Wednesday, October 3, 2012

Tiada Lagi Balak


Hadoi.. Ni la masalahnya kalau ada Auto-Correct dalam Bahasa Melayu. Lain yang aku nak tulis, lain pulak yang muncul di paparan skrin. Spoil betul la!

Untuk pengetahuan semua, disebabkan Auto Korek yang baghal tadi, tajuk post ini sebenarnya bukan nak cerita pasal "Balak", tetapi BALLACK.

Tajuk sebenar: TIADA LAGI BALLACK


Der Capitano

Okay, cukup la memaki hamun auto korek tadi. Kita sambung cerita.

So, apa ceritanya mengenai Ballack ni? Pada hari ni, 3 Oktober 2012, Michael Ballack (sebutan Mikhael Balak) mengumumkan persaraannya dari arena Bola Sepak. Kerjaya selama 17 tahun dalam hidupnya sudah berakhir dan mendapat reaksi mengejut dari penyokong-penyokong dan rakan-rakannya.

Ballack, yang pernah beraksi bersama kelab gergasi Jerman: Bayern Munich, dan juga kelab haru biru Chelsea, memutuskan untuk menggantung boot bola pada usia 36 tahun semasa masih bersama kelab yang beliau memulakan kerjayanya, Bayer Leverkusen.

Jadi, kenapa aku nak tulis pasal Ballack? Aku peminat Chelsea ke? (No way. Chelsea? Pfftt..)

Aku penyokong Bayern Munich ke? (Aku suka Bayern. Tapi takdela peminat nombor 1).

Aku ni orang Jerman ke? (Keberangkalian aku seorang Jerman adalah 35/100, tapi hakikatnya aku 100/100 Orang Melayu).

Sebenarnya, Ballack satu-satunya sebab aku mengikuti World Cup 2006 di Jerman dulu. Pada masa tu, aku bukan seorang "kaki bola" macam sekarang sebab duduk asrama, aku jarang dapat peluang tengok bola. Aku tau nama pemain beberapa orang je, dan tak mengikuti mana-mana kelab bola sepak pun sebelum World Cup 2006. Tapi disebabkan tak nak dilabel seorang yang tak cool kerana tak mengikuti World Cup, aku pilih untuk menyokong Jerman. Sebab aku terbaca info pasukan Jerman dalam surat khabar sebelum mulanya World Cup masa tu. Dan masa dia cerita pasal Ballack dan pencapaiannya, aku terus nampak Ballack dan Germany boleh pergi jauh dalam temasya tu, lagi-lagi dorang tuan rumah.

Sepanjang World Cup 2006, aku ikuti kebanyakan perlawanan (yela, nak mula berjinak dengan dunia bola sepak ni) dan sentiasa meletak harapan untuk Jerman. Dan sememangnya, Jerman maju sehingga ke Separuh Akhir. Namun, Jerman kalah dengan sebuah negara yang terkenal dengan pembuat pizza, spaghetti, ferrari dan isyarat tangan mencarut. (Sila rujuk gambar bawah)

Orang Itali: Watdafak?!
Orang India: Dey, mau makan ka?
Jerman kalah, Ballack tidak dapat menjulang piala di negara sendiri, dan World Cup 2006 pun berakhir. Kalau diikutkan, aku sepatutnya tak payah ikut lagi dunia bola sepak ni sebab temasya dah habis. Tapi aku terus follow, ambik tau pasal berita, dan mula meminati sukan ni. Dan sejak itu, aku tak pernah menoleh belakang.

So, Michael Ballack, walaupun kau bersara, kau tetap mempunyai penyokong-penyokong setia dan mengenali kewibawaan kau. Kau sebagai Capitano contoh, pemain yang bersemangat, dan kerjaya penuh peristiwa, aku berterima kasih sebab kau menjadi titik permulaan aku mengenali Sukan Nombor Satu Dunia ni.

Dankerschen, Herr Ballack!

Jadi, sekian saja kisah mengenai Ballack dan aku. Semoga Ballack bersara dengan bahagia dan teruskan hidup. Mungkin dia boleh cuba kerjaya lain seperti modelling atau berlakon. Dia ada rupa gak, hensem gak, macam Matt Damon. Betul tak?

Ballack: "Really? You think I can make it to Hollywood? Huhu . "

Matt Damon: " Are you out of your mind, Jordy? He looks nothing like me!"

Tuesday, October 2, 2012

Hidup Kembali - Part 2

Seperti Son Goku yang mati berkali-kali, namun dihidupkan semula oleh Dewa 19 (Naga), blog yang penuh dedikasi, motivasi, dan nasi-basi ini juga bakal melalui fasa hidup yang sama. Dibangkitkan dengan gelang emas atas kepala, bersayap putih, berekor monyet, dan rambut gaya kulit durian, semuanya selepas berjaya mengumpul kesemua Mutiara Naga yang berselerak di seluruh dunia (salah satunya terjumpa di Mutiara Damansara).

Ye, inilah kehidupan semula blog OREKSTRA HIDUP! 
*KASHIIIIIIIIIIIIIINGG!!!

Son Goku: "Kau tipu la, Jordy! Aku takde ekor monyet pun."

Awal mula pertama mula, Encik Jordy Shah ni nak mintak maaf kepada semua pembaca (dan kepada Goku) kerana menyepikan diri dari blog kesayangan korang ni. Sebenarnya, ni bukan kali pertama aku menyepi diri. Tahun lepas pernah gak terjadi. *Sila rujuk post bulan Nov 2011.

Selama 9 bulan aku menyepikan diri, banyak perubahan sebenarnya dah berlaku. 9 BULAN tu masa yang lama, derr! Kau tau apa yang dah berubah?

1. Bentuk badan aku semakin unik (korang ada ke perut yang menyerupai muka orang?)
2. Bajet 2013 baru diumumkan minggu lepas! (tahap kepentingan bergantung kepada pandangan masing-masing)
3. Jiran depan rumah aku dah tukar pagar garage baru (isu penting giler ni!)
4. Kelahiran seorang anak.. Tapi bukan anak aku la. Dah kata 9 bulan berlalu, ada la anak sesiapa baru lahir baru-baru ni kan.
5. Aku dah ada kerja. (Jangan ada yang menggatal mintak aku belanja cepat-cepat. Wait for your turn!)
6. Hijrah (beberapa orang artis dah mula pakai tudung seperti Abby Abadi, Shila Amzah, dan Syafiqah Ahmad....?)
7. Bola sepak semakin banyak kejutan (Kelab-kelab bola semakin kaya, pasukan bola berwajah baru, skandal-skandal, dan Liverpool kalah dengan Man U?? Kejutan tu.. Kalau Man U kalah, tu dah jadi perkara biasa)
8. K-poop semakin menjadi-jadi dan dimenyampahi (terutama sekali Stail Abe Gangne tu)
9. Minggu depan, gua nak Konvokesyen dah. (Penantian berakhir!)

Jadi, ini hanyalah beberapa perkara baru yang berlaku selama 9 bulan menyepi ni. InshaAllah, ada masa nanti, aku akan ceritakan sedikit demi sedikit mengenai topik-topik ini.

Untuk post pertama ini, hanyalah Intro dulu. Saja nak panaskan jari, warm-up untuk kembali rajin menulis. Semoga post-post akan datang aku dapat kongsikan pandangan dan pengalaman aku sepanjang tahun ini sejak bulan Januari. So, stay tuned!


p/s: Aku rasa lama sangat dah tak bukak blog ni, agak-agaknya aku ada salah taip nama blog ni dekat perenggan kedua. Betul tak?