Wednesday, May 25, 2011

Aku Pernah Berada di Sini

Sebelum aku pulang ke kampung halaman iaitu Bandar Baru Bangi pada petang 26hb Mei ini, aku ingin perkenalkan diri aku dulu. Mungkin ada yang tak kenal aku lagi. Jadi, sini korang akan tahu aku siapa.

Nama aku Shahridzal Aizat bin Shahrum.

Lahir pada tarikh sama tsunami melanda teruk, tapi pada tahun 1989.

Tinggi aku sekadar cukup tangan aku menyentuh kipas di DPP Perwaja. Kalau tinggi sangat, boleh terputus tangan aku ni menggeliat bila bangun pagi.

Berat aku berubah-ubah. Kadang-kadang seberat 6 guni beras, kadang-kadang tambah 2 kilogram lagi, kadang-kadang tolak 2 kilogram pula.

Nombor matrik aku 129892. Mengambil jurusan Sains Pemutusan dengan Pujian. Menginap di DPP Perwaja. Pelajar semester terakhir, iaitu semester 6.

~
~

(Dan, timbul beberapa persoalan yang bermain di fikiran pembaca.)

" Awak ni hensem tak? "

- Kau tengok sendiri la gambar aku kat Facebook tu. Cari nama aku.

" Kau duduk Perwaja. Budak Palapes ke? "

- Tak, aku tak suka makan kek lapis. Aku duk Perwaja dari sem 2. Sebelum tu duk DPP MISC masa sem 1.

" Pointer awak ok? "

- Kau nak sumbangkan sedikit pointer kau kat aku ke?

" Hobi kau? "

- Main gitar dan bass, online, tengok movie.

" Main sukan apa? "

- Aku saja-saja main. Tak mewakili pasukan. Futsal, bola tampar, bowling.

" Kalau saya nak belanja, awak suka makan apa "

- Kalau kau boleh belanja aku nasi ayam dengan milo ais, konfem aku menangis bersyukur.

" Rajin clubbing tak? "

- Clubbing?

" Maksud saya, aktif dalam club atau persatuan tak? "

- Kau cakap biar betul bahasa tu. Aku luku kang. Aku aktif dengan kelab QUSAC, Kelab Motor Perwaja (sekarang Kelab Permotoran BSN). Jawatan aku tak perlu la korang tahu. Sebab takde pun. Lagi satu, aku main music dengan band aku, Rockestra.Dorang ni gempak. Silalah sokong mereka.

" Apa yang buat kau unik kat UUM ni? "

- Aku tahu takde orang yang lebih comel macam aku.

" (-.-') "

- Main-main jela. Kau pernah nampak kereta ala-ala kancil warna hijau dan steering belah kiri tu? Nombor plate BFH 5522. Haa, tu kereta aku. Lepas ni jangan korang rindu-rindu lak tak nampak kereta tu lalu-lalang dalam UUM ni.

" Member-member rapat kau siapa? "

- Kalau kau tak kenal, tak kisah la. Dorang ni tiada penggantinya. The best, the coolest, and the craziest bunch of guys and girls that I've met. Nasib baik aku takde nombor ambulans hospital bahagia.

" Awak dah ada girlfriend ke? "

- Lisa Surihani

" Haha. Kelakar la awak ni. So, awak ni single lagi ye? "

- Betul la aku cakap tadi. Girlfriend aku macam Lisa Surihani. Bukan Lisa yang betul tu. Kawan-kawan panggil dia Lisa Bizmath @ Lisa Surirumah.

" Bila kau blah nanti, apa yang kau terkenangkan dalam UUM ni? "

- Susah aku nak ceritakan. Tapi aku ringkaskan je. Setiap detik bersama kawan-kawan aku di sini. Semuanya special bagi aku.

" Ang 3 taun dah duk sini, boleh cakap Kedah dak? "

- Ang perlekeh aku ka? Tabuh pungkuq ang satg baru tau.

" Awak rindu tak hidup di UUM ni nanti? "

- Gila ke tak rindu? Aku takut aku menangis je saat aku keluar dari gate UUM ni nanti. Banyak kenangan best dan tak boleh dilupakan.

" Ada apa-apa pesanan terakhir? "

- Aku nak pesan burger daging cheese satu........ Okay, main-main je.

PESANAN TERAKHIR:

Kepada rakan-rakan Sains Pemutusan, semoga berjaya mengharungi praktikal nanti. Kalau ada yang terasa dengan aku, minta maaf la. Kalau ada yang pernah sekelas dengan aku, jangan rindu-rindu kelibat aku dalam kelas ye. Jumpa lagi bila nak hantar report praktikal.

