Thursday, December 23, 2010

Gaya Rambut Lelaki Rockers

Selamat pagi semua! Hari ini pagi yang indah pula sebab aku tak ada selsema. Haha. Lega rasanya. Topeng jerebu pun tak sempat nak beli semalam. Nampaknya, tak payah beli la memandangkan aku boleh bernafas dengan lega sekarang.

Semalam, dalam kesibukan aku melayan SMS dari 'someone special', kami terborak sedikit pasal gaya rambut. Dan aku pun terbuka fikiran tulis pasal style rambut lelaki yang boleh dibuat time cuti ni memandangkan semua nak simpan rambut panjang gara-gara peraturan ketat semasa di universiti. Kalau ada yang tak berminat dengan rambut panjang, rambut pendek pun ada juga gaya yang kemas lagi stylo. Sedangkan rambut botak juga boleh digayakan. So, berbekalkan model-model yang susah payah aku jemput dari luar, jom kita usyar apa style yang menarik dan boleh diikuti time cuti ni

Jika anda ada impian nak bergaya macam rockstar, dan ingin senang didampingi wanita-wanita yang desperate for a boyfriend (ataupun anda sendiri yang desperate for a girlfriend ), cubalah gaya rambut rockers mengikut dekad semasa ia mendapat populariti. Contohnya, kita tengok gaya rambut rock 60-an. Antara kugiran-kugiran yang melonjak nama semasa itu seperti The Beatles dan Rolling Stones. Pada masa itu, fashion pemuzik masih lagi kemas dan tidak melambangkan identiti keganasan. Contoh yang baik ialah rambut The Beatles. Rambut mereka tidak panjang dan disikat rapi ke tepi ataupun dibiarkan jatuh macam ada cendawan atas kepala. (Rambut aku sekarang ni lebih kurang macam ni juga.). Noh Hujan mengikuti trend rambut ini dan jelas sekali membuatkan dirinya seperti seekor kumbang macam Beatles juga.

Paul McCartney (The Beatles)

Kalau korang tak minat dengan rambut macam Noh Hujan sebab takut dikatakan poyo yang setaraf dengannya dan dibenci oleh orang ramai, cuba gaya rambut lain pula. Rock n Roll pada tahun 70-an pula mendapat sambutan hangat, bukan kerana muzik sahaja, tetapi kerana fashion dan style mereka yang nampak sexy dan menggiurkan. Ikon fashion yang kita akan lihat ialah Robert Plant dari band Led Zeppelin. Semasa ini, rambut panjang diwajibkan simpan, dan mesti berkerinting ataupun ikal. Rambut straight tak main la, derr. Tak Rock n Roll la macam tu. Kalau rasa-rasa susah nak bela rambut macam ni, ikat la maggi goreng banyak-banyak di rambut tu.

Robert Plant (Led Zeppelin)

Kalau rambut korang tetap lurus setelah berkali-kali cuba mengerintingkan, tak mengapa. Rambut straight pun menjadi trend pada tahun 80-an, terutamanya bagi Axl Rose (Guns n Roses) dan Sebastian Bach (Skid Row). Apa yang best ada rambut straight dan panjang ni ialah anda boleh head banging sambil menghayunkan rambut ke kiri dan ke kanan, ataupun buat putaran macam kipas angin kerinci. Dapat pahala jadi kipas ni, boleh menyejukkan orang di sekeliling kita. Tapi dinasihatkan anda tidak mempunyai muka yang jambu ataupun terlalu metroseksual. Silap-silap dengan rambut panjang ni anda boleh disangkakan seorang perempuan. Jika muka hodoh pula, anda boleh disangkakan seorang bapuk. Jadi, maintain la muka tu pada tahap yang normal dan tak terlalu menonjol. 

Sebastian Bach (Skid Row)
Bagi aku, gaya Sebastian ni sangat 'hot'. Muka pun jambu. Auuw!! Nasib baik aku straight lagi. Hehe.


Kalau rambut terlalu panjang bukan pilihan korang, boleh je pendekkan sedikit. Tahun 90-an, muncul seorang ikon Grunge yang paling disanjungi peminat muzik itu; Kurt Cobain. Gaya fesyen dia adalah ringkas, tidak terlalu menonjol, dan lebih sopan jika dibandingkan dengan gaya-gaya sebelumnya. Rambut yang dia memperagakan tidaklah begitu panjang, hanya sampai tahap bahu saja. Tak dikemaskan, dibiarkan jatuh, dan menampakkan seperti seorang yang tak pernah mandi selepas bangun dari tidur. Namun, gaya ini lah yang mencerminkan identiti kebanyakan rockers pada abad baru ini, terutamanya pemuzik-pemuzik muda dan sedang meningkat. Well, Smells Like Teen Spirit, right?

Kurt Cobain ( Nirvana )

Jika rambut panjang bukan minat anda, cuba gaya rambut pendek pula. Anda boleh buat rambut bercacak (spiky), buat gaya Mohican (mohawk), ataupun gaya ala-ala Jepun@Korea yang boleh menyerlahkan kejambuan.

Spiky: Dexter Holland (Offsprings)

Mohican: David Beckham (tiada band)

Japanese Style: Yuuto (Galneryus)

Eh, baru aku sedar, David Beckham tiba-tiba je menyibuk kat sini. Ini ruangan untuk rockers la! Haih. Macam mana security rancangan aku ni boleh biar dia terlepas? Jadi, sini ada model baru untuk gaya rambut Mohican, dan amat terkenal dengan gaya rambut itu.


Mohican: Travis Barker ( Blink 182 )

Okay. Nampaknya, setakat ini saja gaya-gaya rambut yang kita boleh tunjukkan. Kepada mereka yang berminat, jangan malu-malu mencuba, lagi-lagi masa cuti ni je yang korang ada nak berlagak dengan fesyen pelik-pelik. Kalau ada yang nak simpan rambut panjang, jangan lupa syampu dan jaga rambut tu. Jangan sampai ada kutu buat resort dan spa kat kepala korang tu.

 So, selamat mencuba, dan selamat bercuti semua!

Pagi yang....tak seberapa indah

Pagi hari pertama, bangun dari tidur, selsema. Hidung meleleh. Bilik sejuk sangat sebab aircond sejuk. Penyelesaiannya, aku tak pasang air cond, pakai kipas, dan tidur malam tu.

Pagi hari kedua, bangun dari tidur, berpeluh-peluh sebab panas, dan aku pun pergi basuh muka. Turun breakfast dulu, malas nak mandi lagi sebab takut sejuk. Selepas 4 jam, masih belum mandi, dapat selsema lagi. Damn! Sejuk tak ada, salji tak ada, tiba-tiba selsema lagi. Lepas mandi baru okay.

