Friday, February 15, 2013

Andainya Dorang Main Untuk Negara Asal Mak / Bapak

Hari tu, aku tengok game Champions League antara Real Madrid VS Man United. Tengok dengan si Sapir, dekat Nur Alif Bistro, PJCC. Semangat betul dia nak tengok: team kesayangan dia Man United lawan team idola dia CR7.

Masuk minit ke-20, dah ada gol pertama game dari Danny Welbeck untuk Man United, atau nama samarannya "mamat songkok". Sorakan dari penyokong Man United, dan kegembiraan pada raut wajah Welbeck selepas jaringkan gol tu.

Selepas gol tu, aku pun tiba-tiba timbulkan satu persoalan dan tanya kat Sapir ni: "Kalau si Welbeck ni main untuk Ghana dulu, mesti Ghana power gila sekarang kan". Mendengar persoalan aku, Sapir ni pun membalas dengan soalan : "Eh, Welbeck ni bukan main untuk England ke?". Mendengar soalan tu, baru aku faham: Ramai yang tak tau Welbeck ni parents dia asal dari Ghana dan immigrate ke England. Dia membesar kat England, dan main bola untuk pasukan England dari muda lagi.

Masalahnya, penyokong Man United sendiri tak tau sejarah pemain team sendiri?Penyokong tahap apa korang ni?  Puuuiiii!!! Hahaha. Takpe, aku peminat Bola Sepak, so aku amek tau gak pasal semua yang berkaitan dengan bola.

Jadi, inilah yang aku nak isu yang aku nak perbincangkan: Andainya Welbeck, atau mana-mana pemain lain yang dinaturalisasikan, bermain untuk negara asal mereka atau negara asal ibu/bapa, mesti team negara tu lebih kuat dari sekarang.

Kalau cakap pasal "Naturalisasi", kebanyakan peminat bola sepak Malaysia akan terlintas nama Singapore di fikiran mereka. Ye, memang team dorang ada beberapa orang pemain luar macam Aliksandar Duric dan Mustafic Fahrudin (Bosnia & Herzegovina), dan Daniel Bennet (England). Tapi negara-negara lain pun banyak lagi players yang diserap masuk sebab mempunyai passport negara menetap dorang. Korang tak kenal siapa? Jom kita selidik:


Daniel Nii Tackie Mensah "Danny" Welbeck
Nickname: Kepala Songkok
Nationality : England
Origin : Ghana (parents)


Mario Barwuah Balotelli
Nickname : Barwa
Nationality : Italy
Origin : Ghana (parents)




Jérôme Agyenim Boateng
Nickname : Mamu Jarum
Nationality : Germany
Origin : Ghana (Ayah, abang dia Kevin Prince Boateng main untuk Ghana)







Rafael Ferdinand van der Vaart
Nickname : RVD
Nationality : Netherlands
Origin : Spain (Ibu)


Zlatan Ibrahimović
Nickname : Who Nose?
Nationality : Sweden
Origin : Bosnia (Ayah) dan Croatia (Ibu)




Lukas Josef Podolski
Nickname : Poldi
Nationality : Germany
Origin : Poland (parents)





Thiago Alcântara do Nascimento
Nickname : Entah...
Nationality : Spain
Origin : Brazil (Ayah dia, Mazinho, pernah menang World Cup dengan Brazil)





Haa, ini hanya sebahagian saja dari pemain-pemain yang main untuk negara bermastautin dorang, bukan dengan negara asal. Korang tengok ada 3 pemain ternama yang asalnya dari Ghana. Kalau dorang ni main untuk Ghana, konfem Ghana dah menang World Cup atau mana-mana major tournament.

So, setakat ni saja sesi bola sepak dari Orkestra Hidup. Nanti-nanti aku cerita lagi la. Penat tau mengulas pasal bola ni. Rasa macam aku kerja kat Astro Arena lak..

Wednesday, February 13, 2013

14 Februari 2013 - Hari Gergasi

Setiap 14 Februari pada setiap tahun, selalunya posts berkaitan Valentine's day akan membanjiri halaman media sosial. Malah, dalam media mainstream seperti surat khabar juga akan ada post berkaitan hari kekasih ini.