Kepada junior-junior di DPP Perwaja, semoga korang teruskan perjuangan dan capai impian masing-masing. Kalau ada yang terasa dengan aku sebelum ni, tergurau kasar, terkasar bahasa, aku minta maaf. Terus mengharumkan nama Perwaja, DPP Terbaik.

Kepada junior-junior QUSAC, belajar rajin-rajin dan teruskan perjuangan. Jangan stress sangat sebab fakulti kita memang susah subjeknya. Enjoy your studies, jangan biarkan ia membebankan anda.

Dan akhir sekali, Buat kawan-kawanku, yang rapat dan selalu berada dengan aku sejak sem 1, aku nak mintak maaf jika sepanjang perkenalan kita aku ada buat salah dan silap. Aku manusia yang lemah juga. Jika ada yang terguris hati, maafkan aku sebab aku tak pernah terniat buat camtu. Terima kasih sebab buat hidup di UUM ni satu yang bermakna, seronok. dan tak terganti nilainya. You guys are the best.

Love you all.



The Ladies of Biz Math

Bakal Saintis











Pranksters




























Nostalgia Sem 1
















Serbu kuala Perlis

Sem 4 BBQ

Ramai-ramai pakai smart














Band Rockestra

Metakustika

Qusac Family

KLK Pancaragam

Sukarelawan Banjir

BBQ Sem 6

Geng Melompat

Nanolensa punya geng

BSN Motoring Club



- THANKS FOR THE MEMORIES -

Saturday, May 21, 2011

Breakfast

Perasaan seronok bila pagi-pagi buta dah bangun, ataupun tak tidur lagi, dan pergi mencari makan. Pukul 5 adalah waktu afdhal untuk memulakan pencarian sarapan. Aroma wangi nasi lemak Kampung Darat bermain dalam minda, kelazatan ayam goreng membuai nafsu pemakanan yang liar, kemasyukan milo ais menusuk kalbu walaupun sekadar bayangan sejenak.

Itulah yang menyebabkan segelintir pelajar-pelajar di Sintok ini sanggup berjaga malam dan menunggu tibanya waktu pagi untuk menjamahi keenakan sarapan pagi masakan orang Melayu ini. Kaum Melayu, Cina, malah India sekali, turut berpusur mengejar destinasi itu. Kerana di situlah definisi makanan dapat menyatukan kepelbagaian kaum negara kita.

Sarapan orang kita


Masalahnya, pagi tadi tak buka pun kedai nasi lemak tu. Hampeh! Ptuih! Sialan! Spoil je mood aku pagi-pagi camni. Tak pasal-pasal makan roti canai kat Seven Star je.

Okay, gua nak tidur lak. Hati panas ni derr.. PANAS!!!

ZzzZzZzzzZzzz...

Sunday, May 15, 2011

Ternyata (Part 2)

Cerita ini adalah kesinambungan dari Ternyata (Part 1) yang aku tulis pada semester lepas. Ya, mesti ramai yang ternantikan Part 2 ni kan. Sorry kepada mereka yang kena tunggu lama. Aku sibuk sepanjang sem ni dan hampir kecebisan idea. Hehe. Okay, enjoy Part 2 ni.


Owh, kalau ni kali pertama baca blog ni dan tak tahu cerita Part 1, tekan link di sini. Di sini! DI SINI!!!

~
~
~
~

Gadis yang berada di depan matanya seperti pernah dia nampak sebelum ni. Dia cuba menyingkap memorinya dalam masa 2 saat itu untuk memastikan siapa gadis yang dia sedang membantu itu. Situasi sekarang, dalam hujan lebat dan berteduh di bawah payung, seperti mimpi yang dia alami pada pagi tadi semasa tidur.

Dah sampai 2 saat, memorinya masih tak dapat membantu. Gadis itu yang menegur dulu.

" Eh, Abang Mike! Ingatkan siapa tadi datang tolong Ina ni. "

' Oh. Ina, sepupu aku kat kampung. Patut la macam pernah nampak, ' Mike berkata dalam hatinya. Mimik muka Mike seperti kecewa kerana bukan apa yang diharapkan. Namun, dia buat-buat mesra dengan sepupunya yang bermata juling itu.