Pagi hari ketiga, bangun dari tidur, mandi awal, dan makan sarapan pagi. Yes! Tak ada selsema. Mood rajin sikit hari ni, tolong vakuum rumah yang dah berhabuk. Bila habuk berterbangan, masuk hidung. Reaksi hidung: gatal-gatal, kerap bersin, sesak nafas, dan sakit kepala. Akhirnya, SELSEMA LAGI!! Hati menyumpah tahap gila babi.

Pagi hari keempat, bangun dari tidur, mandi awal, turun makan sarapan, dan modd menjadi malas nak kemas rumah. Nak ambil udara segar kat luar, tengok-tengok ada kucing jiran main-main kat taman. Aku pun pergi layan kucing (dengan cara baik, tanpa nafsu binatang ya). Lepas bagi kucing makan, aku masuk rumah.
Seminit.....

Dua minit....

Tiga minit....

Aku bersin, hidung gatal, sakit kepala, dan seperti hari-hari sebelumnya, SELSEMA DATANG LAGI!!!


Inilah payahnya kalau ada resdung. Macam-macam pantang larang pulak. Kalau tak, hidung jadi paip bocor mengalir hingus. Silap-silap aku pakai topeng jerebu duduk dalam rumah nanti.


Style juga topeng macam ni

Sunday, December 19, 2010

Masa Depan Bola Sepak Negara Kita

Semalam, aku baru balik dari bercuti di Johor. 4 hari jalan-jalan, bukan bertambah kurus pun badan aku ni. Naik berat ada la. Nampak makanan best je, mesti aku bedal. Habis duit ayah aku membelanja untuk kebajikan perut aku je. Haha.

Okay. Kita sambung kepada topik bola sepak pula. Memandangkan semalam pasukan Malaysia melayakkan diri mereka ke Final Piala AFF Suzuki, kita berbangga kerana menumpaskan juara bertahan Vietnam dari terus menguasai pentas bola sepak Asia Tenggara. Dua gol dari Safee Sali dari perlawanan 1st Leg di Bukit Jalil pada Rabu lepas  memberi kelebihan kepada negara bertemu Vietnam di Hanoi semalam.

Tapi di sebalik kelebihan itu, kita nampak game semalam agak boring kerana pasukan negara bermain Tembok Besar Malaysia di hadapan gol. Bertahan je dari awal permainan. Memang nampak boring dan penonton sudah semestinya mengharapkan gol dalam satu game, tapi tactic itu tetap berkesan tak kira mana team pun yang guna. Inter Milan pun main macam tu semasa main di Nou Camp pada semi-final Champions League tahun lepas. Aku harap Rajagopal tak menganggap dirinya macam Jose Mourinho selepas aku cakap tadi.


Dulu, dia ni striker paling digeruni
Apa-apa pun, kita tengok dari sudut umum. Kejayaan Malaysia kini bukan kerana Rajagopal itu sendiri, tapi dengan usaha dan bakat pemain-pemain muda kita yang telah membuktikan prestasi mereka di pentas antarabangsa. Kita tengok makin ramai pemain dari skuad Harimau Muda diserapkan ke skuad senior kebangsaan. Antara mereka Safiq Rahim, Kunalan, dan Muslim. Permainan mereka semakin matang dan ada potensi menyaingi pasukan Malaysia era Mokhtar Dahari, Hassan Sani, Soh Chin Aun, dan Santok Singh. Kita harus akur memang susah untuk kita nampak kejayaan Malaysia dalam jangka masa pendek, tapi dengan pendekatan menggunakan pemain-pemain muda, Malaysia ada masa depan cerah untuk menjadi powerhouse dalam bola sepak Asia.

Gandingan Santok dan Soh dulu macam Ferdinand dan Vidic sekarang
Mampu ke mereka kembalikan kegemilangan bola sepak negara?


Bola sepak negara kita mempunyai masa depan yang cerah. Kita ada ramai pemain muda yang masih boleh diasah bakat mereka dan ada potensi bermain seperti pemain bertaraf dunia. Negara kita memang gilakan bola, dan semakin hari ada juga bakat baru yang belum ditemui, ataupun mereka ni cuma tidak berminat untuk bermain di taraf yang lebih tinggi. Jika ada pegawai-pegawai kelab bola sepak yang membaca entry ini, sila ambil perhatian bakat-bakat baru anak-anak muda kita ini.


1. Lionel Zhafri      
   umur: 22 tahun
   lokasi: Maluri, Cheras
   posisi: semua boleh
   ulasan: bakat yang dicari-cari selama ini; boleh menyamai bintang Argentina yang kecil itu

2. Carlos Sapir

umur: 21 tahun
lokasi: Kosas, Ampang
posisi: mana-mana pun boleh; dia suka berada atas rumput
ulasan: walaupun cara bermain seperti C.Ronaldo, mukanya hanya menyerupai Tevez; Man City pasti
           mahukan dia


3. Dimitar Berbutoh
umur: 22 tahun
lokasi: K.L. (Kuala Lipis)
posisi: penyerang; pemalas nak bergerak
ulasan: ada potensi menjadi striker yang digeruni; cuma perlu kurangkan berat badan dan kuatkan stamina

4. Fauzi Sali
umur: 22 tahun
lokasi: Jengka, Pahang
posisi: midfield; playmaker
ulasan: jika Malaysia akan kehilangan Safee Sali, adik kembar dia ada; walaupun main midfield

5. Fernando Tulang
umur: 22 tahun
lokasi: Kluang, Johor
posisi: striker; bukan pemalas nak lari
ulasan: boleh menjadi ancaman untuk pertahanan lawan; berbeza dari Berbutoh, yang ni kena tambah berat;
           senang sangat terjatuh


6. Pian Check
umur: 22 tahun
lokasi: Keningau, Sabah
posisi: penjaga gol; penjaga gate masuk
ulasan: walaupun kecik, tapi pergerakan tangkas; keselamatan gol terjamin;

7. John Arisa
umur: 22 tahun
lokasi: Batu Pahat
posisi: pertahanan tengah
ulasan: kental dan berani; megukuhkan benteng pertahanan; ada gaya seperti Santok Singh, namun Santok
           seorang Sikh dan John pula seorang Bangla.

