Dalam apa jenis pilihanraya pun, baik dalam kampus ataupun peringkat kebangsaan, sudah pasti berlaku senario yang tidak sedap mata memandang. Parti A membuat propganda sebgini tentang Parti B, dan Parti B pula membuat propaganda lain tentang Parti A. Penyokong saling mengutuk, mencaci, membuat dajal, dan memalukan parti lawan untuk melemahkan lagi sokongan terhadap parti itu. Mungkin bagi mereka, cara itu menunjukkan mereka parti yang kuat, tapi mereka tidak sedar itu lagi menunjukkan mereka lemah. Seperti satu perlawanan tinju, adakah Peninju A dikira pencabar yang lebih kuat jika sebelum perlawanan bermula, dia telah menipu Peninju B dengan mempelawanya minum air berisi julap, lalu Peninju B tidak dapat berlawan dengan kekuatan sepenuhnya kerana menahan sakit perut yang melampau? Jelas sekali Peninju A yang takut kalah, bukan?
Apa-apa hal pun, pilihan terletak di tangan pelajar-pelajar yang akan mengundi. Dan harus diingatkan bahawa kita pilihan kita akan menentukan masa depan institusi kita. Pilihlah calon yang kita yakin mampu membawa cabaran ini dan memperjuangkan keadilan dan hak pelajar. Kalau silap pilih, jangan salahkan orang lain jika masa depan institusi kita berkucar-kacir. Harapan anda untuk melihat perkembangan baik dalam hidup sebagai seorang pelajar juga akan hancur. Dan peringatan kepada mereka yang bertanding, janganlah anda memikirkan jawatan itu untuk dimegah dan berlagak dengan. Anda ada tanggungjawab, laksanakannya dengan baik. Pelajar memilih anda kerana kepercayaan mereka terhadap kamu, janganlah kamu hampakan mereka. Jika anda di tempat mereka, kamu juga akan terasa begitu, bukan?
Jadi, selamat bertanding kepada semua calon. Dan selamat mengundi kepada semua pelajar. Masa depan terletak di tangan anda yang akan memangkah X.
Ingat! Ini bukan cara memangkah yang betul. |
P/S : Universiti aku takde calon yang cun pun. Ni yang buat aku malas nak mengundi. Hahaha.
mls nak kira...hahaha...kalo kita burukkan org laen...kita dah mmbuka keburukan kita tu...fikir-fikirknlah...
ReplyDeleteaku nak undi kau lah.bole kan
ReplyDelete