" Mungkinkah ini satu mimpi? Mungkinkah ini hanya mainan fikiran aku? Ataupun ini memang realiti? "
Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran Mike. Memang dah lama dia usyar awek itu, tapi tak tersangka dia boleh bertemu dalam keadaan begini. Hujan tak berhenti dari petang, dan malam itu sejuk bagaikan suhu di London ketika musim luruh. Awek tadi yang basah kuyup terkena hujan, kini berlindung bawah payung bersama Mike. Mujurlah Mike bawa payung tadi. Menggigil dek kesejukan, dia memeluk tubuh Mike tanpa segan silu.
Mike tak percaya apa yang tengah berlaku. Berdebar hati dia nak tegur awek ni dari dulu, tapi tiba-tiba peluang macam ini muncul. Takkan dia lepaskan peluang ini.
" Apa nama awak? "
Gadis itu menaikkan kepalanya, lalu matanya bertentang dengan mata Mike. Terserlah kemerahan di mata gadis itu, macam baru lepas menangis sebelum hujan membasahi mukanya dan menghilangkan aliran air mata di pipinya. Dia membuka mulut mahu menjawab, bibirnya hanya menggeletar. Mungkin kerana kesejukan, ataupun kerana dia juga gementar berada dalam pelukan Mike sedangkan mereka saling tak mengenali.
Mike masih mahukan jawapan. Dia tak endahkan perbuatan gadis itu memeluk tubuhnya, kerana dia hanya mahu kenal gadis ini dengan lebih rapat. Dia pun bertanya lagi.
" Nama saya Mike. Nama awak? "
Masih lagi senyap. Tapi hanya untuk sementara. Akhirnya, terjawab juga pertanyaan Mike itu.
" Nama aku Joyah. Aku laki nenek kau! "
-
-
-
Sepantas Usain Bolt berlari, terasa satu tendangan di bahagian perut Mike. Dalam menahan kesakitan itu, dia membuka matanya. Joe, kawan baiknya, berdiri di hadapannya dalam gaya baru lepas buat tendangan kung-fu Bruce Lee. Pemandangan di sekelilingnya juga macam dia kenal. Bilik dia. Dia masih lagi atas katil.
" Aku mesej berkali-kali, aku miscall pun dah dekat sejam, kau tak bangun-bangun lagi. Lepas tu boleh lak mimpi basah kan. ", kata Joe sambil memandang bahagian bawah badan Mike.
Mike pun menoleh. Tangan kirinya berada dalam seluar dalamnya, memegang suatu yang keras. Dia menarik keluar tangannya perlahan-lahan. Dia masih memegang benda keras itu. Oh, telefon bimbit rupanya.
" Cepat lah, bangkai! Aku dah lapar ni! Dino dah tunggu kat kereta tu. ", Joe melenting. Mereka bertiga memang selalu keluar makan bersama setiap kali selepas bangun. Selalunya awal mereka bangun, tapi hari ini terlebih awal pula. Pukul 2 petang.
-
-
-
Setibanya di Restoran Pak Hamis, mereka pun order makanan. Nasi putih, telur bistik, tomyam campur, ikan bakar 3 rasa, sotong goreng, dan satu jag air sirap bandung. Tapi itu hanya makanan Dino seorang. Yang lain-lain tak tahulah makan apa pula. Selesai makan, sambil layan sebatang rokok Promax yang dikongsi bertiga, Mike membuka cerita pasal mimpi dia.
" Awek tu datang lagi dalam mimpi aku, dowh. Kalau satu malam je, aku tak kisah. Ni dah masuk malam kelima belas aku mimpi dia. Penatlah aku nak basuh spander setiap pagi. ", Mike memulakan ceritanya.
Mike masih menanti respond dari kawan-kawan dia. Dino seorang yang pandai menafsir mimpi, jadi dia bagi respond dulu.
" Masuk malam keenam belas nanti, kau jangan risau. Kau tak perlu basuh spander dah sebab mesti dah kering tangki kau tu. ", Dino berkata sambil gelak terbahak-bahak. Mike hanya tersenyum ringkas. Apa yang dia maksudkan dengan basuh spander tu ialah kencing malam, bukan apa yang Dino fikirkan.
Joe hanya membuat muka serious kerana dia juga memikirkan tentang mimpi Mike. Munkgin dia mempunyai idea atau nasihat yang elok untuk Mike. Setelah berfikir sejenak, dia pun menyuarakan pendapat.
" Aku rasa, aku tahu apa kau kena buat, Mike. ", Joe berkata. Akhirnya, respond yang positif.
" Buat apa? ", Mike bertanya.
" Kau bayarkan dulu makanan aku. Aku belum keluarkan duit. ", Joe kata dengan selamba. Dia bingkas bangun dan pergi ke kereta.
" Aku memang sayang member-member aku...", Mike berkata dalam hati.
-
-
-
" Kau ni biar betul? Aku check kat pejabat TM tadi, tak ada pun rekod. ", Mike bercakap dalam telefonnya.
Sudah dua hari talian internet di rumah mereka dipotong. Dino kata dia sudah bayar, tapi mungkin dia tersalah hantar ke akaun lain melalui Maybank2u. Berita petang tadi pun menceritakan Persatuan Penternak Pok'ke mendapat sumbangan derma bernilai RM 100 daripada sumber yang tak diketahui. Terseksalah hidup mereka beberapa hari ini tak boleh buka Facebook.
Hari tiba-tiba mendung. Kedengaran guruh dari jauh. Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Mike pun dengan segera membuka payung. Dari mana entah dia ambil. Mungkin milik orang lain di pejabat TM tadi. Dia nak ke motornya tapi hujan tengah lebat. Kena tunggu dulu dekat depan kedai ni. Tengah berdiri di situ, dia melihat seorang gadis berlari dalam hujan menuju ke tempat untuk berteduh. Tiba-tiba gadis itu terjatuh terpijak kulit pisang dibuang merata.
Mike tak sanggup tengok gadis itu dibiarkan begitu saja. Dia pun meluru untuk memberi bantuan. Gadis itu terluka sedikit di bahagian lutut. Mike memapah gadis itu dengan sebelah tangan, sebalah lagi memegang batang.......payung itu. Dia tidak dapat melihat muka gadis itu kerana rambut basah menutup mukanya. Sedang mereka menuju ke tempat berteduh, gadis itu menarik rambutnya ke tepi.
" Terima kasih. ", dia mengucap kepada Mike.
Mike ingin membalas. Tadi dia tak sempat tengok muka, sekarang dah boleh. Dia menoleh ke muka gadis itu. Mimik mukanya berubah. Penuh kejutan.
" Betul ke apa aku nampak ni? ", dia bertanya dalam fikirannya.
-
-
-
( End of Part 1 )
adakah kisah ini berkaitan dgn kau.hehehe
ReplyDeletecliche gile pijak kulit pisang..hahha
ReplyDeletebengOng!!
ReplyDeletekisah ini tiada kaitan dengan aku. rekaan semata-mata. korang tunggu la part 2 akan datang. hehe
ReplyDeleteha ha ha. macam cibai punya cerita.
ReplyDeletehaha..nak wat novel lak ke?
ReplyDelete