8. Daniel Supik
umur: 22 tahun
lokasi: Kucing,Sarawak
posisi: full back; kanan
ulasan: full back yang suka menyerang; larian yang mengelirukan hasil berlatih lari dalam hutan

9. Abu Biskut
umur: 22 tahun
lokasi: Melaka
posisi: center back; full back
ulasan: nama sahaja biskut, tapi tak mudah berkecai; kental dan keras, liat dan degil; ada makna di sebaliknya

10. Che Rolando
umur: 23 tahun
lokasi: Besut, Terengganu
posisi: center back; center midfield
ulasan: dulu tidak berapa meyakinkan, tapi setelah mendapat suntikan semangat dari seseorang istimewa,
           prestasinya melonjak tinggi


11. Radzi van Besi

umur: 22 tahun
lokasi: Batu Pahat, Johor
posisi: attacking midfielder
ulasan: kadang-kadang hebat, kadang-kadang tak berapa meyakinkan; tapi yang penting cara main sama
           dengan bintang Arsenal tu; rupa memang tak sama lah, jauh sekali


Jadi, kita sudah nampak bakat-bakat yang dijanjikan oleh pemain-pemain muda ini. Ramai lagi sebenarnya, tapi habis kredit aku nak tulis dalam blog ni kang. Nanti-nanti la aku buat sambungan. Hehe.
Semoga mereka akan dapat membangunkan bola sepak negara di masa depan. Malaysia boleh!

Saturday, December 11, 2010

I Seek The Light

Guilt,
It's inevitable,
Lurking deep down inside,
When your mistakes are exposed.

It's easy to just run,
Much harder to redeem,
Almost impossible to swallow,
And cruel to blame others.


Forgiveness is a light,
Silence is a thorn inside,
Abandonment is selfish,
Vengeance is chaotic.

One's mistake is a mirror,
Reflecting one's deepest self,
Forging the strength within,
To save one's self.

Begin your journey,
In the path to forgiveness,
With strength in faith,
For God shall guide you to what you seek.



Thursday, December 9, 2010

Lelaki suka, perempuan mungkin tak suka

Gambar Megan Fox ini tiada kaitan pun dengan topik entri. Saja letak nak tarik perhatian korang. Hehe


Bila tengah boring dan tak ada kerja nak buat, apa yang korang selalu buat untuk mengisi lapang? Jawapan korang mesti berlainan kan. Manusia memang ada citarasa dan minat yang berlainan. Hobi tak semestinya sama, interest pun berlainan. Mungkin ia berfaktorkan jantina, tahap pendidikan, kewangan, ataupun tahap kesengalan otak masing-masing.

Tapi perbincangan kali ini kita akan meninjau minat aktiviti masa lapang dengan faktor jantina diambil kira. Ada kegiatan masa lapang yang lelaki suka jalankan dan perempuan pula tidak ataupun 'mungkin' minat. 'Mungkin' tu bererti kurang daripada 5% sahaja. Selalunya aktiviti-aktiviti lelaki muncul daripada kreativti, ataupun semangat ingin bersama. Ada sebab kenapa perempuan tak mungkin berminat untuk buat aktiviti ini. Jom kita tengok apa yang lelaki selalu buat untuk tidak membuang masa.


1. Futsal

Yang ni obviously perempuan tak berapa minat nak main. Sedangkan bola yang bergolek itu dorang boleh takut, apatah lagi kalau melayang menuju kepala dorang. Pengsan terus kot selepas kena. Memang ada perempuan yang suka main, tapi sekelompok yang kecil saja. Jadi, ini lebih kepada aktiviti lelaki.
Dorang bukan sedang melihat aksi 18SX ya. Berebut bola je.

Futsal bukan sekadar sukan yang menilai kehebatan seseorang mirip Mokhtar Dahari, Lionel Messi, ataupun Micheal Schumacher (dia pandai main bola juga sebenarnya). Futsal juga menguji ketahanan mental, fizikal, kerjasama, dan sportsmanship. Ketahanan mental paling kerap diuji kerana susah untuk terima hakikat anda kena 'ole' RM5 dan digelakkan orang lain. Ataupun anda disamakan dengan Cristiano Ronaldo bila di atas gelanggang, tapi main macam Akmal Rizal (versi gemuk).


2. Main Kad

Poker, Blackjack, Race, Ketuk, Sakai.. Namakan saja. Semua boleh main. Bukan berjudi sebab tak ada duit yang dipertaruhkan. Munkgin maruah saja yang dipertaruhkan kalau kalah. Maruah? Apa yang kena buat kalau kalah? Itu semua mengikut undang-undang yang para pemain sendiri tabalkan. Contoh paling ringan ialah menyangkut penyepit baju di telinga ataupun lidah orang yang kalah. Dan gambar mereka akan ditangkap sebagai bukti kekalahan. Itu saja. Duit tak sentuh kan. Tak haram. Hehe.

Akibat poker, telinga binasa

Padan muka. Siapa suruh kalah? Haha.

Jadi, perempuan sanggup ke kena penyepit di lidah? Tak mungkin. Menangis dan terus balik kampung nanti. Hehe.


3. Lepak Minum di Mapley (Mamak)

Selalunya, kalau bab makan-makan, perempuan la yang paling giat. Tapi mungkin bukan di mamak kerana suasana yang tak sesuai untuk mereka bergossip. Kedai mamak lebih sesuai sebagai tempat melepak orang lelaki sebab boleh makan puas-puas, sembang lama-lama, dan tengok bola di TV sambil itu. Senang cerita, kalau dekat barat tu guys lepak di bar, kita lepak di mapley. Oh yea!


4. Buat BBQ

Buat BBQ juga aktiviti yang digemari lelaki semasa waktu lapang, bersyaratkan ada benda nak masak, ada tempat nak bakar arang, ada BBQ grill (bukan tempat masak burger sahaja), dan ada yang pandai masak. Cukup semua itu, berjalanlah BBQ itu. Tapi dinasihatkan BBQ tidak kerap dijalnkan sebab tak elok sangat selalu makan makanan masak atas arang, macam satay. Bahaya risikonya, lagi-lagi bagi penghisap rokok. Jadi, sekali-sekala jela boleh.

Kepulan asap yang tebal. Tapi ayam tak hangus pun. Sedap.

Perempuan juga boleh terlibat dengan aktiviti BBQ. Tapi, seperti saya nyatakan tadi, dorang datang untuk makan saja. Hehe.


5. Lawan Main PES

Tak semua lelaki boleh main bola sebenanrnya. Ada yang kaki bangku, ada yang kaki tilam juga (kuat tidur). Tapi sebab nak tunjuk sangat kelakian diri, dorang pun ajak orang lain lawan PES (Pro Evolution Soccer), sebuah permainan video bola sepak keluaran Konami. Kadang-kadang, pertandingan PES juga akan diadakan antara kawan-kawan. Contoh pertandingan yang dijalankan ialah Piala Ramadhan yang dijalankan khas bersempena bulan Ramadhan. Tapi kantoi la. Nampak sangat dorang tak pergi solat tarawih.


Fokus betul main PES. Padahal skrin hitam je. Haha
Ada juga perempuan yang main PES ini, tapi sekadar mencuba saja. Tak mungkin dorang akan anjurkan pertandingan juga. Susah nak tentukan pemenangnya nanti sebab tak ada gol yang akan disumbatkan. Hehe.