" Laa, Ina ke? Ina buat apa kat sini? Maklang kat kampung sihat? "

" Ina datang bandar ni tolong hantar barang je, buat delivery. Ina kerja dengan kedai kuih bahulu Makcik Kiah. Mak sihat je kat kampung. Ina datang pejabat TM ni nak bayar bil broadband kat kampung. "


" Huh? Kat kampung dah ada broadband? "


" Ada la. Opah siap ada Facebook lagi. Tapi bukan dia yang buat la. Anak jiran sebelah buat, siap letak gambar Maya Karin sebagai profile picture. "

' Opah memang cun pun. Sesuai sangat la, ' Mike berkata dalam hati. Sekarang, memandangkan kampung dah ada broadband, baru dia terasa rajin sikit nak balik kampung, boleh guna free.

Selepas berbual sekejap, Ina pun beredar kerana ingin membuat delivery lain. Mike pun mengingatkan sepupunya supaya berjaga-jaga bila berjalan. Dah la mata juling, tengok jalan pun tak betul.

~
~
~
~

Mike sampai di rumah sewa bersama kawan-kawannya. Joe tengah syok tengok TV, Dino pulak tengah masak di dapur. Nampak rajin sangat dia bekerja di dapur, seperti ingin menyiapkan makan malam yang sedap. Bila Mike datang menjenguk, dia nampak telur goreng sebiji saja dalam wok memasak tu. Hampeh...

" Kau bayar tak bil TM tadi? ", Joe bertanya kepada Mike.


" Tak sempat tadi. Ramai sangat kat kaunter, pejabat pun nak tutup. Esok jela. ", Mike menjawab.

" Okay. Simpan bil tu, jangan bagi hilang,
" Joe mengingatkan.

Mike terus menggelabah bila mendengar kata Joe tu. Dia mencari-cari bil itu dalam kocek seluar dan jaketnya. Tiada. Dia tercicir bil tu dalam hujan tadi agaknya. Namun, dia membuat muka tenang, dan perlahan-lahan melangkah keluar pintu, tidak mahu kantoi dengan kawan-kawannya. Bila dah keluar pintu rumah, Dino mengesyaki apa yang berlaku dan menjerit dari dalam rumah.

" Woi, kau tercicir ke bil tu?! Bodoh! "

Tanpa melengah masa, Mike terus menghidupkan motornya dan berkejar ke pejabat TM tadi.

~
~
~
~

Mike pun bergegas turun dari motornya dan mencari di mana bil TM yang tercicir tadi. Penat dia menyelongkar tong sampah, takut dibuang dek orang, sampai ada orang melalu di kawasan itu memanggilnya 'Mat Gian' kerana mencari barang dalam tong sampah. Tiada juga, cuma kulit pisang yang Ina terpijak tadi je yang dia jumpa. Dia teruskan mencari di kawasan parking motor. Akhirnya, dia jumpa bil tu. Tersepit bawah tayar sebuah motorsikal. Bil tu sudah remuk kotor. Dengan hati yang pasrah, dia ambil bil tu.

Hari pun masih mendung, dan kelihatan seperti akan hujan lagi. Mike pergi ke motorsikalnya dan hendak beredar dari situ. Dia memulas kunci, dan memijak starter enjin. Sekali pijak, tak hidup. Sekali lagi, tak hidup juga. Dia teruskan cubaan untuk menghidupkan enjin motor. Tiada hasil jua.

Awan yang berat pun menitiskan hujan dengan lebatnya. Mike masih terduduk atas motor yang tak boleh hidup tu. Jelas sekali mukanya menunjuk rasa kecewa dengan nasibnya hari ini. Malang dari pagi sampai ke petang tak sudah. Dalam keadaan basah kuyup tu, dia lari dan berlindung di bawah hentian bas yang kosong.

Mike merenung ke jalan, menantikan jika ada bas yang akan melalui situ. Dalam hujan yang lebat itu, pemandangan agak sukar dan tidak kelihatan banyak kenderaan atas jalan. Dia tetap menunggu.

~
~
~

Dari belah kanan hentian bas itu, muncul satu bayangan berlari ke arah hentian itu. Kelihatan seorang perempuan berjaket merah berlari ketakutan, seperti dikejar oleh sesuatu atau seseorang. Mike bingkas bangun dan ingin membantu. Gadis itu berlari ke dalam hentian bas itu dan terus memeluk Mike.

' Erk, macam cerita Hindustan pun ada gak ni, ' Mike bermonolog dalaman. Tapi dia mula sedar sesuatu. Situasi ini sama macam mimpinya pagi tadi. Lebih serupa dengan senario bersama sepupunya Ina tadi.