Aku meluat sebenarnya dengan post mengenai Valentines. Kalau ye pun ada kawan-kawan aku yang sambut, keep them to yourselves. Jangan la duk kongsi dalam laman media sosial sebab dalam negara ni sendiri Valentine's tak disambut. Apatah lagi JAKIM dah memfatwakan Valentine's day itu Haram. Jadi, be a bit sensitive.



Kalau kawan-kawan yang Non-Muslim tu, takpela. Enjoy the day, keep it cool, and BEHAVE. Don't naughty-naughty ye.

Lagipun, Valentine's day takde apa-apa keistimewaan pun. It's just a normal day. Orang barat je yang kalut sambut hari tu sebab dorang tak dapat jumpa erti KASIH SAYANG pada hari lain. Kita kat sini setiap hari dapat kasih sayang, kan? So, no need to find love on that day. Only those who suck in finding the meaning of love do.

Sebelum ini, aku pernah post mengenai kebetulannya Valentine's pada 2011 jatuh pada tarikh yang sama dengan Maulidul Rasul. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan lebih utamakan lagi Maulidul Rasul pada hari tu. Lagipun, dia ikon Cinta yang lebih agung dari St. Valentino tu. Nak baca post lama tu, boleh tekan pada link ini: Valentine's Special : Valentino vs Muhammad

Dan, pada tahun ini, 14 Februari juga jatuh pada sebuah lagi peristiwa yang akan diperkatakan seluruh dunia. Lebih hebat dari kisah kekasih bersama kekasih.

Pertembungan 2 bangsa GERGASI, yang boleh tahan hensem, gaya rambut, dan susuk tubuh. Laungan mereka bakal memekakkan telinga (jika dijerit ke telinga dengan jarak dekat), dan tendangan mereka kencang bagaikan meriam menembak dinding kubu. Ya, mereka bakal berentap dan menunjukkan kuasa masing-masing.

Saksikan..

Van Besi : Grrrrr...
RON 97 ado : Arrr!!!
Di mana anda jua berada, jangan ketinggalan menyaksikan aksi ini. Pedulikan Valentine's, ini yang lebih penting. Dan, sama-sama la kita nyanyikan lagu tema Liga Chempiang.

" These are the Chempiangs! "


Wednesday, October 3, 2012

Tiada Lagi Balak


Hadoi.. Ni la masalahnya kalau ada Auto-Correct dalam Bahasa Melayu. Lain yang aku nak tulis, lain pulak yang muncul di paparan skrin. Spoil betul la!

Untuk pengetahuan semua, disebabkan Auto Korek yang baghal tadi, tajuk post ini sebenarnya bukan nak cerita pasal "Balak", tetapi BALLACK.

Tajuk sebenar: TIADA LAGI BALLACK


Der Capitano

Okay, cukup la memaki hamun auto korek tadi. Kita sambung cerita.

So, apa ceritanya mengenai Ballack ni? Pada hari ni, 3 Oktober 2012, Michael Ballack (sebutan Mikhael Balak) mengumumkan persaraannya dari arena Bola Sepak. Kerjaya selama 17 tahun dalam hidupnya sudah berakhir dan mendapat reaksi mengejut dari penyokong-penyokong dan rakan-rakannya.

Ballack, yang pernah beraksi bersama kelab gergasi Jerman: Bayern Munich, dan juga kelab haru biru Chelsea, memutuskan untuk menggantung boot bola pada usia 36 tahun semasa masih bersama kelab yang beliau memulakan kerjayanya, Bayer Leverkusen.

Jadi, kenapa aku nak tulis pasal Ballack? Aku peminat Chelsea ke? (No way. Chelsea? Pfftt..)

Aku penyokong Bayern Munich ke? (Aku suka Bayern. Tapi takdela peminat nombor 1).

Aku ni orang Jerman ke? (Keberangkalian aku seorang Jerman adalah 35/100, tapi hakikatnya aku 100/100 Orang Melayu).