6. Basking

Ini aktiviti paling cikai la boleh buat. Yang penting ada gitar, ada orang boleh main gitar, ada orang boleh nyanyi, dan ada topi (untuk kumpul duit orang bagi). Yang topi tu tak perlu pun, kecuali kalau nazak sangat, pergi la basking dekat Danau Kota. Kalau bukan bertujuan nak kumpul duit, nyanyi ramai-ramai sambil seorang memtik gitar mainkan lagu. Kalau boleh memekak tu sampai orang dalam blok naik angin. Hehe.
' Bro, Sejati satu! '




Ada juga perempuan yang boleh main gitar, tapi tak ada la sampai tahap basking. Dorang malu nak menyanyi ramai-ramai. Takut suara tak sedap. Yang main gitar pula semua memasang impian nak jadi macam Yuna.


" Eh, okay what. I jadi inspirasi untuk dorang la. "
Okay. Nampaknya Yuna dah sound aku. Sorry!

Jadi, kita dah nampak sebahagian aktiviti masa lapang yang diminati lelaki, tapi mungkin kurang diminati perempuan. Perempuan pula suka buat apa pada masa lapang? Kita akan perbincangkan lagi. Hehe.

Untuk kaum hawa, apa pandangan korang tentang topik ini? Korang ada buat aktiviti-aktiviti macam ni juga ke?
Kalau ada, anggaplah anda perempuan yang macho. Hehe.

Saturday, December 4, 2010

Ternyata ( Part 1 )

" Mungkinkah ini satu mimpi? Mungkinkah ini hanya mainan fikiran aku? Ataupun ini memang realiti? "

Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran Mike. Memang dah lama dia usyar awek itu, tapi tak tersangka dia boleh bertemu dalam keadaan begini. Hujan tak berhenti dari petang, dan malam itu sejuk bagaikan suhu di London ketika musim luruh. Awek tadi yang basah kuyup terkena hujan, kini berlindung bawah payung bersama Mike. Mujurlah Mike bawa payung tadi. Menggigil dek kesejukan, dia memeluk tubuh Mike tanpa segan silu.

Mike tak percaya apa yang tengah berlaku. Berdebar hati dia nak tegur awek ni dari dulu, tapi tiba-tiba peluang macam ini muncul. Takkan dia lepaskan peluang ini.

" Apa nama awak? "

Gadis itu menaikkan kepalanya, lalu matanya bertentang dengan mata Mike. Terserlah kemerahan di mata gadis itu, macam baru lepas menangis sebelum hujan membasahi mukanya dan menghilangkan aliran air mata di pipinya. Dia membuka mulut mahu menjawab, bibirnya hanya menggeletar. Mungkin kerana kesejukan, ataupun kerana dia juga gementar berada dalam pelukan Mike sedangkan mereka saling tak mengenali.

Mike masih mahukan jawapan. Dia tak endahkan perbuatan gadis itu memeluk tubuhnya, kerana dia hanya mahu kenal gadis ini dengan lebih rapat. Dia pun bertanya lagi.

" Nama saya Mike. Nama awak? "

Masih lagi senyap. Tapi hanya untuk sementara. Akhirnya, terjawab juga pertanyaan Mike itu.


" Nama aku Joyah. Aku laki nenek kau! "
-
-
-

Sepantas Usain Bolt berlari, terasa satu tendangan di bahagian perut Mike. Dalam menahan kesakitan itu, dia membuka matanya. Joe, kawan baiknya, berdiri di hadapannya dalam gaya baru lepas buat tendangan kung-fu Bruce Lee. Pemandangan di sekelilingnya juga macam dia kenal. Bilik dia. Dia masih lagi atas katil.

" Aku mesej berkali-kali, aku miscall pun dah dekat sejam, kau tak bangun-bangun lagi. Lepas tu boleh lak mimpi basah kan. ", kata Joe sambil memandang bahagian bawah badan Mike.

Mike pun menoleh. Tangan kirinya berada dalam seluar dalamnya, memegang suatu yang keras. Dia menarik keluar tangannya perlahan-lahan. Dia masih memegang benda keras itu. Oh, telefon bimbit rupanya.

" Cepat lah, bangkai! Aku dah lapar ni! Dino dah tunggu kat kereta tu. ", Joe melenting. Mereka bertiga memang selalu keluar makan bersama setiap kali selepas bangun. Selalunya awal mereka bangun, tapi hari ini terlebih awal pula. Pukul 2 petang.
-
-
-

Setibanya di Restoran Pak Hamis, mereka pun order makanan. Nasi putih, telur bistik, tomyam campur, ikan bakar 3 rasa, sotong goreng, dan satu jag air sirap bandung. Tapi itu hanya makanan Dino seorang. Yang lain-lain tak tahulah makan apa pula.  Selesai makan, sambil layan sebatang rokok Promax yang dikongsi bertiga, Mike membuka cerita pasal mimpi dia.

" Awek tu datang lagi dalam mimpi aku, dowh. Kalau satu malam je, aku tak kisah. Ni dah masuk malam kelima belas aku mimpi dia. Penatlah aku nak basuh spander setiap pagi. ", Mike memulakan ceritanya.

Mike masih menanti respond dari kawan-kawan dia. Dino seorang yang pandai menafsir mimpi, jadi dia bagi respond dulu.

" Masuk malam keenam belas nanti, kau jangan risau. Kau tak perlu basuh spander dah sebab mesti dah kering tangki kau tu. ", Dino berkata sambil gelak terbahak-bahak. Mike hanya tersenyum ringkas. Apa yang dia maksudkan dengan basuh spander tu ialah kencing malam, bukan apa yang Dino fikirkan.

Joe hanya membuat muka serious kerana dia juga memikirkan tentang mimpi Mike. Munkgin dia mempunyai idea atau nasihat yang elok untuk Mike. Setelah berfikir sejenak, dia pun menyuarakan pendapat.

" Aku rasa, aku tahu apa kau kena buat, Mike. ", Joe berkata. Akhirnya, respond yang positif.

" Buat apa? ", Mike bertanya.

" Kau bayarkan dulu makanan aku. Aku belum keluarkan duit. ", Joe kata dengan selamba. Dia bingkas bangun dan pergi ke kereta.

" Aku memang sayang member-member aku...", Mike berkata dalam hati.
-
-
-

" Kau ni biar betul? Aku check kat pejabat TM tadi, tak ada pun rekod. ", Mike bercakap dalam telefonnya.

Sudah dua hari talian internet di rumah mereka dipotong. Dino kata dia sudah bayar, tapi mungkin dia tersalah hantar ke akaun lain melalui Maybank2u. Berita petang tadi pun menceritakan Persatuan Penternak Pok'ke mendapat sumbangan derma bernilai RM 100 daripada sumber yang tak diketahui. Terseksalah hidup mereka beberapa hari ini tak boleh buka Facebook.

