Friday, March 18, 2011

The Final Frontier

Waaa.. Oooo.. Wow!! Macam jakun lak bila aku buka balik blog sendiri ni. Al-maklumlah, dah sebulan aku tak update. Bukan sengaja, tapi aku agak sibuk sekarang ni. Anak-anak kat rumah tu aku kena jaga, makanan dalam rumah pun aku kena beli. Tu belum lagi kena cari duit untuk bil elektrik, air, Astro, langganan majalah Mangga dan Playboy, duit nafkah lagi.


Eh, bila masa pula aku kahwin?
-
-
-
-


Okay, tadi aku berangan sekejap. Kesibukan yang melanda aku sekarang ni kerana aku seorang pelajar semester terakhir dalam universiti. Bila dah nak habis belajar ni, faham-faham la keadaannya. Assignment adalah teman baik, buku adalah pegangan hidup, nota adalah pembantu peribadi, dan exam pula adalah hakim kau. Tu belum termasuk pen, kertas, stapler, pembaris, kalkulator, dan cotton bud (untuk mengorek telinga time tengah study) yang menjadi pekerja am untuk kau. Meja aku pun tak pernah bersih sejak beberapa minggu ni. Tak percaya, tengok la sendiri.

Kain tergantung tu aku guna untuk padam papan putih

Haa. Dahsyat kan? Tapi aku tak kisah la. Bak kata pepatah omputeh, ' A clean desk is the sign of a sick mind '. Maksudnya, minda aku sihat la ni sebab meja bersepah. Kalau korang tak percaya, korang tanya Garfield.

Aku yakin Garfiled mempunyai minda yang sihat macam aku.

Tapi di sebalik kesibukan dalam pembelajaran ilmu ini, kena la cari pengalaman dan melibatkan diri dalam aktiviti. Bukan untuk berseronok saja, tapi pengalaman berkerja dalam satu pasukan projek ataupun organisasi boleh membantu korang bila nak kerja dalam syarikat besar selepas graduasi nanti. Kalau setakat kerja dalam kedai membuat kek bahulu tu lain cerita la, kau cuma kena tahu cara-cara menggunakan ketuhar api.

Satu lagi sebab ialah kau akan rasa mempunyai tanggungjawab, dan tanggungjawab itu yang akan memotivasi anda untuk menjalankan tugas. Tu belum bila dah kahwin nanti, lagi banyak tanggungjawab kau. Kau juga kena biasakan diri berada dalam satu organisasi sebab suasananya boleh buat kau tension. Kalau kau jenis tak biasa dengan ketegangan (maksud aku bila membuat kerja, bukan bila bangun dari tidur), kau akan cepat mengalah dan kau juga yang akan merasa kerugian. Kuatkan la semangat, dan tegarkan hati tu.

Lastly, berseronok la sepuas-puasnya sebelum kau tangisi pemergian kau dari instisusi ini. Kau ada kawan-kawan, luanglah masa sebanyak mungkin dengan dorang kerana di sini dorang la adik-beradik kau, satu-satunya keluarga yang kau ada bila berjauhan dengan keluarga induk masing-masing. Rasa-rasa macam dunia ni terlalu besar untuk kau jelajahi berseorangan, jelajah la beramai-ramai dengan kawan-kawan. Kau takkan rasa dunia ini terlalu besar, dan apa yang mustahil bagi kau akan menjadi kepastian.  

The world has no limits when you're with your buddies.

* Quote buatan sendiri.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang kini menjalani semester terakhir, semoga berjaya aku ucapkan, dan ingatlah perjuangan itu tak akan terhenti selagi kita belum berhenti bernafas.  Maksud aku, selepas graduasi nanti, kita masih lagi ada perjuangan. Sebelum kita ke dunia kerjaya tu nanti, persiapkan la diri dengan kekuatan dalaman dan kemahiran luaran. Bagi mereka yang belum dalam semester terakhir, teruskan perjuangan. Jangan mengalah dengan cepat, dan jangan biarkan diri leka tanpa kesedaran.

This may be our Final Frontier, but it may not be our final moments in life.

*Bagi mereka yang nak tahu apa Final Frontier tu, tengok menatang bawah ni.

