulu baru sehelai dua.
Perangai nakal masih tak berubah. Ubat gigi disapu ke muka orang, fire extinguisher disembur sebagai pengilap kasut, katil yg dulu nye bersih suci, dipenuhi contengan marker hitam.
Tidak hairan lah baru tahun pertama. Memang begitu perangai budak2 yg jakun duduk dlm hutan.

Naik tahun kedua, muka2 baru yg nampak. Kelas dirombak, kawan2 bertambah.
Dah pandai buat aktiviti sendiri, tak kira yg halal atau haram.
Cinta mula berputik, walau di usia muda. Ada yg cemburu, ada yg malu, ada yg ingin mencuba, ada yg sekadar bualan.
Apakan daya. Semua dah mula menunjukkan keayuan dan kekacakan masing2.

Tahun ketiga, tahun berusaha. 8 kertas exam menanti di hujung tahun.
Masa tu baru lah bertungkus-lumus. Tak pernah tahu fakta Sejarah F1&F2, masa F3 baru nak ambik taw.
Yang lemah pelajaran bertambah pandai. Yang malas menjadi rajin.
Yang nakal tetap nakal. Terasa ingin rumah sendiri, masuk rumah warden (tanpa dijemput).
Namun, perjuangan PMR diteruskan. Selesai sudah, honeymoon pula.
Bermalam di kem BTN, masuk hutan tak ingat dunia. Yang dulu nye penakut, tiba2 jadi berani. Tunjuk macho la depan aweks kan.
Dinner pertama buat kat dewan je. Bakat baru mula ditonjol. Rappers era baru, penari kaku, penyajak yg tak sedap. Tapi masih boleh digilap.

Tahun keempat, honeymoon year. Apa nak susah, enjoy jela.
Kehadiran ahli keluarga baru disambut. Pasa asal nampak poyo sangat mereka. Tapi terbukti mereka juga 'cool' mcm kami. Dari 5 kelas menjadi 6. Subjek bertambah, otak pun bertambah la pening nye.
Aktiviti sukan, uniform, dan kelab menjadi tumpuan. Mengumpul pingat dan sijil menjadi rebutan.
Kawad siang malam, kulit terbakar yg dapat. Ragbi sepanjang tahun, patah kaki pun ada.
Tapi itu semua perjuangan. Berbanggalah dengan usaha masing2.
Bila dah honeymoon, aktiviti persendirian semakin creative.
Dulu kaki tak sampai nak panjat pagar, sekarang dah boleh lompat lepas. Dulu masakan dewan makan tak sedap, dapur buatan sendiri direka (makmal fizik sponsor).
Tahun yg penuh kenangan, kerana tahun berikutnya pasti menjadi susah.

Form 5, atau Tingkatan 5. Tahun penentu. Tahun yg aktif. Tahun terakhir bersama.
As seniors, lead by example. As soldiers, fight for your cause. As humans, chase for your dreams.
Sebuah nama diberi yg kekal di hati masing2. Sebuah nama yg mencerminkan identiti. Sebuah nama yg dibenci Miss Salmiahani (apa kitorang kesah).

We Don't Take. We Make. We Legislate.
LEGISLATURES 02-06.

Disertakan khas dengan baju sarung nangka ( dah takleh pakai pun baju tu ), kami meneruskan perjuangan.
Detik2 akhir bersekolah tidak disiakan. Disipilin yg belum dilanggar dibuat dengan segera. Cinta yg terpendam, diungkapkan juga akhirnya. Di situlah kami mengerti mempunyai sahabat. Mempunyai rakan seperjuangan. Mempunyai saudara. 

4 Disember 2006. Tarikh meninggalkan semua itu. Our home for the last 5 years. Our family that we brought ourselves together with. Kini, masing2 membawa haluan sendiri. Ada yg sudah ke merata dunia, ada yg masih di sini, ada juga yg sudah menghilangkan diri.

Namun, biarpun rumah kami sudah tiada ( bertukar milik pulak bg junior ), keluarga ini tetap bersama. Kerana dalam diri kami, tetap wujud persaudaraan itu.

Forever, Legislatures 0206.

Thank u Kimi for the pics. :)


 

2 comments: