Sunday, October 24, 2010

Mereka Masih Berleluasa

Kami sangka mereka sudah dikenal pasti. Kami sangka bilangan mereka tidak ramai.

Namun, misteri sindiket ini masih belum selesai. Beberapa lagi ahli yang berpangkat tinggi dalam organisasi ini sudah dikenal pasti identiti mereka. Seperti biasa, nama sebenar mereka tidak dapat dikorek juga. Kegiatan mereka dan peranan mereka dalam organisasi ini juga akan kami ceritakan.

Jika anda belum mengenali 10 orang ahli sebelum ini, tekan link di sini.

Jika sudah, teruskan dengan ahli-ahli yang berikutnya.


Mawar Jingga Syndicate (Part 2)


Profile 11 : Mamok


Mengikut kata sumber, nama Mamok ini diadaptasikan daripada 2 perkataan: Mamak dan Momok. Nama Mamok ini diberi kerana mereka keliru untuk memberi nama paling sesuai antara dua nama itu, lalu digabungkan. Juga merupakan muscle man kerana sering terlibat dengan pergaduhan, terutama sekali dengan pekerja-pekerja mapley jika roti canai yang dihidangkan untuknya tidak sedap.


Profile 12 : RA

Merupakan ahli dalam Majlis Daerah tempatan, tetapi memberi perlindungan kepada organisasi ini. Sebagai jaminan, mereka perlu memasukkan sebahagian wang pendapatan mereka ke dalam akaun banknya. Pada setiap hujung bulan, dia akan bercuti di mana-mana pulau yang berdekatan. Kerajaan menyagka dia menyeleweng duit rakyat, tapi mereka silap.


Profile 13 : Penyu
 Jarang muncul dalam kegiatan-kegiatan besar mereka, tetapi berguna dalam misi-misi tertentu. Kebanyakan misi yang dijalaninya bersifat underground, iaitu dalam saluran-saluran kumbahan. Bila tiada kerja, dia akan menjaga penyu peliharaan di rumah.



Profile 14 : Bear
Namanya hampir sama dengan watak Huggy Bear dalam movie Starsky And Hutch. Kerja pun lebih kurang sama iaitu sebagai chicken father. Mempunyai suara yang berpengaruh dalam membuat keputusan dalam organisasi. Sukar untuk mereka tolak cadangan daripada Bear ( kerana mereka takut bekalan ayam akan diputuskan ).
Profile 15 : Ketot
  Menjalankan operasi casino dan juga night lounge. 25% daripada hasil keuntungan kasino disumbangkan kepada peruntukan kegiatan sindiket, dan 10% lagi kepada Persatuan Anak-Anak Jowo. Bila tidak berada di kasino, dia akan menghibur tetamu di night lounge dengan nyanyian lagu-lagu dangdut.
Profile 16 : Azzuro
Namanya seperti nama orang Itali, tetapi dia hanya berasal dari Sarawak. Baju Borneo itu mengukuhkan lagi bukti. Beroperasi di bahagian Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan hubungan dengan gang lain dari Filipina. Sering complain cuaca di sana menyebabkannya mengalami penyakit kulit dan chicken pox. 
Profile 17 : Setan
 Nama itu bukan bermaksud dia ahli paling jahat. Ia lebih mencerminkan perangai dan gelak tawanya. Peranan sebagai interrogator atau penyoal siasat. Namun, kebanyakan target yang disoal siasat akan menjadi gila kerana tidak tahan dengan kata-katanya yang menyakitkan hati dan psychotic.
Profile 18 : Ariel
 Berasal dari kawasan pedalaman Sabah. Bertindak sebagai tukang urut dan juga bomoh. Dia hanya menerima pelanggan urut yang sanggup membayar dengan cara yang lebih 'istimewa', tidak kira perempuan ataupun lelaki. Salah satu video aksi ranjangnya terlepas ke tangan pihak ketiga dan disebarkan ke internet, menyebabkan nama Ariel melekat pada dia.


Profile 19 : Musang


 
 Hampir menjadi hos seekor jin musang seperti Naruto, tetapi jin itu melarikan diri. Jadi, orang-orang kampung memasukkan jin po'ke ke dalam badannya. Menjadi ketua tukang masak di dapur restoran NaQ. Dia tidak suka bila ada masa lapang kerana punggungnya sering menjadi buruan ahli-ahli yang lain untuk memuaskan nafsu. Namun, aksi-aksi mereka tidak hardcore pun.

Profile XY : Kering
 Kami ingin memohon maaf atas kesilapan ini. Menurut sumber, Kering hanyalah seorang pelajar sekolah menengah tempatan dan tiada kaitan dengan kegiatan-kegiatan sindiket. Diharap keluarga Kering dan juga dirinya sendiri tidak terasa dengan maklumat palsu ini.

Saturday, October 23, 2010

Jenayah Di Utara

Kedah Darul Aman. Nama saja aman. Tapi ia bukan suatu tempat yang selamat. Kalau dah dekat dengan Thailand, memang macam-macam hal boleh berlaku. Penyeludupan orang, barangan cetak rompak, pelarian, atau penjenayah dari negara jiran boleh terdapat di sini, terutama sekali kawasan berhampiran dengan sempadan.

Sintok juga tidak terkecuali dengan kegiatan-kegiatan sebegini. Malah, ia juga sarang beberapa sindiket mafia dan triad dari dalam mahupun luar negara. Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah sebuah sindiket yang beroperasi untuk mengaut keuntungan demi kepentingan diri dan juga kawan-kawan mereka. Mereka bosan dengan permainan politik tempatan, autoriti, dan juga sistem keselamatan yang dikuatkuasakan. Bagi mereka, penyelesaian secara diplomatik tidak wujud kerana hanya membawa kelebihan kepada autoriti. Oleh itu, mereka menubuh sindiket ini atas dasar pemberontakan terhadap kekangan dan korupsi yang melanda.

Mereka bernama Mawar Jingga Syndicate.

Identiti ahli-ahli mereka juga tidak didedahkan. Namun, menurut sumber yang dikenal pasti, profile orang-orang kuat mereka telah sampai ke tangan pihak berkuasa. Walaupun nama sebenar mereka tidak dapat dikorek, kegiatan dan posisi mereka dalam persatuan telah dipastikan.


Mawar Jingga Syndicate

Profile 1: G
Antara orang kanan dan juga muscle man sindiket ini. Sering diperhatikan menjalani latihan di gimnasium. Khabar angin mengatakan dia hampir berganding dengan Malik Noor mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik, tetapi tidak berjaya kerana ditangkap positif air ketum. Tugasnya amat mudah : get things done when others can't.


Profile 2 : Ijun
Ahli paling tua dalam sindiket. Bertindak sebagai Consiglieri atau Penasihat dalam segala kegiatan mereka. Mempunyai banyak hubungan dengan pihak atasan dan menggunakan kelebihan itu untuk menutup kegiatan gelap mereka dari pengetahuan pihak berkuasa. Pada waktu lapang, dia dilihat berlakon drama bersama anak-anak buahnya di sebuah pentas teater miliknya sendiri.




Profile 3 : Morgiba
Menjadi supplier orang-orang bawahan untuk menguatkan lagi bilangan ahli sindiket. Tetapi kebanyakan recruit yang dipilihnya adalah warga Somalia kerana dia yakin dengan kekuatan fizikal mereka. Pernah terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, tetapi bertaubat selepas dengan relanya menyerahkan diri ke pusat pemulihan. Kini, dia menyamar sebagai Ustaz Matta untuk menjalankan kegiatan recruit.


Profile 4 :Sapir

Information Technology specialist. Mampu mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja, termasuklah profile aweks. Namun, taktik tidak jujur itu menyebabkannya sering tidak bertahan lama dalam sebuah perhubungan. Juga terlibat dalam kerja-kerja penyiaran dan communication interception kerana mempunyai dua biji piring satelit yang berkuasa tinggi dalam biliknya.


Profile 5 : Jupri

Bertindak sebagai eagle's eyes. Tugasnya adalah memantau seorang target, menangkap gambar, dan melaporkan kembali kepada kumpulan. Namun, dia sering terlepas target kerana lebih terangsang untuk menangkap gambar aweks yang berlalu-lalang. Gambar-gambar aweks pula disimpan sebagai koleksi peribadinya.

Profile 6: Ijai
Transporter untuk sindiket. Tetapi tidak memiliki kereta Aston Martin ataupun skills pemanduan seperti Jason Statham. Keretanya menjadi buruan JPJ kerana disyaki kereta tempatan tiruan. Antara target yang pernah ditugaskannya untuk trasnport ialah seorang makcik tua ke sebuah kelab malam terkemuka.


