" GOAL!!!! "
" Weh, offside la! "
" Ref, apasal tak dapat kad merah? Kasar kot! "
" Weh, ko bodoh la Rooney! Balik tanam jagung lagi bagus! "Dan bila perempuan tengok bola pulak, biasa je kalau kedengaran ayat-ayat ini:
" OMG! Tu Ronaldo! "
" Blah la! Yang botak tu lagi handsome walaupun dah gemok! (kata-kata dari seorang laki yang dengki dengan Ronaldo). "
" Oh, Torres! Jadi lah boyfriend aku! "
" Aku sokong Arsenal sebab ada Fabregas. He's hot! "
" Drogba, ko tetap di hati aku. Tiada yang lebih hot daripada kamu! <3 "
Okay. Yang pasal Drogba tu mungkin keterlaluan. Takot ada yang tak leh terima hakikat yang Drogba lagi handsome daripada dia.
Tapi tak boleh disangkalkan lagi sememangnya peningkatan bilangan penonton bola sepak di kalangan wanita selalunya bermula dengan ketarikan mereka terhadap paras rupa pemain. Dah la hebat dalam sukan ini, hensem pulak, awek mana tak cair beb. Saiful Hashim pun hebat main bola, tapi sayang sekali dia tak berapa hensem. Kalau tak, senang-senang saja boleh dapat awek baru dalam 5 minit.
Mula-mula jatuh hati dengan muka, lama-lama lepas tu baru la dorang betul-betul minat dengan the beautiful game ini. Jadi, memandangkan TigaLogik menyenaraikan Top 10 pelakon lelaki paling hot, kita tinjau pula football players yang berjaya menarik minat perempuan (walaupun sekadar paras rupa sahaja).
Mula-mula jatuh hati dengan muka, lama-lama lepas tu baru la dorang betul-betul minat dengan the beautiful game ini. Jadi, memandangkan TigaLogik menyenaraikan Top 10 pelakon lelaki paling hot, kita tinjau pula football players yang berjaya menarik minat perempuan (walaupun sekadar paras rupa sahaja).
Michael Ballack |
Menjadi perhatian semasa World Cup 2006 di tanah air Germany. Masa tu dia muda lagi. 29 tahun lagi. Sebagai kapten Germany, dia menarik minat beberapa kelompok wanita dengan rambut panjang dan muka seperti Matt Damon tu.
Francesc Fabregas |
Kapten Arsenal ni memang ada ramai fans di kalangan wanita. Masih muda dan berbakat dalam bola sepak. Kalau tak ada kerja, dia akan pergi ke set penggambaran siri Heroes untuk membawa watak Gabriel Sylar.
Fernando Jose Torres Sanz |
Sebab mamat ni, ramai perempuan sokong Spain masa World Cup hari tu. Dan Spain menang juga akhirnya. Tapi Torres tak banyak membantu sebab injured masa tu. Walaupun dah 3 tahun duduk kat England, English dia lebih teruk daripada member-member aku. Sepatah haram aku tak leh faham kecuali kalau ada subtitles.
Robin Van Persie |
Antara pemain penting untuk Arsenal dan Netherlands. Ada seorang kawan aku (perempuan la) cukup minat dengan dia ni sampai aku kena marah kalau aku kutuk RVP ni. Bini dia orang Arab, tetapi belum pasti lagi status agama dia ni. Kalau dia ambil kelas vokal, dia ada peluang untuk gantikan M. Shadows dalam band Avenged Sevenfold.
Frank Lampard |
Chelsea sememangnya terkenal dengan reputasi kelab kuda tua. Namun, Lampard masih lagi bertenaga dan nampak baby face lagi walaupun pada usia 32 tahun. Memenangi hati peminat-peminat perempuan pada awal pembabitannya dengan kelab semasa Chelsea menjadi antara pasukan terkuat dalam liga.
Carlos Tevez |
Oh shit! Macam mana dia ni leh tersesat? Error ni kot.
Lionel Andres Messi |
Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Pemenang Ballon D'or 2009 ini mungkin menjadi kejutan untuk orang ramai, terutamanya seorang member aku yang menyamakan Messi dengan pesakit Down's Syndrome. Namun, dia tetap lagi comel daripada Tevez kalau nak dibandingkan. Kalau korang nak kutuk dia pun, awek dia lagi comel daripada Selena Gomez. Tawaran iklan pun banyak, dari Adidas, jam tangan kat atas tu, dan juga Astro ( In HD). Hahaha!
Cristiano Ronaldo |
Tu dia heartthrob kebanyakan perempuan sekarang ( dan beberapa jenis lelaki juga ). Menjadi tarikan sejak memasuki skuad Man United pada tahun 2003 ketika rambutnya masih seperti mop tandas berjambul. Pernah memenangi Ballon D' Or pada tahun 2008 pada musim di mana dia meledak 44 biji gol dalam semua pertandingan. Kini bersama Real Madrid di mana dia menjadi pemain termahal dunia. Di Malaysia, dia mungkin terkenal sebagai orang yang tiada kelemumur di kepala setelah rajin mengguna Clear Shampoo (aku pun guna gak). Yippee!
Ricardo Issacson de Santos Leira |
Aku rasa sedap lagi nama sebenar dia daripada nama samaran Kaka' yang bermaksud TAHI ( aku tak ingat dalam bahasa apa ). Pemenang Ballon D' Or pada tahun 2007 semasa AC Milan menang Champions League. Seorang yang rendah diri dan berpegang kuat kepada kepercayaan agamanya. Kini berganding dengan Ronaldo di Real Madrid yang mempunyai matlamat untuk membina pasukan yang dipenuhi good looking men.
David Beckham |
Dari dulu sampai sekarang, bilangan peminat-peminat dia masih lagi banyak. Usia tidak memamah paras rupa bekas kapten England ini. Banyak iklan seluar dalam juga pernah dibintanginya. Bagi lelaki, apa yang paling seronok tentang pemain ini ialah free kick yang cantik. Bagi perempuan, apa yang paling seronok tentang dia ialah body yang cantik.
Paolo Maldini |
Ini la otai pemain paling hensem sebenarnya. Memang fan base kat Malaysia tak ramai, tapi di luar sana ramai yang tergila-gilakan dia, terutama sekali semasa dia masih muda dan bertenaga. Kini bersara dan menjadi pegawai untuk kelab tersayang, AC Milan. Dia juga pernah tersenarai dalam sebuah majalah sebagai pemain bola mempunyai sepasang mata paling cantik. Jangan usyar lama-lama. Nanti korang boleh tergila-gila gak.
kaka mksd tahi in spanish la...hehe..
ReplyDeletemm...btw...x sangka rmi football players yg ensem2 gak ek....haha.. :P
haa..baru ko tahu..ingat hollywood je leh sediakan lelaki2 hensem? haha
ReplyDeletemessi men mmg cntek..tp aku ske persie no 1..hebat2..hehe~
ReplyDeleteLoVe orAnge LOvE nEtHeRLAnD~
van persie mmg not bad lah!!
ReplyDeletehaha~~
tol 2 nazahtul..like2 kamoO..hehehe..^__^
ReplyDelete