Sebenarnya, Ballack satu-satunya sebab aku mengikuti World Cup 2006 di Jerman dulu. Pada masa tu, aku bukan seorang "kaki bola" macam sekarang sebab duduk asrama, aku jarang dapat peluang tengok bola. Aku tau nama pemain beberapa orang je, dan tak mengikuti mana-mana kelab bola sepak pun sebelum World Cup 2006. Tapi disebabkan tak nak dilabel seorang yang tak cool kerana tak mengikuti World Cup, aku pilih untuk menyokong Jerman. Sebab aku terbaca info pasukan Jerman dalam surat khabar sebelum mulanya World Cup masa tu. Dan masa dia cerita pasal Ballack dan pencapaiannya, aku terus nampak Ballack dan Germany boleh pergi jauh dalam temasya tu, lagi-lagi dorang tuan rumah.

Sepanjang World Cup 2006, aku ikuti kebanyakan perlawanan (yela, nak mula berjinak dengan dunia bola sepak ni) dan sentiasa meletak harapan untuk Jerman. Dan sememangnya, Jerman maju sehingga ke Separuh Akhir. Namun, Jerman kalah dengan sebuah negara yang terkenal dengan pembuat pizza, spaghetti, ferrari dan isyarat tangan mencarut. (Sila rujuk gambar bawah)

Orang Itali: Watdafak?!
Orang India: Dey, mau makan ka?
Jerman kalah, Ballack tidak dapat menjulang piala di negara sendiri, dan World Cup 2006 pun berakhir. Kalau diikutkan, aku sepatutnya tak payah ikut lagi dunia bola sepak ni sebab temasya dah habis. Tapi aku terus follow, ambik tau pasal berita, dan mula meminati sukan ni. Dan sejak itu, aku tak pernah menoleh belakang.

So, Michael Ballack, walaupun kau bersara, kau tetap mempunyai penyokong-penyokong setia dan mengenali kewibawaan kau. Kau sebagai Capitano contoh, pemain yang bersemangat, dan kerjaya penuh peristiwa, aku berterima kasih sebab kau menjadi titik permulaan aku mengenali Sukan Nombor Satu Dunia ni.

Dankerschen, Herr Ballack!

Jadi, sekian saja kisah mengenai Ballack dan aku. Semoga Ballack bersara dengan bahagia dan teruskan hidup. Mungkin dia boleh cuba kerjaya lain seperti modelling atau berlakon. Dia ada rupa gak, hensem gak, macam Matt Damon. Betul tak?

Ballack: "Really? You think I can make it to Hollywood? Huhu . "

Matt Damon: " Are you out of your mind, Jordy? He looks nothing like me!"

Tuesday, October 2, 2012

Hidup Kembali - Part 2

Seperti Son Goku yang mati berkali-kali, namun dihidupkan semula oleh Dewa 19 (Naga), blog yang penuh dedikasi, motivasi, dan nasi-basi ini juga bakal melalui fasa hidup yang sama. Dibangkitkan dengan gelang emas atas kepala, bersayap putih, berekor monyet, dan rambut gaya kulit durian, semuanya selepas berjaya mengumpul kesemua Mutiara Naga yang berselerak di seluruh dunia (salah satunya terjumpa di Mutiara Damansara).

Ye, inilah kehidupan semula blog OREKSTRA HIDUP! 
*KASHIIIIIIIIIIIIIINGG!!!

Son Goku: "Kau tipu la, Jordy! Aku takde ekor monyet pun."

Awal mula pertama mula, Encik Jordy Shah ni nak mintak maaf kepada semua pembaca (dan kepada Goku) kerana menyepikan diri dari blog kesayangan korang ni. Sebenarnya, ni bukan kali pertama aku menyepi diri. Tahun lepas pernah gak terjadi. *Sila rujuk post bulan Nov 2011.

Selama 9 bulan aku menyepikan diri, banyak perubahan sebenarnya dah berlaku. 9 BULAN tu masa yang lama, derr! Kau tau apa yang dah berubah?