Profile 7 : NaQ
Tugas khasnya tidak diketahui, tetapi dia dikenal pasti memiliki sebuah restoran masakan Jawa + India di tengah pekan. Dipercayai restoran itu menjadi tempat bersantai sindiket itu dan untuk menjamu selera, walaupun ramai pelanggan dilapor mengalami cirit-birit setiap kali selepas makan di restoran itu.


Profile 8: Mek
Merupakan agen sindiket ini yang beroperasi overseas (seberang laut yang bermaksud di Pulau Langkawi). Bertindak menyediakan barangan bebas cukai dari Langkawi untuk kegunaan sindiket. Sudah berkali-kali terlepas dari buruan polis. Dia seperti mempunyai sepasang kaki yang panjang dan boleh melangkah jauh ketika berlari.

Profile 9 : Koroi

Menyamar sebagai salah seorang editor bahagian berita di stesen TV tempatan. Tugasnya adalah untuk menghapuskan mana-mana berita yang berkaitan dengan kegiatan sindiket dari pengetahuan orang ramai. Jika berita pada pukul 8 secara tiba-tiba bercerita tentang bandar-bandar di Perak seperti Kamunting, itu adalah hasil kerja dia.


Profile 10 : Ajij

Merupakan spiritual leader. Tapi juga mempunyai kebolehan mempengaruhi orang dengan kata-katanya, terutamanya perempuan. Amat berguna apabila ingin melepasi kaunter lobby sebuah pejabat yang mempunyai seorang receptionist perempuan.


Profile X
Profile X ini tidak terdapat gambar. Namun, dari sumber yang diperolehi, Profile X merupakan boss sindiket ini atau lebih dikenali sebagai Godmother. Khabar angin mengatakan Profile X adalah seorang wanita tua yang lebih dikenali dengan nama Makngah. 

Thursday, October 21, 2010

Bila Perempuan Mula Minat Tengok Bola

Bila lelaki tengok bola, ia menjadi suasana biasa jika kedengaran jeritan-jeritan seperti di bawah:

" GOAL!!!! "
" Weh, offside la! "
" Ref, apasal tak dapat kad merah? Kasar kot! "
" Weh, ko bodoh la Rooney! Balik tanam jagung lagi bagus! "

Dan bila perempuan tengok bola pulak, biasa je kalau kedengaran ayat-ayat ini:

" OMG! Tu Ronaldo! "
" Blah la! Yang botak tu lagi handsome walaupun dah gemok! (kata-kata dari seorang laki yang dengki dengan Ronaldo). "
" Oh, Torres! Jadi lah boyfriend aku! "
" Aku sokong Arsenal sebab ada Fabregas. He's hot! "
" Drogba, ko tetap di hati aku. Tiada yang lebih hot daripada kamu! <3 "

Okay. Yang pasal Drogba tu mungkin keterlaluan. Takot ada yang tak leh terima hakikat yang Drogba lagi handsome daripada dia.

Tapi tak boleh disangkalkan lagi sememangnya peningkatan bilangan penonton bola sepak di kalangan wanita selalunya bermula dengan ketarikan mereka terhadap paras rupa pemain. Dah la hebat dalam sukan ini, hensem pulak, awek mana tak cair beb. Saiful Hashim pun hebat main bola, tapi sayang sekali dia tak berapa hensem. Kalau tak, senang-senang saja boleh dapat awek baru dalam 5 minit.
Mula-mula jatuh hati dengan muka, lama-lama lepas tu baru la dorang betul-betul minat dengan the beautiful game  ini. Jadi, memandangkan TigaLogik menyenaraikan Top 10 pelakon lelaki paling hot, kita tinjau pula football players yang berjaya menarik minat perempuan (walaupun sekadar paras rupa sahaja).
 

Michael Ballack
Menjadi perhatian semasa World Cup 2006 di tanah air Germany. Masa tu dia muda lagi. 29 tahun lagi. Sebagai kapten Germany, dia menarik minat beberapa kelompok wanita dengan rambut panjang dan muka seperti Matt Damon tu.