Hari tiba-tiba mendung. Kedengaran guruh dari jauh. Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Mike pun dengan segera membuka payung. Dari mana entah dia ambil. Mungkin milik orang lain di pejabat TM tadi. Dia nak ke motornya tapi hujan tengah lebat. Kena tunggu dulu dekat depan kedai ni. Tengah berdiri di situ, dia melihat seorang gadis berlari dalam hujan menuju ke tempat untuk berteduh. Tiba-tiba gadis itu terjatuh terpijak kulit pisang dibuang merata.

Mike tak sanggup tengok gadis itu dibiarkan begitu saja. Dia pun meluru untuk memberi bantuan. Gadis itu terluka sedikit di bahagian lutut. Mike memapah gadis itu dengan sebelah tangan, sebalah lagi memegang batang.......payung itu. Dia tidak dapat melihat muka gadis itu kerana rambut basah menutup mukanya. Sedang mereka menuju ke tempat berteduh, gadis itu menarik rambutnya ke tepi.

" Terima kasih. ", dia mengucap kepada Mike.

Mike ingin membalas. Tadi dia tak sempat tengok muka, sekarang dah boleh. Dia menoleh ke muka gadis itu. Mimik mukanya berubah. Penuh kejutan.

" Betul ke apa aku nampak ni? ", dia bertanya dalam fikirannya.
-
-
-

( End of Part 1 )

Wednesday, December 1, 2010

I Am Legend

Hari ni hari ketiga aku ada exam berturut-turut. Dah la begitu, ketiga-tiga paper ni susah pula. 29 November hari tu Data Mining, 30 November semalam Computer Modelling, 1 Disember pagi tadi Teknik Heuristik. Memang pihak atasan UUM ni sengaja nak bagi aku brain cancer cepat-cepat. Dah terasa simptom-simptom sekarang ni. Batuk-batuk, demam, perut meragam, dan gatal di bahagian skrotum. Doa-doakan aku selamat, ya.

Dua hari sebelum ni, okay saja aku pegi jawab exam. Pagi tadi saja slack sikit. Slack pun, ia mungkin menaikkan nama aku sebagai salah seorang Lagenda di UUM. Pergh. Bangga.....gila.

Kisahnya begini. Malam tadi, aku banyak menghabiskan masa aku study. Tapi 50% daripada masa itu membaca 'muka buku' sahaja. Biasalah. Kena on Facebook dulu baru boleh start study. Pepatah orang putih; Kalau tak tengok muka buku dahulu, macam mana nak baca isinya. So, terluanglah 2 jam masa aku depan Facebook. Jam pun awal lagi masa tu. Baru pukul 11 malam. Dah puas tengok muka, aku pun belek la notes Teknik Heuristik aku. Notes ni aku salin dalam kelas, dan faham-fahamlah, confirm tak lengkap kan. Aku baca saja apa yang ada.

Nak tambah lagi gangguan, roommate aku pasang lak cerita Merlin Season 3. Mana boleh tahan, bai. Kena layan sekali la. Sambil-sambil tu baca juga notes, tapi yang aku nampak di kertas nota hanyalah bayangan watak Morgana dalam Merlin tu. Memang cun la minah tu. Tapi sayang sekali, watak dia orang jahat. Lama juga aku terganggu dengan imej-imej cerita Merlin tu sehingga aku tak dapat faham apa yang aku baca. Ini tak boleh jadi. Aaargh! Aku kena hentikannya. Jadi, aku pun layan lagi cerita tu. ( Dalam hal ini, roommate aku dipersalahkan. Hehe. )

Dah puas tengok, aku pun sambung study. Dalam sejam lebih juga aku menghadap notes, dan jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku fikir lebih baik aku tidur dulu. Aku pasang alarm di handphone untuk jam 6:30 pagi. Dengan penuh yakin bahawa aku akan bangun dalam beberapa jam lagi, aku pun tidur.


.......
.......
.......
.......
.......
....... ( Ini mimpi aku. Titik-titik kosong. )


Bangun dari tidur, aku pun tengok langit di luar. Cerah semacam saja kat luar. Biar betul pukul 6:30 ni. Oh, betul la. Tapi 6 tu terbalik la. Pukul 9:30 ?!! Ya Rabbii !! (First time aku tak mencarut bila tengah menggelabah). Cepat-cepat aku basuh muka, pakai baju, dan drive pergi dewan. Sampai-sampai sana, aku nampak lecturer aku kat tempat parking. Apa lagi. Masa untuk buat muka kesian (sangat effective).

" Doc, saya nak masuk jawab exam boleh? Tadi lambat sebab slip exam saya hilang. Saya nak print baru, tapi kedai print buka pukul 9:30. Baru dapat print tadi." (Padahal aku tak tunjuk pun slip exam yang lama tu.)

Dia percaya saja. Yes! Muka kesian aku berjaya. Pengawas tu bawak aku ke meja exam aku. Sebelum duduk, aku tengok dulu jam kat dewan tu. 9:45. Pergh! Legend!! Tak penah ada orang masuk lambat macam ni. Bangga....gila.


Wednesday, November 24, 2010

Raja-raja Muamalat.

Di tengah kesibukan exam, aku kebosanan tak tahu nak buat apa. Next paper minggu depan, aku nak relax sikit. Semalam sempat tengok Hairy Porter di Alor Star Mall, hari ni pula malas nak jalan-jalan. So, aku tulis entry baru ni. Saja nak menghiburkan diri dan mereka yang terlibat. Hehe.


Baiklah. Seperti yang kita tahu, DPP Muamalat ialah kolej kediaman yang semua penghuninya adalah pelajar-pelajar perempuan. disebabkan itu, ia menjadi tempat pelajar-pelajar lelaki untuk market diri mereka. Ada yang berjaya, ada yang tewas, ada yang datang sekadar makan di kafe, ada yang datang sekadar menjadi prebet sapu, dan ada yang datang sekadar berkawan dengan beruk-beruk yang banyak terdapat di situ. Dan mereka yang paling berjaya menjadi orang ternama atau famous di Muamalat diberi nama Raja Muamalat. Gelaran itu juga dibuat berdasarkan saham mereka pada penghujung tahun. Untuk tahun 2010 ini, adakah akan sama dengan tahun sebelumnya? Kita sakisan di bawah.


Oleh kerana ramai sangat pelajar lelaki yang bertandang ke sana, tak mungkin aku kenal kesemuanya. Jadi, kita buat senarai pelajar-pelajar paling market di kalangan ahli-ahli Mawar Jingga Syndicate sahaja. Lagipun, mereka ni members aku. So, aku tahu kekerapan mereka berada di Muamalat. Jangan marah ya, kawan-kawan. Hehe.