1. Bentuk badan aku semakin unik (korang ada ke perut yang menyerupai muka orang?)
2. Bajet 2013 baru diumumkan minggu lepas! (tahap kepentingan bergantung kepada pandangan masing-masing)
3. Jiran depan rumah aku dah tukar pagar garage baru (isu penting giler ni!)
4. Kelahiran seorang anak.. Tapi bukan anak aku la. Dah kata 9 bulan berlalu, ada la anak sesiapa baru lahir baru-baru ni kan.
5. Aku dah ada kerja. (Jangan ada yang menggatal mintak aku belanja cepat-cepat. Wait for your turn!)
6. Hijrah (beberapa orang artis dah mula pakai tudung seperti Abby Abadi, Shila Amzah, dan Syafiqah Ahmad....?)
7. Bola sepak semakin banyak kejutan (Kelab-kelab bola semakin kaya, pasukan bola berwajah baru, skandal-skandal, dan Liverpool kalah dengan Man U?? Kejutan tu.. Kalau Man U kalah, tu dah jadi perkara biasa)
8. K-poop semakin menjadi-jadi dan dimenyampahi (terutama sekali Stail Abe Gangne tu)
9. Minggu depan, gua nak Konvokesyen dah. (Penantian berakhir!)

Jadi, ini hanyalah beberapa perkara baru yang berlaku selama 9 bulan menyepi ni. InshaAllah, ada masa nanti, aku akan ceritakan sedikit demi sedikit mengenai topik-topik ini.

Untuk post pertama ini, hanyalah Intro dulu. Saja nak panaskan jari, warm-up untuk kembali rajin menulis. Semoga post-post akan datang aku dapat kongsikan pandangan dan pengalaman aku sepanjang tahun ini sejak bulan Januari. So, stay tuned!


p/s: Aku rasa lama sangat dah tak bukak blog ni, agak-agaknya aku ada salah taip nama blog ni dekat perenggan kedua. Betul tak?

Sunday, December 25, 2011

Kisah Di Sebalik 26 Disember.

Di dalam sebuah bilik conference, terdapat beberapa orang terkenal yang tarikh lahir mereka pada hari yang sama. Mereka sedang berdebat siapa yang patut mendapat pengiktirafan sebagai orang paling cool yang lahir pada tarikh ini. Masing-masing menyuarakan kehebatan sendiri kerana ingin persetujuan dari semua orang dalam bilik itu.

~~~

Mao Zedong: Sebagai pencetus revolusi di negeri China, dan juga orang yang mengenalkan komunisme di China, saya amat merasakan diri saya patut diberi pengiktirafan sebagai orang paling 'cool' dilahirkan pada tarikh 26 Disember.

Lars Ulrich: Blah ar lu, orang tua. Lu dah mati, entah macam mana boleh hidup balik, lepas tu ada dalam bilik conference ni. Kalau lu orang nak tau, sebagai drummer untuk band Metallica, gua la yang buat muzik band kami terkenal. Kalau tak pasal gua ketuk-ketuk drum tu, muzik Metallica mesti tak terkenal. Gua la yang paling cool!

Jared Leto: Weh, Metallica dah lapuk! Mana ada bebudak dengar lagu Metallica sekarang. Kau tengok macam aku ni. Dulu aku berlakon, banyak gak movie yang aku berlakon, lepas tu aku tukar bidang dalam muzik. Band aku, 30 Seconds To Mars, famous giler kot sekarang. Semua orang dengar. Lagu pun best. Dah la aku handsome, jadi duta minyak wangi Hugo Boss lagi. So, aku la yang paling cool.

Chris Daughtry: Eleh, korang yang main muzik ni tak berbakat sangat pun. Korang tengok aku ni. Dulu, aku masuk American Idol kononnya nak menang duit. Tapi aku tak sampai finals pun. Bila dah keluar, aku lagi banyakkan hasil lagu dari juara. Dorang nampak bakat aku yang terpendam ni. So, aku la paling cool, kan?

Shun Oguri: Hoi, hoi, hoi!! Korang tak sedar ke aku ada kat sini? Korang ingat tak watak aku bawak dalam filem Crows Zero tu, Takiya Genji? Korang tengok tak aku belasah berapa ratus orang dan menang gak? Aku ni gangster bai! Kalau korang tak nak kena belasah, baik bagi aku jadi paling cool.


Hugo Lloris: Kecoh ar korang ni. Ada band la, pelakon la. Aku ni pemain bola. Bola sepak memang sah satu dunia tengok kan. Lagi-lagi aku ni goal keeper France, pasukan negara paling hebat kat dunia. Tau la France dah lama tak menang apa-apa, tapi tu sebab defence aku bodoh. Aku ni yang power. Banyak club bola sepak nak kat aku tau! Siap offer gaji berjuta-juta lagi. So, aku la paling cool.


Aaron Ramsey: Waklu! Kau tu goal keeper je. Aku ni main midfiled, lagi susah. Kat Arsenal tu, aku la yang banyak tolong midfield bila menyerang. Van Persie tu dapat banyak gol sebab aku assist tau. Korang tengok la Arsenal menang piala musim ni. Mesti sebab aku yang banyak tolong. Aku yang bakal bawak Arsenal jadi juara. Aku la paling cool!