Francesc Fabregas
Kapten Arsenal ni memang ada ramai fans di kalangan wanita. Masih muda dan berbakat dalam bola sepak. Kalau tak ada kerja, dia akan pergi ke set penggambaran siri Heroes untuk membawa watak Gabriel Sylar.

Fernando Jose Torres Sanz
Sebab mamat ni, ramai perempuan sokong Spain masa World Cup hari tu. Dan Spain menang juga akhirnya. Tapi Torres tak banyak membantu sebab injured masa tu. Walaupun dah 3 tahun duduk kat England, English dia lebih teruk daripada member-member aku. Sepatah haram aku tak leh faham kecuali kalau ada subtitles.


Robin Van Persie
Antara pemain penting untuk Arsenal dan Netherlands. Ada seorang kawan aku (perempuan la) cukup minat dengan dia ni sampai aku kena marah kalau aku kutuk RVP ni. Bini dia orang Arab, tetapi belum pasti lagi status agama dia ni. Kalau dia ambil kelas vokal, dia ada peluang untuk gantikan M. Shadows dalam band Avenged Sevenfold.


Frank Lampard
Chelsea sememangnya terkenal dengan reputasi kelab kuda tua. Namun, Lampard masih lagi bertenaga dan nampak baby face lagi walaupun pada usia 32 tahun. Memenangi hati peminat-peminat perempuan pada awal pembabitannya dengan kelab semasa Chelsea menjadi antara pasukan terkuat dalam liga.

Carlos Tevez

Oh shit! Macam mana dia ni leh tersesat? Error ni kot.


Lionel Andres Messi
Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Pemenang Ballon D'or 2009 ini mungkin menjadi kejutan untuk orang ramai, terutamanya seorang member aku yang menyamakan Messi dengan pesakit Down's Syndrome. Namun, dia tetap lagi comel daripada Tevez kalau nak dibandingkan. Kalau korang nak kutuk dia pun, awek dia lagi comel daripada Selena Gomez. Tawaran iklan pun banyak, dari Adidas, jam tangan kat atas tu, dan juga Astro ( In HD). Hahaha!

Cristiano Ronaldo
Tu dia heartthrob kebanyakan perempuan sekarang ( dan beberapa jenis lelaki juga ). Menjadi tarikan sejak memasuki skuad Man United pada tahun 2003 ketika rambutnya masih seperti mop tandas berjambul. Pernah memenangi Ballon D' Or pada tahun 2008 pada musim di mana dia meledak 44 biji gol dalam semua pertandingan. Kini bersama Real Madrid di mana dia menjadi pemain termahal dunia. Di Malaysia, dia mungkin terkenal sebagai orang yang tiada kelemumur di kepala setelah rajin mengguna Clear Shampoo (aku pun guna gak). Yippee!

Ricardo Issacson de Santos Leira
Aku rasa sedap lagi nama sebenar dia daripada nama samaran Kaka' yang bermaksud TAHI ( aku tak ingat dalam bahasa apa ). Pemenang Ballon D' Or pada tahun 2007 semasa AC Milan menang Champions League. Seorang yang rendah diri dan berpegang kuat kepada kepercayaan agamanya. Kini berganding dengan Ronaldo di Real Madrid yang mempunyai matlamat untuk membina pasukan yang dipenuhi good looking men.

David Beckham
 
Dari dulu sampai sekarang, bilangan peminat-peminat dia masih lagi banyak. Usia tidak memamah paras rupa bekas kapten England ini. Banyak iklan seluar dalam juga pernah dibintanginya. Bagi lelaki, apa yang paling seronok tentang pemain ini ialah free kick yang cantik. Bagi perempuan, apa yang paling seronok tentang dia ialah body yang cantik.


Paolo Maldini


Ini la otai pemain paling hensem sebenarnya. Memang fan base kat  Malaysia tak ramai, tapi di luar sana ramai yang tergila-gilakan dia, terutama sekali semasa dia masih muda dan bertenaga. Kini bersara dan menjadi pegawai untuk kelab tersayang, AC Milan. Dia juga pernah tersenarai dalam sebuah majalah sebagai pemain bola mempunyai sepasang mata paling cantik. Jangan usyar lama-lama. Nanti korang boleh tergila-gila gak.

Monday, October 11, 2010

Pengaruh cerita bersiri dalam TV

" Kordi, kau nak pegi makan ke tak? ", Sapir bertanya.