Khas untuk peminat Maiden di luar sana. Dapatkan album terakhir mereka di pasaran, atau download saja kalau tak mampu. :D

Saturday, February 19, 2011

Marilah Mari, Kita Mengundi

Suasana pilihanraya kampus semakin hangat terasa di kebanyakan universiti tempatan. Kalau tengok dalam Mukabuku, kebanyakan status dan gambar-gambar yang disiarkan berkaitan dengan pilihanraya. Gambar calon-calon yang bakal bertanding disebarkan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai supaya mereka mendapat sokongan dan undian semasa pemilihan nanti. Ada calon-calon yang memang kita kenali potensi mereka untuk memimpin, ada yang sekadar mencuba nasib dan akan berikan yang terbaik, ada yang secara terpaksa dicalonkan.

Dalam apa jenis pilihanraya pun, baik dalam kampus ataupun peringkat kebangsaan, sudah pasti berlaku senario yang tidak sedap mata memandang. Parti A membuat propganda sebgini tentang Parti B, dan Parti B pula membuat propaganda lain tentang Parti A. Penyokong saling mengutuk, mencaci,  membuat dajal, dan memalukan parti lawan untuk melemahkan lagi sokongan terhadap parti itu. Mungkin bagi mereka, cara itu menunjukkan mereka parti yang kuat, tapi mereka tidak sedar itu lagi menunjukkan mereka lemah. Seperti satu perlawanan tinju, adakah Peninju A dikira pencabar yang lebih kuat jika sebelum perlawanan bermula, dia telah menipu Peninju B dengan mempelawanya minum air berisi julap, lalu Peninju B tidak dapat berlawan dengan kekuatan sepenuhnya kerana menahan sakit perut yang melampau? Jelas sekali Peninju A yang takut kalah, bukan?

Apa-apa hal pun, pilihan terletak di tangan pelajar-pelajar yang akan mengundi. Dan harus diingatkan bahawa kita pilihan kita akan menentukan masa depan institusi kita. Pilihlah calon yang kita yakin mampu membawa cabaran ini dan memperjuangkan keadilan dan hak pelajar. Kalau silap pilih, jangan salahkan orang lain jika masa depan institusi kita berkucar-kacir. Harapan anda untuk melihat perkembangan baik dalam hidup sebagai seorang pelajar juga akan hancur. Dan peringatan kepada mereka yang bertanding, janganlah anda memikirkan jawatan itu untuk dimegah dan berlagak dengan. Anda ada tanggungjawab, laksanakannya dengan baik. Pelajar memilih anda kerana kepercayaan mereka terhadap kamu, janganlah kamu hampakan mereka. Jika anda di tempat mereka, kamu juga akan terasa begitu, bukan?

Jadi, selamat bertanding kepada semua calon. Dan selamat mengundi kepada semua pelajar. Masa depan terletak di tangan anda yang akan memangkah X.

Ingat! Ini bukan cara memangkah yang betul.


P/S : Universiti aku takde calon yang cun pun. Ni yang buat aku malas nak mengundi. Hahaha.

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Special : Valentino vs. Muhammad

(Tajuk ini bukanlah tajuk sukan yang mungkin anda fikirkan pelumba superbike, Valentino Rossi, akan berlawan dengan legenda sukan tinju, Muhammad Ali, dalam satu perlawanan ping-pong.)


Hari ini, semua yang berkaitan dengan Valentine bermain di fikiran aku. Sebuah band heavy metal yang aku layan bernama Bullet For My Valentine. Sebuah lagu dari Good Charlotte berjudul My Bloody Valentine yang aku suka dengar. Sebuah filem yang mempunyai tajuk sama dengan lagu tadi yang dilakonkan oleh Jensen Ackles. Tajuk itu juga adalah salah satu episod dalam siri Supernatural yang juga dilakonkan oleh Jensen Ackles.


Jadi kesimpulannya, Jensen Ackles adalah Valentine aku. ( Merah padam muka aku mengungkapkan ini..)

~
~
~
~
(menukar pakaian kepada jubah putih serta serban)


Sejarah hari Valentine's ini bermula dengan pengorbanan seorang paderi Kristian yang bernama Saint Valentine (atau Valentino dalam bahasa Itali). Kaitannya paderi ini dengan kasih sayang kerana dahulu semasa zaman pemerintahan Empayar Rom, secara rahsia, beliau telah menjalani upacara perkahwinan untuk ramai lelaki bujang yang sangap ingin merasakan cinta seorang isteri. 