Raja-raja Muamalat 2010


10. Hatta Othman    
  
    
Kelibatnya di Muamalat tidak disangkal lagi. Bila ditanya ingin ke mana, dia cover cakap buat assignment di library. Namun, apa yang tersembunyi, akhirnya dibongkar juga. Mendapat ranking ke-10 kerana walaupun kerap ke sana, dia sekadar bertemu kekasih hati yang satu.



9. Fadzli Darmuji


Mungkin akan mengejutkan ramai, tapi hakikatnya dia juga tersenarai, mengalahkan kawan-kawannya yang lebih layak. Diharap mereka tidak kecil hati. Terkenal dengan kebolehan atletiknya yang mampu memikat hati kaum hawa. Biasalah, mereka kan suka lelaki-lelaki macho dan aktif, Lihat sahaja piala-piala dan hamper yang dia memenangi tu. Sememangnya sportsman sejati.



8. Che Abdul Razi    
  

Pada awalnya, aku agak risau nak senaraikan mamat ni dalam ranking. Members yang lain mungkin tak akan bersetuju, tetapi aku ada la sebabnya. Hehe. Lebih kurang macam Fadzli. Seorang yang aktif dan charming. Memegang prinsip 'Yang penting bukan rupa' dan tidak terlalu poyo. Mungkin dia poyo dengan kawan-kawan lelaki sahaja.



7. Fahmi Amat Pandi



Mungkin kerana dia tidak ingin kalah kepada kawan baiknya, dia pun minta sangat-sangat nak dimasukkan dalam ranking ini walaupun tak layak sepatutnya. Memang tak malu, tapi hakikatnya itulah Fahmi yang kita kenal kan. Perwatakannya peramah dan disenangi ramai, walaupun agak menjengkelkan sedikit. Suka perasan dirinya tersangatlah hensem. Sebab itu sepatutnya tak ada dalam ranking sebab dia membuat penilaian sendiri, bukan berdasarkan kata-kata orang lain.



6. Najid Nasir
  
  


Kalau dah muka macam artis Bront Pelaq-eh, siapa tak nak eksyen dengan perempuan kan. Tapi disebabkan tiada bakat dalam lakonan, dia tak akan muncul dalam filem tempatan. Perwatakan yang selamba, dan juga poyo yang tidak keterlaluan. Jikalau tidak kerana dia deactivate account Facebook, mungkin ranking patut lebih tinggi kerana markah tambahan yang boleh diperolehi.



5. Saifullah Nasir






Nama bapa sama dengan Najid, tapi mereka tiada kaitan keluarga. Begitu juga dengan seorang lagi ahli, Shamri. Mereka sememangya bukan adik-beradik. Tengok ketinggian sahaja boleh tahu. Disebabkan ramai perempuan tertarik dengan lelaki yang tinggi, Saiful mendapat markah extra. Namun, kerana dia kurus dan tinggi, dia umpama galah yang berjalan dan pandai bermain futsal. Mungkin perlu menambah berat badan untuk menarik lagi ramai minat.


4. Safarwan Mohd Suhaimi



Usahanya untuk mendapat takhta sebagai Raja Muamalat telah bermula sejak Semester 1 lagi. Perangainya yang poyo dan cool macam daging kambing beku memberinya markah tambahan. Usaha terbaru untuk market dirinya ialah memaparkan mukanya dalam majalah Remaja edisi Oktober 2010. Namun, kerana hampir 95.63% pelajar di Muamalat tidak membaca Remaja dan lebih menggemari Mangga, usahanya tidak berbaloi.


3. Ahmad Zhafri Nadzri





Kalau Najid boleh eksyen dengan muka mirip Bront, Zhafri pula eksyen dengan muka ala-ala Farid Kamil. Pesaing kuat kepada Safarwan kerana dua-dua tidak ingin kalah kepada yang lain. Jikalau yang lain berperangai cool dan poyo, dia ni pula serious dan poyo. Kamera adalah kawan baiknya. Pernah ada potensi mendapat Raja Muamalat, tetapi disebabkan satu insiden di mana dia disamakan dengan seseorang yang tak terkenal bernama Jord, ranking dia turun. ( Agak memalukan.. )


2. Noor Naqqiuddin




Tidak perlu muka macam artis pun. Nama artis pun sudah cukup untuk dia menaikkan saham. Seorang yang peramah dan bersemangat setiakawan, tetapi boleh menjadi emotional pada masanya. Mengambil pelakon-pelakon Korea sebagai idola berfesyen kerana merasa mereka adalah tarikan perempuan sekarang. Warna kulitnya menghalang daripada menjadi Korean 100%. Apakan daya, kita makhluk ciptaan Tuhan. Beginilah rupa kita bila dilahirkan.


1. KHAIRUL RIJAL AMRAN



Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Inilah dia fenomena pada masa kini. Mengalahkan Messi, mengalahkan Justin Bieber, dan ramai lagi yang boleh memikat hati perempuan. Siapa tak kenal dia ni, memang tak patut di DPP Muamalat. Mintalah tukar ke DPP lain semester hadapan,ya. Seorang yang serba boleh, dari menggelicik bola, menoreh getah,  menangkap pok-'ke, hingga ke mengayat perempuan. Jadi, tiada tolok bandingya, aku tabalkan Raja Muamalat 2010, Khairul Rijal Amran.
  Daulat Tuanku!



So, itu sahaja ranking terbaru untuk tahun ini. Diharap tahun depan muka-muka baru pula akan muncul. Kepada mereka yang tidak berjaya memasuki carta ini, jangan bersedih. Usaha lebih. Anda pasti akan berjaya. All the best, guys!

Tuesday, November 16, 2010

Top 5 Lagu-lagu Sempena Aidiladha

Sempena Aidiladha yang akan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010, di sini terdapat carta Top 5 lagu-lagu istimewa sempena Aidiladha yang akan datang. Jika anda tak pernah dengar lagi, rajin-rajin lah cari kat YouTube atau pun mana-mana website untuk mencari lagu-lagu ini. Jangan terkejut pulak. Hehe.


5) Old MacDonald Had A Farm - Lagu Kanak-kanak

Masa kecik-kecik dulu mesti korang pernah nyanyi atau dengar lagu ni di tadika. Kalau tak tadika pun, sekolah menengah pun korang boleh dengar. Masa tu YouTube dah wujud kan. Lagu ini menyebut semua haiwan-haiwan penternakan yang dimiliki Old MacDonald. Dia ada lembu yang boleh main skateboard, kambing yang pandai main gitar (rasanya kawan aku pun macam ni), itik yang gatal, ayam yang boleh berenang, dan macam-macam lagi haiwan. Apa kaitan dengan Aidiladha? Senang sahaja. Kita tengok daripada haiwan-haiwan ini, yang mana boleh dijadikan haiwan korban. Info ini dipetik daripada blog orang lain. Pinjam kejap, ya.

" Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:
1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun. "


Jadi, sorry to say, ayam dan itik Old MacDonald selamat daripada dijadikan korban. Tahniah kami ucapkan kepada haiwan-haiwan yang disebut di atas.


4) Nona Asiah & Rahmah Ali - Lembu Patah Tanduk

Lagu ni sangat old school, diambil dari filem Badang semasa gambar masih berwarna hitam dan putih. Chorus lagu ni pun sbaka terngiang-ngiang di telinga korang:

" Anak odeng, odeng,
  Anak odeng, odeng,
  Lembut patah tanduk,
  Patah tanduk."

Lirik lagu ni tiada kaitan pun dengan sambutan Aidiladha, tapi tajuk itu ada sebenarnya. Mengikut hukum, lembu yang tanduknya patah tetapi sebahagian sahaja dan bukan sehingga ke pangkalnya adalah sah. Kalau patah sampai ke pangkalnya sehingga tercabut sebahagian daging,maka ia haram dijadikan korban. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain yang bertanduk seperti kambing, kerbau, seladang, kibas, rusa, dan juga ikan flowerhorn. Jadi, tengok-tengok kepala haiwan tu, ya.


3) Lamb Of God - Red Neck

Kalau korang dengar lagu-lagu daripada band ini, mungkin anda tertanya-tanya kenapa lagu band heavy metal ini ada kaitan dengan senarai ini. Apa kaitan headbanging dengan sambutan Aidiladha? Jangan salah faham. Anda tengok dulu nama band tu. Kalau anda ingat kisah Nabi Ibrahim A.S. yang sudah bersedia untuk menyembelih anak kandungnya sendiri, Ismail A.S., Allah S.W.T telah menurunkan seekor kibas untuk digantikan sebagai haiwan korban. Ia juga menunjukkan kepatuhan Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah untuk menyembelih Ismail, sedangkan anaknya tidak bersalah.

Jadi, istilah Lamb Of God itu boleh dikaitkan dengan kibas yang diturunkan Allah sebagai korban yang mengasaskan ibadah korban pada setiap Aidiladha. Tapi perlu diingatkan, lamb itu bermaksud anak kambing, dan jika belum cukup umur, ia tidak boleh dijadikan korban.

 Tajuk Red Neck tu cuma gambaran leher seekor haiwan bila disembelih. Penuh dengan darah kan.

Tak boleh zoom. Takut ada yang geli.

2)  Jamal Abdillah - Jeritan Batinku

Abang Jamal yang membawa lagu lagenda Allahyarham P.Ramlee ini tersenarai di nombor 3. Kenapa lagu ini tersenarai juga? Apa kaitannya? Haa. Mari kita uraikan.

Korang tahu tak apa maksud Jamal dalam bahasa Arab? Jamal itu bermaksud unta. Dan unta juga tersenarai dalam haiwan-haiwan yang boleh dijadikan korban, walaupun unta tak terdapat dalam negara ini.  Jadi, apa kaitan lagu ini pula? Senang saja. Korang dengar tak 'jeritan batin' seekor haiwan itu bila lehernya disembelih? Dalam fikiran kita, haiwan itu sedang kesakitan dan terseksa. Tapi sebenarnya ia mengucap kalimah syahadah dan tahmid kerana ia bersyukur dapat menjadi haiwan korban untuk melengkapkan ibadah kita. Sedangkan haiwan pun bersyukur dapat mengorbankan dirinya untuk Allah, kita manusia pula sudah bersediakah? Sudah terniat dalam hati untuk membuat pengorbanan demi agama? Kita fikirkan sama-sama.

And don't worry, Abang Jamal. Abang tak akan disembelih kali ni walaupun abang satu-satunya unta terkenal dalam Malaysia ini.

" Hi! Nama saya Jamal. "

1) P. Ramlee - Berkorban Apa Saja

Sudah lah tu. Dari tadi lagu merepek je, lagu ini memang layak dapat ranking nombor satu dalam carta. Lagu ini tiada maksud tersirat, ia memberi tafsiran secara langsung mengenai erti pengorbanan.

" Berkorban apa saja,
  Harta ataupun nyawa,
  Itulah kasih mesra,
  Sejati dan mulia."


Berkorban boleh dalam apa jua bentuk. Harta, cinta, kerja, dan nyawa. Berkorban juga untuk suatu kebaikan dan bukan yang sebaliknya.


Tahniah diucapkan kepada Allahyarham P.Ramlee kerana menduduki ranking pertama dalam carta Top 5 Lagu-lagu Sempena Aidiladha. Kami mendapat bantahan daripada Jamal Abdillah kerana dia juga pernah membuat cover lagu ini. Tetapi, kami tidak dapat anugerahkan kerana originality lagu ini milik P.Ramlee.

Itu sahaja segmen kita pada hari ini. Semoga Aidiladha pada tahun ini memberi makan kepada anda semua. Oh, tersilap. Saya sebenarnya maksudkan 'makna', tapi 'makan' pun boleh juga kerana anda semua akan dapat rasa daging korban nanti. Inshaallah. Salam Aidiladha diucapkan kepada semua pembaca. Min Al Aidi Wal Faizin. :)


Saturday, November 13, 2010

Musuh Negara

Dah banyak individu atau benda telah dilabel sebagai musuh negara. Antaranya dadah, diskriminasi kaum, kegiatan cetak rompak, merempit, mengorek hidung di khalayak ramai, dan sebagainya. Antara individu yang pernah dilabel pula seperti Nordin Mat Top, Mona Fendi, pembunuh Sosilawati, Justin Bieber, dan ramai lagi.

Sebab-sebab perkara di atas dilabel musuh negara kerana sama ada ia boleh membahayakan kesihatan, kelakuan tidak bermoral, boleh mendatangkan konflik, menajtuhkan ekonomi negara, ataupun tidak senonoh. Individu-individu di atas juga dilabel musuh kerana perlakuan mereka yang memalukan bangsa, kekejaman, menghina atau mencaci maruah bangsa, ataupun dalam kes Justin Bieber, dia sekadar menjengkelkan dengan suara belum baligh, rambut ala-ala Audrey Hepburn yang betul-betul burnt, tarian yang bajet comel, dan kebolehannya menarik minat ramai perempuan termasuklah mereka yang sudah dipunyai sehingga menimbul perasaan dengki boyfriend mereka. Maka, dengan tak sengajanya, dia juga tersenarai musuh negara.

Ada orang baru yang tersenarai kali ini. Dia bukan memalukan bangsa, bukan menghina bangsa, tidaklah begitu kejam, dan dia juga bukan warganegara seperti Justin Bieber. Dia dibenci rakyat Malaysia kerana kebodohannya. Kebodohan apakah yang kita maksudkan? Jawapannya, kebodohan membuat keputusan pengadilan perlawanan bola sepak. Kerana beliau, Malaysia dimalukan dalam perlawanan menentang China dalam peringkat kumpulan Asian Games 2010 di Guangzhou. Terima kasih kami ucapkan kepada anda, Ben Williams. Rasa-rasa kalau bosan duduk di Australia tu, marilah bercuti di Malaysia sini. Kamu mempunyai ramai 'peminat-peminat hangat' di sini. Raya Aidiladha nanti, jemput datang rumah aku, ya. Kalau aku tak ada lembu pun, sembelih kau pun cukup. Hehe.