" Tunggu jap. Aku belum mandi. Layan FB tadi. Kasi aku 30 minit dulu ke. Hehe. "

" Dick. ", balasnya Sapir.

" Bitch. ", Kordi menjawab dengan nada yang sinis.


Dua ayat terakhir diatas memang tak akan nampak dalam drama bersiri tempatan, apatah lagi dalam movie buatan Malaysia. Lagipun, kalau nak diikutkan, tidak sesuai kalau ayat sebegitu didengar oleh kanak-kanak kerana boleh membawa kesan negatif. Mereka boleh terikut-ikut dengan bahasa yang kurang sopan dankurang enak didengar. Namun, jangan pandang rendah kanak-kanak zaman sekarang, okay. Dorang pun dah reti download movie, cerita, music, video, XXX, dan macam-macam lagi daripada internet. Apa yang tak dapat di Astro, semua boleh dapat dalam jaringan.

Tapi aku bukan nak cerita pasal internet. Bosan la asyik dengar pasal topik tu je kan. Aku nak cerita pasal pengaruh cerita@movies dalam hidup kita. Tak dapat disangkalkan lagi yang kita memang minat dengan paparan lakonan di kaca TV @ laptop bagi kaki download. Tak kira ia movie tempatan ataupun luar negara, jika terdapat punchline @ trademark dalam movie itu, pasti para penonton akan terikut-ikut dan sering diulangi dalam perbualan atau aktiviti harian mereka.

Kita tengok sahaja impak cerita Adnan Sempit. Kreativiti Shaheizy Sam Samad dengan skrip yang sempoi dan spontan beliau mencuit hati penonton. Tak keterlaluan kalau aku kata satu kamus ayat-ayat nukilan Shaheizy Sam boleh dijilidkan berdasarkan cerita itu. Impaknya dalam kehidupan seharian, makin ramai orang mengguna istilah 'derr' daripada perkataan 'bro'  yang biasa kita dengar. Tak cukup dengan tu, ayat ini juga menjadi perhatian ramai:

" Rempit macam gua ni pun, dalam hati ada taman."

Tak keterlaluan juga jika kamus dwibahasa juga diterbitkan. Shaheizy sememangnya pakar bahasa Inggeris yang tak dijulang. Ini boleh membantu mereka yang lemah sepeaking London untuk memperkuatan skill komunikasi mereka dalam bahasa itu. Kita tengok sahaja ayat dibawah:

" Pakcik, and all the other pakciks (kata nama khas Datuk@Dato' ditukarkan kepada pakcik), this boy is ugly rempit ( ugly itu bukan bermaksud hodoh dalam konteks ini, tetapi teruk). I don't want banana fruit two times ( satu lagi kebijaksanaan Shaheizy, kerana sesungguhnya peribahasa ini belum pernah wujud dalam bahasa Inggeris )."

Kita tengok juga situasi Sapir dan Kordi pada awal post ini. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap siri Supernatural, perbualan mereka juga dipengaruhi punchline @ trademark yang dibawa oleh adik-beradik Dean dan Sam Winchester. Bukan sekadar itu, mereka juga suka berlagak seperti watak-watak itu. Kordi yang bajet cool seperti Dean, dan Sapir yang perasan hot seperti Sam. Kordi yang perasan keretanya seperti Chevrolet Impala milik Dean, dan Sapir yang perasan rambutnya kemas seperti Sam. Tidak lupa juga kepada sahabat mereka Jupri yang perasan dirinya seperti Farid Kamil. Walaupun seiras sedikit, dia mencuba untuk menghidupkan watak yang dibawa oleh Farid dalam movie beliau. Kadang-kadang Jupri dilihat seperti membawa watak Kasyah yang nakal dalam Lagenda Budak Setan, Adam yang penyayang dalam I'm Not Single,ataupun Mus yang hebat melumba kereta dalam filem Evolusi KL Drift.

Lebih kurang macam ni la rupa Jupri

Jadi, memang tak apat dielakkan lagi kita banyak terpengaruh dengan media TV terutamanya dalam pergaulan kami bersama rakan-rakan. Bukan nak kata itu satu perkara yang tak elok, sebab minda kita berkembang dengan pengaruh begitu. Skill komunikasi boleh diperbaiki, dan attitude kita juga boleh dibina. Cuma nak diingatkan, jangan kita ikut lak perkara negatif yang disiarkan. Ambil yang jernih je. Yang keroh tu boleh ambil juga, tapi jangan dipraktikkan. Buat lah senyap-senyap. Kalau kantoi, padan muka. Hehe.