Ketika itu, undang-undang kerajaan memerintahkan semua lelaki muda kekal bujang untuk diserapkan ke dalam tentera kerana mereka mendapati lelaki bujang lebih committed dengan ketenteraan dan lebih berani dari lelaki berkahwin. Disebabkan itu, Saint Valentine dikenali sebagai paderi yang mempercayai kuasa cinta. (Sound's kinda gay...). Perbuatan khianat ini telah menyebabkan dia mati dihukum.


Seeloknya, kita sebagai Muslimin dan Muslimat tidak perlu menyambut hari ini kerana ia mempunyai sejarah yang berkaitan dengan orang Kristian dahulu. Biarlah mereka berbangga dengan idola kasih sayang dan cinta mereka itu.. Kita pun ada juga idola kasih sayang dan cinta yang tiada tandingannya. Namanya Muhammad S.A.W., dan beliau dilahirkan pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah. 

Kalau nak dibandingkan dengan Valentino tadi, kasih sayang beliau mengalahkan sesiapa sahaja di pelusuk bumi ini. Baik kasih sayangnya kepada isteri-isterinya, kepada sahabat-sahabat, kepada saudara-saudaran walaupun ramai yang menentangnya, semua pengikutnya yang beliau telah menyampaikan ajaran Ilahi, dan seluruh umatnya. Jika anda singkap kembali detik kematian Rasulullah S.A.W., siapakah nama yang disebut-sebutnya tatkala malaikat Izrail mencabut nyawanya perlahan-lahan?


" Ummati! Ummati! Ummati! "

Beliau merujuk kepada umat Islam yang mengikutinya. Ia termasuk sekali dengan kita kerana kita juga mengikuti ajarannya. Dan secara tak langsung, kita juga disayangi oleh beliau, begitu juga dengan generasi umat Islam yang akan datang. Walaupun kita mungkin tidak mengenalinya, dan mungkin sukar untuk menjelmakan perasann sayang terhadapnya, beliau tetap menyayangi kita. Tidakkah besar kuasa cinta dan kasih sayangnya? Saint Valentine, we laugh at you.

Jadi, bersempena dengan hari keputeraan Muhammad S.A.W. pada esok hari, sama-samalah kita menyambut idola kasih sayang terunggul ini. Insan yang tercinta, dan yang paling menyintai.


Sollallah Alaa Muhammad, Sollallah Alaihi Wa Sallam.

Wednesday, February 9, 2011

Manusia Memang Senang Dipengaruhi

Sebagai manusia, kita memang akan terasa cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada.

Apa yang kurang pada kita, kita cuba lebihkan.

Apa yang orang lain ada, kita cuba dapatkan juga.

Apa yang lebih menampilkan pada orang lain, kita pun ingin lebih menampilkan diri.

Memang begitulah manusia. Senang dipengaruhi orang lain.

...
..
..
...
..

Contoh terbaiknya aku ni la. Baru je lepas buat Twitter.

Bukan sebab apa. Trend kan. Orang lain buat, kita pun sibuk nak buat.

Friendster ada, tapi kenapa takde orang nak promote? Haih. 
(Aku nak gelakkan orang yang masih guna Friendster. Gila kesian korang.)


Biarlah. Aku peduli apa. Yang penting korang dah baca ni, follow lah aku ya. Jom Twitter ramai-ramai!

Ikon dia lagi comel dari Facebook.


Ini link profile aku. Klik di sini. Di Sini. DI SINI!!!

Tuesday, February 8, 2011

Rawatan Resdung

Berikutan pengalaman yang aku baru saja alami petang tadi, aku tujukan post kali ni kepada semua insan istimewa yang sama macam aku di luar sana. Ya, kita memang istimewa, kawan-kawan. Sebab kita ada resdung. Orang lain mana ada. 'Boo!' sama mereka!

Baiklah. Sebelum ini aku pernah menceritakan betapa seksanya hidup seharian aku bila ada resdung ni. Agak menyayat hati, dan mungkin korang akan bersimpati dengan aku. Kalau korang belum baca lagi, boleh ikuti kisah tragis ini melalui link ini. Klik di sini. DI SINI, YA.