~~~~

Sedang mereka hangat menceritakan kehebatan masing-masing, muncul seorang pemuda yang tak terkenal pun. Dia terus mengatakan sesuatu.

Jordy Shah: Dah, tak payah kecoh la korang ni. Korang semua menumpang blog aku je sekarang ni. Skrip ayat korang ni pun aku gak yang tulis. Kalau tak pasal aku, korang tak berdebat pun nak pilih siapa paling cool. Aku yang buat korang cool sekarang ni. So, memang terbukti la aku paling cool.


~~~


Mendengar kata-kata pemuda tu, semua yang berada dalam bilik conference tu senyap dan memperakui kenyataan dari pemuda tu. Jadi, sebulat suara, mereka mengiktiraf JORDY SHAH sebagai orang paling cool yang lahir pada tarikh 26 Disember. Tamat pertelingkahan.


Namun, secara tiba-tiba, ada tsunami yang besar datang melanda dan bersedia untuk menghanyutkan semua yang berada di situ. Oh, ya tak ya. Tsunami pada tahun 2004 tu muncul pada 26 Disember gak. Jadi, mereka pun memohon maaf kepada tsunami itu sebab terlupa. (Padahal takut hanyut je). Tsunami pun gelak dan berkata:

Tsunami: Haa, tau pun takut. Amacam? Cool tak aku? Hahaha.



Terima kasih kepad semua yang wish untuk hari jadi aku. Semoga korang semua diberkati Allah juga, dan semoga korang semua murah rezeki juga. Dan Selamat Tahun Baru kepada semua. :)

Wednesday, November 30, 2011

My December

Sudah tiba masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang.

Bulan Disember. 

Bulan kedua belas.

Bulan yang istimewa.

Kenapa ia istimewa? Ada beberapa sebab ia bulan yang istimewa.

1. Bulan terakhir dalam setahun. Waktu-waktu ni la korang mula muhasabah diri sepanjang tahun, kira kewangan, merancang nak buat apa tahun depan, cari kerja lain menjelang tahun baru ni sebab tak puas hati dengan majikan yang lebih hensem dan banyak duit. 

2. Cuti sekolah. Memandangkan budak-budak tengah cuti sekolah, waktu-waktu begini la orang bawak anak-anak pergi bercuti sebelum mereka kembali merengek tak nak pergi sekolah pada bulan Januari nanti. Masa beginilah para pekerja minta cuti dari bos sebab nak bawak anak-anak bercuti. Yang bujang senang pun minta cuti, menipu bos kononnya nak pergi bawak anak bercuti. Bos tu pun bagi jela cuti, memandangkan si bujang tu memperdaya bos dengan imej kemas dan bermisai tebal di tempat kerja.

3. Promosi. Kalau ada yang malas nak pergi berjalan-jalan, dorang akan bawak sekeluarga pergi membeli-belah. Year End Sale kan sekarang. Hujung minggu je, mesti sesak pusat membeli-belah ternama di sekitar kawasan Lembah Kelang ni, dipenuhi golongan-golongan makcik, pakcik, kanak-kanak, remaja, pelancong asing, pendatang asing, dan juga golongan tak dikenal pasti jantinanya. Keluar dari kedai, adalah beg tangan baru di tangan makcik, dompet baru di tangan pakcik, beg sekolah baru di tangan kanak-kanak, kekasih baru di sisi remaja (boleh beli ke?), buah tangan baru di tangan pelancong, lesen permit baru di tangan pendatang asing, dan pakaian dalam baru untuk golongan terkahir yang aku sebut tadi.......

