Okay. Entri kali ni lebih kepada informatif. Sebelum cuti hari tu, ada beberapa member aku berbincang pasal satu topik yang mengleirukan ramai dan sering diberi tanggapan yang salah. Mungkin ada kebenarannya, tapi kita tak pasti sama ada ia fakta dikaji atau sekadar rekaan. Dorang berbincang pasal Freemason. Dalam ruangan ni aku nak kongsikan apa yang aku faham tentang Freemason ni setelah tamat baca buku The Lost Symbol yang ditulis oleh Dan Brown yang juga menulis buku The Da Vinci Code dan Angels And Demons. Dalam buku ni, ia lebih tertumpu dengan penglibatan pertubuhan ini dalam Amerika Syarikat, negara yang ditubuh oleh antara orang-orang ternama Freemasons ketika itu.
Kalau rajin, baca buku ni. Banyak pendedahan yang kita tak tahu. |
" Well, if you were to ask a Mason, he would offer the following definition : Masonry is a system of morality, veiled in allegory, and illustrated by symbols. "
- Robert Langdon, The Lost Symbol
Sebagai permulaan, kita kenal dulu asal usul pertubuhan sulit ini. Freemasonry wujud ketika Revolusi Industri di Eropah. Pertubuhan ini diwujudkan dengan satu matlamat yang tersembunyi. Menurut buku ni, dorang menyimpan satu rahsia yang boleh memberi kebaikan di tangan yang betul, manakala keburukan di tangan yang salah. Ahli-ahli pertubuhan ini selalunya dirahsiakan identiti mereka, tapi ada juga yang secara terangan menunjukkan keahlian mereka. Antaranya, Presiden pertama dan juga orang yang menubuh negara Amerika, George Washington.
Ramai orang menganggap Freemasonry adalah satu ajaran agama yang sesat. Mereka kata Freemasons ada rituals dan mempunyai kepercayaan tersendiri. Mereka juga dianggap satanic dan occult. Walaubagaimanapun, untuk membuat satu ajaran itu sebagai sebuah agama, ia memerlukan tiga syarat: ABC ( Assure, Believe, Convert ). Assure ( Menjanjikan ) bermaksud ia menjanjikan pengampunan atau penebusan, iaitu hidup di akhirat. Believe (Percaya) bermaksud ia percaya kepada satu teologi yang tepat, iaitu mempunyai Tuhan yang disembah. Convert (Mengalih) bermaksud ia menyebarkan ajarannya untuk orang memeluk agama mereka. Dalam kes ni, Freemason tak menepati satu pun syarat-syarat tu. Lagipun, pengahliannya terbuka kepada semua golongan dan penganut agama.
Freemasons patuh kepada kuasa yang lebih agung. Mereka tidak menjalankan kegiatan mereka dengan nama Tuhan yang dipercayai oleh agama masing-masing. Mereka mengguna nama Supreme Being atau Great Architect sebagai hierarki tertinggi dalam pertubuhan mereka. Lebih bersifat open-minded bagi mereka.
Dari segi rituals pula, ada yang menganggapnya satanic dan sesat. Tapi apa yang dilakukan oleh mereka adalah reenactment ataupun lakonan semula kejadian dalam sejarah pertubuhan mereka yang memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka tentag janji mereka kepada pertubuhan ini. Freemasons melatih ahli mereka untuk menyimpan rahsia mereka dan tidak memcahkannya kepada orang ramai. Rituals mereka, walaupun nampak ngeri dan menyesatkan, ia sekadar pengiktirafan seorang ahli baru dan sebagai angkat sumpah supaya menyimpan rahsia ini dengan nyawanya.
Sebagai menyangkal lagi dakwaan mereka agama yang sesat, kita tengok pada simbol pertubuhan mereka.
Sebagai permulaan, compass yang mengarah ke bawah itu adalah instrumen matematik. Bentuk V di bawah pula sebuah pembaris lekuk L yang digunakan dalam lukisan binaan. Disebabkan kebanyakan ahli mereka terdiri dari golongan saintis dan pengkaji ilmu, mereka lebih menekankan pembangunan sains dan teknologi. Bukannya mereka tidak pentingkan pembangunan agama, tapi dengan agama yang mereka percayai, sains dan teknologi boleh berkembang dengan pesat. Ilmu yang dikaji mendekatkan diri kita dengan agama yang kita anuti. Ilmu dan agama bergerak selari.
Namun, bukan di situ saja akhirnya konspirasi mengenai pertubuhan sulit ini. Banyak lagi yang ingin diceritakan. Tapi, apa gunanya aku tulis Part 1 tu kan? Jadi, sehingga ketemu lagi di bahagian seterusnya.
No comments:
Post a Comment