Okay. Aku kembali dengan topik yang tidak berapa besar lagi kerana kesahihannya belum dipastikan lagi. Ini pun mungkin gosip di kalangan wartawan ruangan selebriti dalam surat khabar. Mungkin ada yang dah terbaca pasal ni. Jawatan Pengetua Akademi Fantasia tahun 2011 ini akan diberi kepada orang Indon, Ahmad Dhani.
Kenapa kau yang kena pilih? Aku ni tak cukup baik ke? |
Aku bukan peminat rancangan realiti ni pun, tapi sebab tengok pemilihan individu yang bakal mengerusi jawatan itu dan mendidik bakat-bakat baru seni tempatan (walaupun tak semuanya berbakat pun), macam tak ada artis tempatan lain je untuk jawatan tu. Ramai lagi kot lagenda tempatan yang layak, apahal nak guna khidmat artis negara jiran pula?
Aku dah menyampah la tengok media negara jiran membanjiri kaca skrin televisyen dan corong radio kita. Macam tak cukup bagus je hasil seni anak tempatan kita. Sebab tu aku respect dengan usaha beberapa pihak yang masih memperjuangkan seni tanah air kita macam Xfm yang hanya memainkan lagu buatan tempatan. Astro pulak memanjang ada sinetron dan drama-drama Indon, padahal kita tahu banyak merepek je drama dorang. Halimah Jongang lagi berkualiti daripada komedi/drama dorang. (Padahal aku tak tengok gak Halimah Jongang.)
Sebenarnya, kita patut lebih berbangga dengan kemampuan diri kita dan tidak terlalu berharap dengan kebolehan orang lain. Tengok saja bukti kemampuan kita. Malaysia kalahkan Indonesia dalam final Piala AFF. Malaysia dah ada angkasawan pertama sampai ke angkasa. Kita ada kereta tempatan yang sebiji macam Mitsubishi Lancer. Indonesia tak ada semua tu. Yang boleh dipuji dengan produk mereka antaranya Ayam Penyet Wong Solo (terletak di Seksyen 9, Bangi) dan Mee Sedap (memang sedap mee instant ni).
Ayam penyet; pedas gila sambal dia |
Jadi, aku berharap Astro memikirkan hal ini kerana keuntungan mereka bergantung sepenuhnya dengan undian penonton. Jika perasaan tidak puas hati ini berterusan di kalangan peminat, ada kemungkinan rancangan ini akan diboikot. Aku nasihatkan mereka fikirkan maruah seni tanah air kita sebab kita tak mahu ia dipandang rendah. Hidup Malaysia!
Amy Search: " Biar la aku jadi pengetua pulak. Boleh aku 'basuh' bebudak AF tu " |
Tak apalah, Amy. Kau basuh je dulu anak kau tu. Hehe.
oo...die ke yg dipilih??cm kurang bez sket jek....wlaupun ak x update ngan af an...tp...still ase cm x bes sgt..hahahha.. =P
ReplyDeletehaa.. memang tak puas hati la ini macam.. aku pun tak suka AF, tapi kenapa artis Indon pulak yang jadi pengetua?
ReplyDelete