4. Perayaan. Bagi yang beragama Kristian, Hari Natal atau Keris Mas pada 25 Disember, adalah perayaan paling besar bagi mereka. Mereka sekeluarga bersama sanak saudara berkumpul pada malam sebelum Krismas, menjamu selera, luangkan masa, borak-borak, dan tengok TV kalau ada tayangan menarik. Keesokan paginya, kanak-kanak buka hadiah yang terletak di bawah pokok Krismas (versi plastik jika di Malaysia). Jika di negara lain, kanak-kanak akan terpedaya dengan kata ibubapa mereka kononnya Santa Claus yang meletak hadiah itu bawah pokok. Jika di Malaysia pula, kanak-kanak takkan terpedaya dengan kata itu, kerana mereka pun tahu Santa Claus akan berpeluh sekolam jika datang ke Malaysia dalam cuaca yang panas terik ni, memandangkan Santa pakai jaket tebal untuk musim sejuk. Di sini juga tiada rusa salji nak tarik kereta sorong Santa tu, sebab di Malaysia ada kancil je. Syabas, kanak-kanak Malaysia. Anda semua memang bijak.


" Kalau aku datang Malaysia, aku nak relax kat Langkawi je. Malas nak bagi hadiah. Ho ho ho! "



5. Kelahiran. Ya, kelahiran seorang lelaki yang macho, cool, comel, steady, kreatif, berinovasi, bergaya, poyo, bijak, bersahaja, dan macam-macam lagi sifat yang terpuji dan keji. Apa-apa pun, kalau takde dia, takdela blog ni wujud. Memang respected la mamat tu. Salute!

(Okay, bukan hari ni ye. 26 haribulan nanti. Boleh la korang mula fikir hadiah apa nak bagi aku nanti.)


Jadi, pada bulan yang istimewa ni, aku ucapkan selamat bercuti kepada yang tengah cuti, dan semoga berjaya kepada mereka yang sedang mengusahakan sesuatu. Semoga bulan Disember ni menjadi bermakna untuk korang semua. Salam.

Tuesday, November 22, 2011

Back from the Dead

Sedar tak sedar. (aku sedar sebenarnya)
Dah 6 bulan aku tak update blog ni. (ya, aku masih sedar)
Balik-balik dah bersawang blog aku ni. (dah nama pun laman sesawang, bodo)
Dan dah bertambah followers aku, walaupun tak kenal. (bajet hot la tu.. tak pun)

Eh, kau ni siapa ha bercakap dalam bracket? Menyampuk lak aku tengah cakap.
(aku blog kau ni la.. kau main blah je 6 bulan tinggalkan aku. nafkah batin pun kau lupa kan? sial!!)

Oh, kau marah-marah aku ye. Jangan sampai aku tekan butang Sign Out tu dan datang balik lagi 6 bulan.
(no no no! please jangan! ampun, tuan. ampun...)

Ampun, tuan. Please, jangan tinggalkan aku lagi...


Mengada-ngada gak blog aku ni. Merajuk macam datang bulan lak. Baru 6 bulan aku tak update. Bukannya aku delete pun blog ni.

Selamat datang kepada followers baru, dan yang masih setia. Sihat semua? Maaf kerana mengabaikan Orkestra Hidup ni. Kehidupan aku sibuk sepanjang 6 bulan tu. Ni pun aku curi-curi masa sket. Harap-harap lepas ni aku rajin sket la update blog ni. Dah masuk alam bekerja tetap nanti, lagi takde masa kan.

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada skuad muda Harimau Malaya kerana merangkul emas dalam bola sepak Sukan SEA semalam. Match yang sengit, tapi kita menang juga akhirnya. Harap-harap tiada permusuhan berterusan antara kita dan Indonesia. Adat sukan ada kalah dan menang kan.

Auumm!! Auumm!!


