Thursday, December 23, 2010

Gaya Rambut Lelaki Rockers

Selamat pagi semua! Hari ini pagi yang indah pula sebab aku tak ada selsema. Haha. Lega rasanya. Topeng jerebu pun tak sempat nak beli semalam. Nampaknya, tak payah beli la memandangkan aku boleh bernafas dengan lega sekarang.

Semalam, dalam kesibukan aku melayan SMS dari 'someone special', kami terborak sedikit pasal gaya rambut. Dan aku pun terbuka fikiran tulis pasal style rambut lelaki yang boleh dibuat time cuti ni memandangkan semua nak simpan rambut panjang gara-gara peraturan ketat semasa di universiti. Kalau ada yang tak berminat dengan rambut panjang, rambut pendek pun ada juga gaya yang kemas lagi stylo. Sedangkan rambut botak juga boleh digayakan. So, berbekalkan model-model yang susah payah aku jemput dari luar, jom kita usyar apa style yang menarik dan boleh diikuti time cuti ni

Jika anda ada impian nak bergaya macam rockstar, dan ingin senang didampingi wanita-wanita yang desperate for a boyfriend (ataupun anda sendiri yang desperate for a girlfriend ), cubalah gaya rambut rockers mengikut dekad semasa ia mendapat populariti. Contohnya, kita tengok gaya rambut rock 60-an. Antara kugiran-kugiran yang melonjak nama semasa itu seperti The Beatles dan Rolling Stones. Pada masa itu, fashion pemuzik masih lagi kemas dan tidak melambangkan identiti keganasan. Contoh yang baik ialah rambut The Beatles. Rambut mereka tidak panjang dan disikat rapi ke tepi ataupun dibiarkan jatuh macam ada cendawan atas kepala. (Rambut aku sekarang ni lebih kurang macam ni juga.). Noh Hujan mengikuti trend rambut ini dan jelas sekali membuatkan dirinya seperti seekor kumbang macam Beatles juga.

Paul McCartney (The Beatles)

Kalau korang tak minat dengan rambut macam Noh Hujan sebab takut dikatakan poyo yang setaraf dengannya dan dibenci oleh orang ramai, cuba gaya rambut lain pula. Rock n Roll pada tahun 70-an pula mendapat sambutan hangat, bukan kerana muzik sahaja, tetapi kerana fashion dan style mereka yang nampak sexy dan menggiurkan. Ikon fashion yang kita akan lihat ialah Robert Plant dari band Led Zeppelin. Semasa ini, rambut panjang diwajibkan simpan, dan mesti berkerinting ataupun ikal. Rambut straight tak main la, derr. Tak Rock n Roll la macam tu. Kalau rasa-rasa susah nak bela rambut macam ni, ikat la maggi goreng banyak-banyak di rambut tu.

Robert Plant (Led Zeppelin)

Kalau rambut korang tetap lurus setelah berkali-kali cuba mengerintingkan, tak mengapa. Rambut straight pun menjadi trend pada tahun 80-an, terutamanya bagi Axl Rose (Guns n Roses) dan Sebastian Bach (Skid Row). Apa yang best ada rambut straight dan panjang ni ialah anda boleh head banging sambil menghayunkan rambut ke kiri dan ke kanan, ataupun buat putaran macam kipas angin kerinci. Dapat pahala jadi kipas ni, boleh menyejukkan orang di sekeliling kita. Tapi dinasihatkan anda tidak mempunyai muka yang jambu ataupun terlalu metroseksual. Silap-silap dengan rambut panjang ni anda boleh disangkakan seorang perempuan. Jika muka hodoh pula, anda boleh disangkakan seorang bapuk. Jadi, maintain la muka tu pada tahap yang normal dan tak terlalu menonjol. 

Sebastian Bach (Skid Row)
Bagi aku, gaya Sebastian ni sangat 'hot'. Muka pun jambu. Auuw!! Nasib baik aku straight lagi. Hehe.


Kalau rambut terlalu panjang bukan pilihan korang, boleh je pendekkan sedikit. Tahun 90-an, muncul seorang ikon Grunge yang paling disanjungi peminat muzik itu; Kurt Cobain. Gaya fesyen dia adalah ringkas, tidak terlalu menonjol, dan lebih sopan jika dibandingkan dengan gaya-gaya sebelumnya. Rambut yang dia memperagakan tidaklah begitu panjang, hanya sampai tahap bahu saja. Tak dikemaskan, dibiarkan jatuh, dan menampakkan seperti seorang yang tak pernah mandi selepas bangun dari tidur. Namun, gaya ini lah yang mencerminkan identiti kebanyakan rockers pada abad baru ini, terutamanya pemuzik-pemuzik muda dan sedang meningkat. Well, Smells Like Teen Spirit, right?

Kurt Cobain ( Nirvana )

Jika rambut panjang bukan minat anda, cuba gaya rambut pendek pula. Anda boleh buat rambut bercacak (spiky), buat gaya Mohican (mohawk), ataupun gaya ala-ala Jepun@Korea yang boleh menyerlahkan kejambuan.

Spiky: Dexter Holland (Offsprings)

Mohican: David Beckham (tiada band)

Japanese Style: Yuuto (Galneryus)

Eh, baru aku sedar, David Beckham tiba-tiba je menyibuk kat sini. Ini ruangan untuk rockers la! Haih. Macam mana security rancangan aku ni boleh biar dia terlepas? Jadi, sini ada model baru untuk gaya rambut Mohican, dan amat terkenal dengan gaya rambut itu.


Mohican: Travis Barker ( Blink 182 )

Okay. Nampaknya, setakat ini saja gaya-gaya rambut yang kita boleh tunjukkan. Kepada mereka yang berminat, jangan malu-malu mencuba, lagi-lagi masa cuti ni je yang korang ada nak berlagak dengan fesyen pelik-pelik. Kalau ada yang nak simpan rambut panjang, jangan lupa syampu dan jaga rambut tu. Jangan sampai ada kutu buat resort dan spa kat kepala korang tu.

 So, selamat mencuba, dan selamat bercuti semua!

2 comments:

  1. japanese style pling smart r..
    hahaha... =P

    ReplyDelete
  2. gaya rambut paling smart aku rasa rambut jimmy page led zep.

    ReplyDelete