Jadi, disebabkan tak tahan bangun setiap pagi dan mencapai tisu dahulu (sebab selalunya orang akan capai telefon bimbit dulu), mak aku cadangkan aku mencuba rawatan resdung di Permata Hijrah yang terletak di Lot Kedai Seksyen 8, berseberangan dengan PKNS Bangi (di mana lagi kalau bukan bandar serba moden ini ). Ayah aku pun pernah cuba rawatan di situ, dan dia juga meyakinkan aku memandangkan dia pun jarang selsema sekarang ni.

Logo syarikat ini. Pastikan produk mereka yang asli, bukan tiruan.


Petang tadi aku sampai di pusat rawatan Permata Hijrah tu. Tak ada gaya macam pusat rawatan yang canggih pun. Masuk-masuk entrance tu, ada kaunter hadapan, ruangan beristirehat siap dengan Astro, dan 2 bilik rawatan di belakang. Aku pun daftarkan nama di kaunter, guna nama Jordy Shah (akak di kaunter tu teruja je tengok nama yang cool ni). Selepas mendaftarkan diri, dia membawa aku ke salah satu bilik rawatan di belakang. Dalam bilik tu ada 2 orang budak yang sedang menjalani rawatan resdung itu. Tapi keadaan dorang macam ni:

Sampai kering hidung dorang tu menghembus hingus. Macam tu la keadaan aku tadi.

Aku merasa geli sikit pada awalnya. Tapi bila difikirkan balik, hingus aku sendiri kan yang nak dibuang. Apa ada hal. Bila masa untuk aku dirawat, aku pun duduk di kerusi comel tu. Mula-mula, brader tu nak masukkan sejenis serbuk herba ke dalam hidung aku. Dia suruh aku sedut melalui hidung. Macam orang hisap cocaine pula gayanya.

Ini gaya hidup yang tak betul. Jangan ikuti ya. Demonstrasi je ni.

Dah sedut tu, aku tunggu saja untuk apa-apa kesan ke atas badan aku. Mana tahu badan aku akan bergetar
macam penagih ke, lidah aku akan terjulur keluar macam orang kena santau ke. Selepas seminit, aku mula rasa gatal di hidung. Dan, seterusnya, aku bersin berterusan sambil hingus mengalir keluar dari hidung aku. Hidung aku pun mula rasa panas dan pedih, hingus pun banyak gila keluar. Dalam 10 minit jugak la aku tertunduk menghembus hingus ke dalam tong sampah tu. 

Selepas tu, macam-macam lagi ubat yang disumbat kedalam hidung aku, dan berterusan juga hingus aku dihembus keluar. Boleh habis segulung tisu tandas yang disediakan untuk aku tu. Dalam 40 minit juga aku duduk dalam bilik tu. Sebelum rawatan berakhir, dia menyapu ubat mentholatum untuk memudahkan pernafasan aku. Sambil itu, dia buat rawatan mata untuk aku. Dia bagi aku pakai spec 3D ni yang mengurut kepala dan urat-urat penglihatan. Style giler. Aku tengok brader tu bergerak pun dalam 3D. Haha. (Memang la, bongok. Dia berada depan mata kau je.).

Boleh guna untuk wayang 3D juga. Miliki spec 3D persendirian sekarang! 

Dah selesai semua rawatan, aku pun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Aku diberi pilihan sama ada nak beli ubat atu tak, tapi aku tak nak sebab ubat ayak aku dah ada kat rumah. So, aku bayar untuk rawatan. RM 50 harganya. Pergh! Apa yang mahal sangat? Tisu tu ke? 

Apa-apa hal pun, aku berasa lega sedikit sekarang sebab pernafasan aku terasa lebih lancar. Walaupun aku masih berhingus sekarang ni sambil menaip entri ni, tapi InshaAllah esok pagi lega sedikit hidung ni. Kepada mereka yang menghadapi resdung juga, cubalah rawatan ini. Ia lebih berkesan dari rawatan menggunakan asap yang lebih popular itu. Sayangilah hidung anda, dan anda mampu jimatkan perbelanjaan anda untuk tisu. Hehe.

Monday, February 7, 2011

Apa Kurangnya Orang Kita?

Aku rasa aku memang malas sedikit nak update blog ni. Selalu kebuntuan idea dan tak cukup masa untuk diluangkan dengan blog. Kesian pula blog ni diabaikan. Kalau blog ni awek aku, confirm aku dah kena campak dengan pinggan mangkuk sekarang ni.

