Saturday, April 2, 2011

Raja Muamalat 2011



Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Selamat kembali ke majlis pertabalan Raja Muamalat bagi tahun 2011. Berlainan dengan majlis pada tahun sebelumnya yang berlangsung pada akhir tahun, tahun 2011 ini terpaksa dilangsungkan awal sedikit kerana saya sebagai Pemegang Cop Mohor Diraja bakal bersara pada penghujung bulan Mei kelak. Mungkin majlis ini akan diteruskan selepas saya melantik pengganti baru yang berwibawa.

Sebelum kita bermula, ingin saya perjelaskan bahawa saya tidak layak bertanding, meskipun ramai dikalangan raja-raja mengesyorkan saya mencalonkan diri kerana kerap kali ke Muamalat. Harus diperingatkan, saya ke sana untuk membuat tinjauan, bukan untuk memerintah. Jikalau saya turut ditabalkan dengan Tuanku sekalian, tiadalah pemegang cop mohor. 

Saya akan meneruskan dengan analisis terbaru. Pada tahun 2011, muka-muka baru telah masuk bertanding dan jelas sekali mereka sangat gigih berusaha untuk memenangi takhta. Raja-raja pada tahun sebelumnya, terdapat yang semakin kurang kuasa pemerintahan di Muamalat itu. Disebabkan itu, saya memutuskan senarai baru harus dibuat untuk memastikan pemerintahan di Muamalat berjalan dengan baik dan tidak diabaikan.

Jika hadirin sekalian belum tahu mengenai senarai Raja-Raja Muamalat 2010, di sini saya sediakan pautan untuk melihat senarai tahun lepas. Sila tekan di sini.. Di sini ya, Tuan/Puan.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya memperkenalkan Raja-raja Muamalat 2011.


10. Che Abdul Razi





Tahun lepas, beliau menduduki tangga ke-8. Kedudukannya telah menurun kerana lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti memasuk hutan. Mungkin beliau lebih meminati menjadi Raja Hutan. Baru-baru ini, beliau nampak lebih gemar bergaya jambu dalam gambar-gambarnya. Mungkin untuk menunjukkan imej yang lebih elok supaya kontra dengan nama beliau dalam Facebook.


9. Fahmi Amat Pandi


Yang ni pun turun kedudukan. Tahun lepas, beliau meminta sangat supaya dimasukkan ke dalam senarai ini. Disebabkan beliau tidak malu meminta sampai begitu sekali, beliau turun pangkat kerana penghuni-penghuni Muamalat pun rasa beliau tak patut berada di sini. Kesian punya pasal, saya masih kekalkan beliau dalam senarai ini.


8. Fauzi Abdul Halim


Pendatang baru nampaknya. Mungkin raja yang paling gerun rupanya dan muka yang agak gangster, tapi hatinya budiman je. Gentleman sangat. Pernah melalui detik pahit beberapa hari lepas di Muamalat, namun beliau dengan relax merelakan diri melalui upacara bersiram dengan air longkang, dan kini masih lagi menunjukkan dirinya di Muamalat. Hati kering dan tidak gentar. Memang sesuai jadi seorang raja.


7. Ahmad Zhafri Nadzri


Jatuh dengan mendadak dari tangga ke-3 pada tahun lepas hingga ke-7 tahun ini. Menurut beliau, tumpuan terhadap pelajaran menyebabknnya tidak mampu memegang tanggungjawab yang terlalu banyak. Namun, penghuni-penghuni Muamalat berkata lain pula. Mereka tidak berapa minat seseorang mirip Farid Kamil untuk menjadi seorang Raja. Mereka nak Farid Kamil yang sebenar. Haih, banyak kerenah pula mereka ni.


6. Ahmad Nazaren




Pendatang baru lagi. Usaha beliau untuk memasuki kedudukan elit ini nampak berbaloi, tapi beliau tidak bergerak berseorangan. Mesti ada teman rapatnya itu. Tak banyak boleh dikatakan mengenai beliau. Pernah ada sebiji kereta mirip Bumblebee dalam Transformers, tapi sekarang jarang ditemui. Harap-harap ia tidak bertukar menjadi robot dan lari dari tuannya.


5. Noor Naqqiuddin


Yang ni pun turun pangkat sikit. Tahun lepas, beliau sangat giat memerintah bahagiannya di Muamalat. Tahun ini, beliau mula rasa malas sikit. Bukan beliau tak berminat, cuma malas je. Beliau lebih gemar meluangkan masa dengan bidang pengurusan dan hobi memasaknya. Tak lama lagi boleh la mula berniaga.


4. Safarwan Mohd Suhaimi


Satu-satunya raja yang berjaya mengekalkan kedudukannya. Masih lagi rajin memerintah dan berbakti untuk Muamalat. Antara bantuan yang diberi adalah misi menyelamatkan barangan elektronik membuat assignment, atau format laptop dalam bahasa ringkasnya. Tak pasal-pasal nombor telefonnya kerap dihubungi oleh para penghuni Muamalat supaya laptop mereka diselamatkan.


3. Khairul Rijal Amran


Oh, tidak! Raja No.1 pada tahun lepas telah turun pangkat. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk kurang bergiat dalam pemerintahan. Lebih gemar meluangkan masa menoreh getah kerana untung dari hasil jualan getah amat tinggi. Apa-apa pun, jasa beliau selama ini tetap akan dihargai oleh penghuni-penghuni Muamalat. Mungkin pada suatu hari, beliau akan menaiki takhta kembali.


2. Fadzli Darmuji


Peningkatan yan mendadak dari beliau yang menduduki tangga ke-9 pada tahun lepas. Peningkatan ini saya sendiri akui kerana kemesraan beliau dengan para penghuni Muamalat. Pernah saya lihat beliau menjamu selera dengan 4 orang biduanita, dan beliau seorang sahaja lelaki. Hebat sekali. Saya pun kerap melihat keretanya berada di Muamalat menunjukkan betapa minatnya beliau untuk menjaga kebajikan Muamalat. Jadi, tahniah patik ucapkan pada Tuan Raja atas usaha Tuan.


1. MOHD NOOR


Dan akhir sekali, individu yang dinanti-nantikan. Raja Muamalat 2011. Mungkin ia menjadi kejutan kepada orang ramai, tapi hakikatnya tiada yang dapat menandingi kehebatannya. Tidak pernah ada kereta lelaki mendapat kelebihan parking kereta dalam tempat parking blok Muamalat, namun keretanya pernah untuk beberapa hari. Saya sendiri terkejut pada ketika itu dengan kewibawaannya. Padahal pendatang baru ni. Tahun lepas tak tersenarai. Tahun ini, beliau berusaha bersama teman baiknya, Nazaren, tapi beliau yang nampak lebih menyerlah, walaupun warna kulitnya mengatakn sebaliknya. Sememangnya seorang raja yang dicari-cari. Lihat pemakaian beliau sahaja sudah boleh tahu.

Dengan ini, patik, sebagai Pemegang Cop Mohor Diraja, menabalkan MOHD NOOR sebagai Raja Muamalat 2011. Daulat Tuanku!


Seperti yang saya telah katakan tadi, ini mungkin tugasan terakhir saya. Selepas ini, andai kata saya jumpa pengganti, semoga beliau menjalankan tugas dengan baik dan adil. Saya mengundurkan diri dari jawatan Pemegang Cop Mohor Diraja Muamalat ini. Sekian, terima kasih kepada hadirin atas kesudian mengimarahkan majlis ini.