Gadis itu menggigil kesejukan, lantas memeluk erat tubuh Mike. Terdengar juga bunyi esakan, seperti menangis ketakutan. Rambutnya yang panjang basah, menutup wajahnya. Mike teringat ini seperti dalam mimpinya. Mata gadis dalam mimpinya memang kemerahan, seperti bergaduh dengan seseorang. Mike pun memberanikan diri bertanya kepada gadis itu.

" Awak tak mengapa? Kenapa awak menangis? Ada masalah ke? "


Gadis itu hanya memandang wajah Mike, menikmati berada dalam pelukannya. Mike cuba menahan nafsu dalam dirinya yang membuak. Dia tidak berniat buruk pun kepada gadis itu, hanya ingin membantu. Namun, gadis itu masih memeluk erat, merapatkan wajah mereka berdua. Dan, tanpa diduga oleh Mike, gadis itu menciumnya ala-ala Hollywood.

' Yes! Sepanjang hari ni malang, akhirnya ada gak nasib baik untuk aku, ' Mike berkata dalam hatinya. Dia tergamam dengan tindakan gadis itu, namun dia layan saja ciuman itu.

Seperti hilang dalam masa, lena dalam kucupan, Mike tidak menyedari kehadiran seorang lelaki berbadan tegap dalam hentian bas itu. Tanpa disedarinya, badannya ditolak ke belakang dengan kuatnya, sehingga terjatuh ke lantai. Gadis itu pula menjerit kesakitan, rambutnya ditarik oleh lelaki tadi. Mungkin fikiran Mike terganggu semasa badannya melayang ke belakang, tapi suara gadis itu seperti ada kelainan.

" Kau lari dari aku, kau ingat aku tak boleh kejar? Ni siapa, boyfriend kau? Ke mangsa baru kau? " lelaki tu berkata dengan nada marah. Mike mengagak lelaki ini yang membuat gadis itu menangis. Dia tidak tahan dengan kekerasan terhadap wanita, dan cuba berlagak hero.

" Encik, jangan apa-apakan dia. Kalau tak, saya telefon polis. Biarpun dia ada buat salah dengan encik, tak perlu sampai mengguna kekerasan. Dia seorang wanita, jangan jadi lelaki dayus! "


Lelaki itu memandang Mike dengan muka tak puas hati. Mungkin kerana dia terkejut dengan keberanian Mike, ataupun marah kerana Mike memasuk campur urusannya. Mike pula tersenyum bangga melihat gadis itu, bangga dapat menjadi hero sekejap.


Tapi memang sekejap saja.


" Woi, budak! Kalau wanita, memang aku tak buat macam ni. Takde aku nak pukul dia atau kejar dia sampai ke sini. Masalahnya, ni bukan wanita, bodoh! "


Tergamam. Itu saja reaksi muka Mike mendengar penjelasan brother tu.

" Ni bapuk Siam yang aku bawak masuk. Dia curi duit aku lepas tu lari. Dia ingat dia boleh lari jauh? Tengok, sekarang aku dah jumpa dia balik. Kau tak percaya, nah aku tunjukkan! "

Lelaki itu menarik kepala gadis itu, menunjukkan lehernya. Dari kedudukan Mike, jelas ternampak halkum pada tengkuk gadis.... err... bapuk itu. Mike menghentuk kepalanya ke lantai, dengan perasaan bercampur. Terasa bodoh, dan geli juga ada.

" Suka sangat la kau cium lelaki ye. Apa-apa pun, terima kasih la tolong layan dia ni jap. Dah, sini kau! ", lelaki itu menarik bapuk itu. Terdengar juga rintihan bapuk itu meminta dilepaskan.

" No, sar. Plis, don hurt me. Let me go! Let me go! " dalam Bahasa Inggeris loghat Thai, dengan suara lelaki yang lembut tapi garau.

Ini membuat Mike menghentak kepalanya dengan lebih kuat....

~
~
~
~

Jadi, itulah kisah Mike pada hari yang penuh tragis itu. TERNYATA hari yang malang baginya, yang tidak terduga.

Mike pulang ke rumah malam itu dan menghabiskan sebekas ubat gigi, sebotol listerine, dan mandi selama sejam kerana teringatkan peristiwa bersama bapuk itu.

Joe dan Dino pula tidak habis membahan Mike pada malam itu.

Kesian..


Sekian.. Harap korang tak marah ending macam ni. Muahaha! ;)