Okay. Aku kembali dengan topik yang tidak berapa besar lagi kerana kesahihannya belum dipastikan lagi. Ini pun mungkin gosip di kalangan wartawan ruangan selebriti dalam surat khabar. Mungkin ada yang dah terbaca pasal ni. Jawatan Pengetua Akademi Fantasia tahun 2011 ini akan diberi kepada orang Indon, Ahmad Dhani.

Kenapa kau yang kena pilih? Aku ni tak cukup baik ke? 

Aku bukan peminat rancangan realiti ni pun, tapi sebab tengok pemilihan individu yang bakal mengerusi jawatan itu dan mendidik bakat-bakat baru seni tempatan (walaupun tak semuanya berbakat pun), macam tak ada artis tempatan lain je untuk jawatan tu. Ramai lagi kot lagenda tempatan yang layak, apahal nak guna khidmat artis negara jiran pula?

Aku dah menyampah la tengok media negara jiran membanjiri kaca skrin televisyen dan corong radio kita. Macam tak cukup bagus je hasil seni anak tempatan kita. Sebab tu aku respect dengan usaha beberapa pihak yang masih memperjuangkan seni tanah air kita macam Xfm yang hanya memainkan lagu buatan tempatan. Astro pulak memanjang ada sinetron dan drama-drama Indon, padahal kita tahu banyak merepek je drama dorang. Halimah Jongang lagi berkualiti daripada komedi/drama dorang. (Padahal aku tak tengok gak Halimah Jongang.)

Sebenarnya, kita patut lebih berbangga dengan kemampuan diri kita dan tidak terlalu berharap dengan kebolehan orang lain. Tengok saja bukti kemampuan kita. Malaysia kalahkan Indonesia dalam final Piala AFF. Malaysia dah ada angkasawan pertama sampai ke angkasa. Kita ada kereta tempatan yang sebiji macam Mitsubishi Lancer. Indonesia tak ada semua tu. Yang boleh dipuji dengan produk mereka antaranya Ayam Penyet Wong Solo (terletak di Seksyen 9, Bangi) dan Mee Sedap (memang sedap mee instant ni).

Ayam penyet; pedas gila sambal dia


Jadi, aku berharap Astro memikirkan hal ini kerana keuntungan mereka bergantung sepenuhnya dengan undian penonton. Jika perasaan tidak puas hati ini berterusan di kalangan peminat, ada kemungkinan rancangan ini akan diboikot. Aku nasihatkan mereka fikirkan maruah seni tanah air kita sebab kita tak mahu ia dipandang rendah. Hidup Malaysia!

Amy Search: " Biar la aku jadi pengetua pulak. Boleh aku 'basuh' bebudak AF tu "

Tak apalah, Amy. Kau basuh je dulu anak kau tu. Hehe.

Thursday, January 27, 2011

Tempat Aku Belajar

Universiti Utara Malaysia memang best.


The Emminent Management University.


The Only Civilization in Sintok.



Masalahnya, yang dorang block website Blogger ni apa hal? Macam felaq betoi la. Ingat blog aku dan lain-lain ada unsur-unsur lucah ke? (Okay, member aku seorang tu munkgin lah, block dia punya jela). Dah berapa minggu budak-budak ni menanti post dari aku. Cis. Masalah betul. Nasib baik dah unblock.




Borat : ' This is good blog. Don't block it. '

Yes, thank you for your support, Borat. :)

Monday, January 10, 2011

The Masons - Part 1

Salam, semua. Dah lama rasanya aku tak menulis ni. Tangan pun dah berkarat nak menaip. Tengah cuti ni, bercuti sakan sungguh. Tapi cuti tak bermaksud aku banyak habiskan masa. Ada juga benda-benda berfaedah aku buat. Bukan berjimak saja macam member aku seorang tu. Haha.

