Wednesday, November 30, 2011

My December

Sudah tiba masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang.

Bulan Disember. 

Bulan kedua belas.

Bulan yang istimewa.

Kenapa ia istimewa? Ada beberapa sebab ia bulan yang istimewa.

1. Bulan terakhir dalam setahun. Waktu-waktu ni la korang mula muhasabah diri sepanjang tahun, kira kewangan, merancang nak buat apa tahun depan, cari kerja lain menjelang tahun baru ni sebab tak puas hati dengan majikan yang lebih hensem dan banyak duit. 

2. Cuti sekolah. Memandangkan budak-budak tengah cuti sekolah, waktu-waktu begini la orang bawak anak-anak pergi bercuti sebelum mereka kembali merengek tak nak pergi sekolah pada bulan Januari nanti. Masa beginilah para pekerja minta cuti dari bos sebab nak bawak anak-anak bercuti. Yang bujang senang pun minta cuti, menipu bos kononnya nak pergi bawak anak bercuti. Bos tu pun bagi jela cuti, memandangkan si bujang tu memperdaya bos dengan imej kemas dan bermisai tebal di tempat kerja.

3. Promosi. Kalau ada yang malas nak pergi berjalan-jalan, dorang akan bawak sekeluarga pergi membeli-belah. Year End Sale kan sekarang. Hujung minggu je, mesti sesak pusat membeli-belah ternama di sekitar kawasan Lembah Kelang ni, dipenuhi golongan-golongan makcik, pakcik, kanak-kanak, remaja, pelancong asing, pendatang asing, dan juga golongan tak dikenal pasti jantinanya. Keluar dari kedai, adalah beg tangan baru di tangan makcik, dompet baru di tangan pakcik, beg sekolah baru di tangan kanak-kanak, kekasih baru di sisi remaja (boleh beli ke?), buah tangan baru di tangan pelancong, lesen permit baru di tangan pendatang asing, dan pakaian dalam baru untuk golongan terkahir yang aku sebut tadi.......

4. Perayaan. Bagi yang beragama Kristian, Hari Natal atau Keris Mas pada 25 Disember, adalah perayaan paling besar bagi mereka. Mereka sekeluarga bersama sanak saudara berkumpul pada malam sebelum Krismas, menjamu selera, luangkan masa, borak-borak, dan tengok TV kalau ada tayangan menarik. Keesokan paginya, kanak-kanak buka hadiah yang terletak di bawah pokok Krismas (versi plastik jika di Malaysia). Jika di negara lain, kanak-kanak akan terpedaya dengan kata ibubapa mereka kononnya Santa Claus yang meletak hadiah itu bawah pokok. Jika di Malaysia pula, kanak-kanak takkan terpedaya dengan kata itu, kerana mereka pun tahu Santa Claus akan berpeluh sekolam jika datang ke Malaysia dalam cuaca yang panas terik ni, memandangkan Santa pakai jaket tebal untuk musim sejuk. Di sini juga tiada rusa salji nak tarik kereta sorong Santa tu, sebab di Malaysia ada kancil je. Syabas, kanak-kanak Malaysia. Anda semua memang bijak.


" Kalau aku datang Malaysia, aku nak relax kat Langkawi je. Malas nak bagi hadiah. Ho ho ho! "



5. Kelahiran. Ya, kelahiran seorang lelaki yang macho, cool, comel, steady, kreatif, berinovasi, bergaya, poyo, bijak, bersahaja, dan macam-macam lagi sifat yang terpuji dan keji. Apa-apa pun, kalau takde dia, takdela blog ni wujud. Memang respected la mamat tu. Salute!

(Okay, bukan hari ni ye. 26 haribulan nanti. Boleh la korang mula fikir hadiah apa nak bagi aku nanti.)


Jadi, pada bulan yang istimewa ni, aku ucapkan selamat bercuti kepada yang tengah cuti, dan semoga berjaya kepada mereka yang sedang mengusahakan sesuatu. Semoga bulan Disember ni menjadi bermakna untuk korang semua. Salam.

3 comments:

  1. Point no.5 yang paling tak boleh blah.
    Sekian, terima kasih.


    -Kakak kandungmu-

    ReplyDelete
  2. haha....da mcm tiqah da nk igt2kan org...haha....

    tape2...point 3 taken...haha.. ;P

    ReplyDelete
  3. EHEM2...MST LA SPECIAL...neOk la bulan spe..hahaha~!(aku amek no 2)

    ReplyDelete