Ingat muka ni betul-betul. Hero China pada hari ini.

Thursday, November 11, 2010

It's That Time Of The Year

Setiap tahun, atau semester kalau nak lebih terperinci, akan tiba masa yang dihadapi lapisan masyarakat yang lebih dikenali sebagai pelajar-pelajar universiti. Pada masa ini, suasana di kampus menjadi tegang, semua orang berubah perangai secara tiba-tiba, mereka lebih banyak meluang masa dalam bilik, dan pada waktu lewat malam atau awal pagi, mereka masih segar bila sepatutnya mereka sudah tidur. Sekarang, sudah masuknya waktu itu. Ya, tuan-tuan dan puan-puan.


Sekarang, sudah masuk waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengannya. Jangan lupa tunaikan kewajipan anda. Tapi selepas itu jangan lupa kembali ke topik yang ingin disembang ini, ya.


Peperiksaan akhir semester sudah tiba ataupun sudah selesai bagi kebanyakan IPTA. Bagi UUM pula, mereka akan menduduki peperiksaan selepas cuti Aidiladha kerana keadaan banjir di Alor Setar telah menyekat bekalan makanan, sumber minyak, kertas, pen, dan alat-alat tulis yang lain dan menyebabkan peperiksaan mereka tidak dapat dijalankan sehingga keadaan pulih seperti biasa. Bagi yang sudah selesai menduduki peperiksaan, mereka boleh menikmati cuti semester mereka. Dan yang masih menjalani peperiksaan, semoga berjaya menjawab kertas-kertas yang tinggal.

Pelajar-pelajar UUM pula, manfaatkan masa yang tinggal ini untuk bersiap sedia. Tinggal 10 hari sebelum peperiksaan pertama akan bermula, dan masa itu sememangnya suntuk jika ingin menguasai subjek-subjek yang telah dipelajari sepanjang semester ini. Apa-apa pun, jangan study sampai tension, dan tenangkan fikiran anda bila mula terasa tegang dengan ulangkaji anda.

Sebagai bantuan, di sini ada beberapa tips untuk bersiap sedia sebelum menghadapi kertas peperiksaan anda. Jika tips ini tak membantu, tolong jangan salahkan saya kerana ia sekadar tips. Kalau tak berkesan, mungkin ia tidak kena dengan jiwa dan sanubari pembelajaran anda.


1. Rujuk short notes

Nota pendek yang ringkas dan padat dapat membantu anda memahami pelajaran dalam masa yang singkat. Memang susah kalau kita mengharapkan sebuah buku teks tebal dapat memperbaiki pemahaman kita dalam jangka masa pendek. Jadi, guna lah nota pendek yang disediakan pensyarah ataupun anda buat sendiri. Kalau anda tidak pernah buat short notes dan sebelum exam baru nak terkial-kial buat, abaikan sahaja tips ini.


2. Perbincangan Dalam Kumpulan

Bak kata pepatah orang putih: Two is a company, three is a team. Four is a gangbang. ( Okay, ayat last ni tak termasuk sebenarnya.) Bila buat group discussion, lagi banyak pengetahuan diperolehi dan bantuan akan lebih senang diberi kepada mereka yang lemah sedikit dalam suatu subjek. Dan seperti ayat di atas, seeloknya biar kumpulan itu dirangkumi 2-3 orang sahaja. Jika lebih daripada itu: 'Bang Bang Bang!'.

This is a study group. Not a gangbang.



3. Buat Latihan Soalan Past Years

Selalunya, soalan-soalan semester yang lepas boleh diperolehi dalam Portal Library ataupun daripada pensyarah yang mengajar subjek itu. Latihan ini boleh membantu kita mendapat gambaran soalan yang kita akan jawab atas kertas nanti. Lebih banyak latihan akan membiasakan diri anda dengan soalan-soalan yang kerap ditanya. Tapi jangan bergantung sangat dengan soalan past years kerana soalan boleh berubah-ubah setiap semester. Anggap sahaja sebagai latihan pengukuhan.

4. Jaga Kesihatan Dan Pemakanan

Walaupun exams nak dekat, jangan penuhkan masa dengan menghadap buku atau nota sahaja. Boleh jadi gila tak tentu pasal nanti. Bila dah study selama 1.5 - 2 jam, rehatkan lah minda tu selebih-lebihnya 30 minit sahaja. Nak tenangkan fikiran, boleh main game, tengok video (yang baik-baik sahaja), ataupun rehat minum dulu. Petang-petang seeloknya pergi bersukan kerana lemak berlebihan dalam badan boleh membuat otak berfikir dan bertindak dengan lambat. Pemakanan juga mesti dijaga. Jangan biarkan diri anda berlaparan dan jangan pandai-pandai nak diet time exam. Silap-silap nanti, anda die time exam. Elakkan daripada membuat maggi sebagai makanan ruji kerana ia tidak elok untuk perkembangan otak, lagi-lagi nak menghadapi exams. 

Makan dan bersukan itu penting



5. Guna masa dengan sebaiknya 

Kalau dah tahu kesuntukan masa, jangan bazirkan dengan perkara-perkara yang tak penting. Jangan tidur berlebihan sampai 8-10 jam. Anda study sahaja, bukan buat kerja buruh contract sampai perlu tidur lama. Kalau ada niat nak pergi jalan-jalan di pasar malam Changlun, ataupun shopping di C-Mart, atau dating dengan girlfriend / boyfriend di tepi sawah, abaikan dahulu. Dah selesai exams nanti, jalan lah puas-puas. Nak mandi dan buang air pun tak perlu lama sangat. Jangan layan lama-lama duduk dalam toilet tu sampai kering najis di punggung tu. Use time wisely.

6. Jangan Study Sambil Online Facebook

Sungguhpun Facebook itu juga sejenis buku (book), ia boleh melalaikan anda dari memberi tumpuan terhadap studies. Sekali-sekala tu boleh la, bila tengah rehat ataupun sebelum tidur, ataupun nak release tension bermain Farmville (ada lagi ke yang main?).

Read book, not face book.


7.Tawakkal

Dan sakhir sekali, tawakkal itu mesti wujud. Kita usahakan, tapi Allah SWT yang akan menentukan rezeki kita.


Jadi, semoga pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester nanti boleh menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan. Jagalah diri anda dan juga rakan-rakan seperjuangan. Semoga berjaya!