Okay. Entri kali ni lebih kepada informatif. Sebelum cuti hari tu, ada beberapa member aku berbincang pasal satu topik yang mengleirukan ramai dan sering diberi tanggapan yang salah. Mungkin ada kebenarannya, tapi kita tak pasti sama ada ia fakta dikaji atau sekadar rekaan. Dorang berbincang pasal Freemason. Dalam ruangan ni aku nak kongsikan apa yang aku faham tentang Freemason ni setelah tamat baca buku The Lost Symbol yang ditulis oleh Dan Brown yang juga menulis buku The Da Vinci Code dan Angels And Demons. Dalam buku ni, ia lebih tertumpu dengan penglibatan pertubuhan ini dalam Amerika Syarikat, negara yang ditubuh oleh antara orang-orang ternama Freemasons ketika itu.

Kalau rajin, baca buku ni. Banyak pendedahan yang kita tak tahu.

" Well, if you were to ask a Mason, he would offer the following definition : Masonry is a system of morality, veiled in allegory, and illustrated by symbols. " 

- Robert Langdon, The Lost Symbol

Sebagai permulaan, kita kenal dulu asal usul pertubuhan sulit ini. Freemasonry wujud ketika Revolusi Industri di Eropah. Pertubuhan ini diwujudkan dengan satu matlamat yang tersembunyi. Menurut buku ni, dorang menyimpan satu rahsia yang boleh memberi kebaikan di tangan yang betul, manakala keburukan di tangan yang salah. Ahli-ahli pertubuhan ini selalunya dirahsiakan identiti mereka, tapi ada juga yang secara terangan menunjukkan keahlian mereka. Antaranya, Presiden pertama dan juga orang yang menubuh negara Amerika, George Washington.

Ramai orang menganggap Freemasonry adalah satu ajaran agama yang sesat. Mereka kata Freemasons ada rituals dan mempunyai kepercayaan tersendiri. Mereka juga dianggap satanic dan occult. Walaubagaimanapun, untuk membuat satu ajaran itu sebagai sebuah agama, ia memerlukan tiga syarat: ABC ( Assure, Believe, Convert ). Assure ( Menjanjikan ) bermaksud ia menjanjikan pengampunan atau penebusan, iaitu hidup di akhirat. Believe (Percaya) bermaksud ia percaya kepada satu teologi yang tepat, iaitu mempunyai Tuhan yang disembah. Convert (Mengalih) bermaksud ia menyebarkan ajarannya untuk orang memeluk agama mereka. Dalam kes ni, Freemason tak menepati satu pun syarat-syarat tu. Lagipun, pengahliannya terbuka kepada semua golongan dan penganut agama.

Freemasons patuh kepada kuasa yang lebih agung. Mereka tidak menjalankan kegiatan mereka dengan nama Tuhan yang dipercayai oleh agama masing-masing. Mereka mengguna nama Supreme Being atau Great Architect sebagai hierarki tertinggi dalam pertubuhan mereka. Lebih bersifat open-minded bagi mereka.

Dari segi rituals pula, ada yang menganggapnya satanic dan sesat. Tapi apa yang dilakukan oleh mereka adalah reenactment ataupun lakonan semula kejadian dalam sejarah pertubuhan mereka yang memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka tentag janji mereka kepada pertubuhan ini. Freemasons melatih ahli mereka untuk menyimpan rahsia mereka dan tidak memcahkannya kepada orang ramai. Rituals mereka, walaupun nampak ngeri dan menyesatkan, ia sekadar pengiktirafan seorang ahli baru dan sebagai angkat sumpah supaya menyimpan rahsia ini dengan nyawanya.

Sebagai menyangkal lagi dakwaan mereka agama yang sesat, kita tengok pada simbol pertubuhan mereka.




Sebagai permulaan, compass yang mengarah ke bawah itu adalah instrumen matematik. Bentuk V di bawah pula sebuah pembaris lekuk L yang digunakan dalam lukisan binaan. Disebabkan kebanyakan ahli mereka terdiri dari golongan saintis dan pengkaji ilmu, mereka lebih menekankan pembangunan sains dan teknologi. Bukannya mereka tidak pentingkan pembangunan agama, tapi dengan agama yang mereka percayai, sains dan teknologi boleh berkembang dengan pesat. Ilmu yang dikaji mendekatkan diri kita dengan agama yang kita anuti. Ilmu dan agama bergerak selari.


Namun, bukan di situ saja akhirnya konspirasi mengenai pertubuhan sulit ini. Banyak lagi yang ingin diceritakan. Tapi, apa gunanya aku tulis Part 1 tu kan? Jadi, sehingga ketemu lagi di bahagian seterusnya.