Sam : "Dick".     Dean : "Bitch".

Wednesday, October 6, 2010

Impian nak jadi Rockstar

Kalau tengok cerita School Of Rock, watak Jack Black sebagai seorang pemuzik yang memasang impian nak jadi rockstar. Impian tak kesampaian apabila dia kena buang dari band sendiri sebab attitude dia yang over. Katanya itu lah semangat seorang rockstar; enthusiastic, rajin, dan tak takut menjadi diri sendiri. Di sebalik bakat yang dia miliki, dia tidak berapa disenangi oleh ahli-ahli band dan ditendang keluar. Harapannya untuk menyertai Battle Of The Bands timbul kembali apabila dia menubuh band dengan kelas yang dia ajar (sebagai guru ganti je pun). The School of Rock tak menang, tapi dorang menjadi kegemaran penonton.

Itu kisah dalam movie Jack Black. Ini lak kisah 5 ekor budak-budak ni yang ada impian serupa macam Jack Black tu; nak jadi guru ganti.

(Bodoh. Dorang nak jadi rockstar gak la!)

Jadi, mari dalami kisah anak-anak muda yang berimpian tinggi ini. Kita mulakan dengan profile ahli-ahli band ini.

ROCKESTRA

Wan @ Saper

Antara penggerak utama band ini sejak ia mula ditubuhkan bawah nama Deathbats. Lepas tu dia tukar kepada nama Rockestra sebab nampak lagi mainstream (dan smart sket). Bermain di bahagian rhythm guitar kerana tidak berjaya sebagai lead guitarist, terutamanya semasa membawa lagu Revolusi. Ahli yang paling bersemangat untuk bawa band ini ke puncak kejayaan (walaupun gagal dalam setiap event yang telah disertai). Mempunyai kreativiti yang mengagumkan. Skills guitar yang masih boleh diperhebatkan. Di sebalik paras rupa yang boleh dikatakan hensem (dan pelik juga sebenarnya) dia berstatus single kerana selalu kurang bernasib baik. Mungkin selepas jadi rockstar nanti ramai la yang nak kat dia.


Atiq


Juga kekal selepas Deathbats dibubarkan. Bermula sebagai lead guitarist, tetapi beralih ke drums selepas pemergian Syed (ex-drummer) yang sambung belajar di UniKL. Bermula kekok, tetapi kemudiannya memperbaiki kebolehannya. Tidak selalu memberi sumbangan kepada band kerana seringkali sibuk dengan urusan lain. Bersedia memberi komitmen bila diperlukan. Kini menyertai pancaragam UUM untuk mengembangkan bakat. Melatihkan diri dengan mengetuk baldi dalam bilik.

Jord

Ahli original juga. Pada asalnya tidak pernah main bass, tetapi terpaksa juga untuk melengkapkan band. Dipaksa juga untuk membeli bass sendiri oleh rakan-rakan. Juga berperanan sebagai marketing agent kerana mencari event untuk disertai. Mempunyai kreativiti yang boleh dikagumi memandangkan minatnya terhadap pelbagai genre muzik. Skills yang masih dalam pembangunan, kerana hanya mampu berguru dengan Youtube. Juga kuat berangan nak jadi rockstar.



Latif @ Botak

Ahli yang diambil selepas Rockestra ditubuhkan. Ahli paling muda yang berperanan sebagai lead guitarist. Mempunyai bakat yang menakjubkan untuk seorang yang masih lagi muda. Tidak banyak bercakap dan rendah diri. Bakal menjadi fenomena baru. Menjadi aset utama band jika ingin sangat nak jadi famous.

 Sham

Vokalis utama band (kerana ramai sebenarnya pernah nyanyi untuk band ni). Mempunyai suara yang power dan rock. Pernah mencuba nasib untuk Akademi Fantasia, namun tidak dapat ke peringkat yang lebih tinggi (AF memang diskriminasi paras rupa). Rajin berlatih dalam karaoke box dan mempunyai harapan untuk bersinar. Kelemahannya cuma tidak dapat menyanyi lagu bahasa Inggeris. Hanya bahasa Melayu dan Jawa.