Wednesday, October 6, 2010

Impian nak jadi Rockstar

Kalau tengok cerita School Of Rock, watak Jack Black sebagai seorang pemuzik yang memasang impian nak jadi rockstar. Impian tak kesampaian apabila dia kena buang dari band sendiri sebab attitude dia yang over. Katanya itu lah semangat seorang rockstar; enthusiastic, rajin, dan tak takut menjadi diri sendiri. Di sebalik bakat yang dia miliki, dia tidak berapa disenangi oleh ahli-ahli band dan ditendang keluar. Harapannya untuk menyertai Battle Of The Bands timbul kembali apabila dia menubuh band dengan kelas yang dia ajar (sebagai guru ganti je pun). The School of Rock tak menang, tapi dorang menjadi kegemaran penonton.

Itu kisah dalam movie Jack Black. Ini lak kisah 5 ekor budak-budak ni yang ada impian serupa macam Jack Black tu; nak jadi guru ganti.

(Bodoh. Dorang nak jadi rockstar gak la!)

Jadi, mari dalami kisah anak-anak muda yang berimpian tinggi ini. Kita mulakan dengan profile ahli-ahli band ini.

ROCKESTRA

Wan @ Saper

Antara penggerak utama band ini sejak ia mula ditubuhkan bawah nama Deathbats. Lepas tu dia tukar kepada nama Rockestra sebab nampak lagi mainstream (dan smart sket). Bermain di bahagian rhythm guitar kerana tidak berjaya sebagai lead guitarist, terutamanya semasa membawa lagu Revolusi. Ahli yang paling bersemangat untuk bawa band ini ke puncak kejayaan (walaupun gagal dalam setiap event yang telah disertai). Mempunyai kreativiti yang mengagumkan. Skills guitar yang masih boleh diperhebatkan. Di sebalik paras rupa yang boleh dikatakan hensem (dan pelik juga sebenarnya) dia berstatus single kerana selalu kurang bernasib baik. Mungkin selepas jadi rockstar nanti ramai la yang nak kat dia.


Atiq


Juga kekal selepas Deathbats dibubarkan. Bermula sebagai lead guitarist, tetapi beralih ke drums selepas pemergian Syed (ex-drummer) yang sambung belajar di UniKL. Bermula kekok, tetapi kemudiannya memperbaiki kebolehannya. Tidak selalu memberi sumbangan kepada band kerana seringkali sibuk dengan urusan lain. Bersedia memberi komitmen bila diperlukan. Kini menyertai pancaragam UUM untuk mengembangkan bakat. Melatihkan diri dengan mengetuk baldi dalam bilik.

Jord

Ahli original juga. Pada asalnya tidak pernah main bass, tetapi terpaksa juga untuk melengkapkan band. Dipaksa juga untuk membeli bass sendiri oleh rakan-rakan. Juga berperanan sebagai marketing agent kerana mencari event untuk disertai. Mempunyai kreativiti yang boleh dikagumi memandangkan minatnya terhadap pelbagai genre muzik. Skills yang masih dalam pembangunan, kerana hanya mampu berguru dengan Youtube. Juga kuat berangan nak jadi rockstar.



Latif @ Botak

Ahli yang diambil selepas Rockestra ditubuhkan. Ahli paling muda yang berperanan sebagai lead guitarist. Mempunyai bakat yang menakjubkan untuk seorang yang masih lagi muda. Tidak banyak bercakap dan rendah diri. Bakal menjadi fenomena baru. Menjadi aset utama band jika ingin sangat nak jadi famous.

 Sham

Vokalis utama band (kerana ramai sebenarnya pernah nyanyi untuk band ni). Mempunyai suara yang power dan rock. Pernah mencuba nasib untuk Akademi Fantasia, namun tidak dapat ke peringkat yang lebih tinggi (AF memang diskriminasi paras rupa). Rajin berlatih dalam karaoke box dan mempunyai harapan untuk bersinar. Kelemahannya cuma tidak dapat menyanyi lagu bahasa Inggeris. Hanya bahasa Melayu dan Jawa.


2 comments:

  1. haahahah..part sham memang lawak..kahkahkah..tapi aku kecewa..xde ke ruangan2 bekas ahli..contohnya profile aku..hahha

    ReplyDelete
  2. apesal gmbo wan old skol giler...haha...

    ReplyDelete