So, aku boleh post pendek je kali ni. Lain kali aku bantai post merapu panjang-panjang.

Sebelum aku undur diri, ada satu perkara aku nak korang buat dulu.

Sila tengok gadis comel di bawah ini.






Haa, korang nampak kan tarikh lahir dia tu? Hari ni kan?
Jadi, kepada yang friends dengan beliau, jangan lupa wish birthday. Kepada yang bukan friends, kalau rasa macam malu nak add friends dengan dia semata-mata nak wish, (atau malu nak add sebab boyfriend dia pun hensem), bagi ucapan kat sini pun boleh. Dia pasti menghargai ucapan korang.


Tunggu apa lagi? CEPAT LA WISH!!

Adios. See ya all next time.

Wednesday, May 25, 2011

Aku Pernah Berada di Sini

Sebelum aku pulang ke kampung halaman iaitu Bandar Baru Bangi pada petang 26hb Mei ini, aku ingin perkenalkan diri aku dulu. Mungkin ada yang tak kenal aku lagi. Jadi, sini korang akan tahu aku siapa.

Nama aku Shahridzal Aizat bin Shahrum.

Lahir pada tarikh sama tsunami melanda teruk, tapi pada tahun 1989.

Tinggi aku sekadar cukup tangan aku menyentuh kipas di DPP Perwaja. Kalau tinggi sangat, boleh terputus tangan aku ni menggeliat bila bangun pagi.

Berat aku berubah-ubah. Kadang-kadang seberat 6 guni beras, kadang-kadang tambah 2 kilogram lagi, kadang-kadang tolak 2 kilogram pula.

Nombor matrik aku 129892. Mengambil jurusan Sains Pemutusan dengan Pujian. Menginap di DPP Perwaja. Pelajar semester terakhir, iaitu semester 6.

~
~

(Dan, timbul beberapa persoalan yang bermain di fikiran pembaca.)

" Awak ni hensem tak? "

- Kau tengok sendiri la gambar aku kat Facebook tu. Cari nama aku.

" Kau duduk Perwaja. Budak Palapes ke? "

- Tak, aku tak suka makan kek lapis. Aku duk Perwaja dari sem 2. Sebelum tu duk DPP MISC masa sem 1.

" Pointer awak ok? "

- Kau nak sumbangkan sedikit pointer kau kat aku ke?

" Hobi kau? "

- Main gitar dan bass, online, tengok movie.

" Main sukan apa? "

- Aku saja-saja main. Tak mewakili pasukan. Futsal, bola tampar, bowling.

" Kalau saya nak belanja, awak suka makan apa "

- Kalau kau boleh belanja aku nasi ayam dengan milo ais, konfem aku menangis bersyukur.

" Rajin clubbing tak? "

- Clubbing?

" Maksud saya, aktif dalam club atau persatuan tak? "

- Kau cakap biar betul bahasa tu. Aku luku kang. Aku aktif dengan kelab QUSAC, Kelab Motor Perwaja (sekarang Kelab Permotoran BSN). Jawatan aku tak perlu la korang tahu. Sebab takde pun. Lagi satu, aku main music dengan band aku, Rockestra.Dorang ni gempak. Silalah sokong mereka.

" Apa yang buat kau unik kat UUM ni? "

- Aku tahu takde orang yang lebih comel macam aku.

" (-.-') "

- Main-main jela. Kau pernah nampak kereta ala-ala kancil warna hijau dan steering belah kiri tu? Nombor plate BFH 5522. Haa, tu kereta aku. Lepas ni jangan korang rindu-rindu lak tak nampak kereta tu lalu-lalang dalam UUM ni.

" Member-member rapat kau siapa? "

- Kalau kau tak kenal, tak kisah la. Dorang ni tiada penggantinya. The best, the coolest, and the craziest bunch of guys and girls that I've met. Nasib baik aku takde nombor ambulans hospital bahagia.

" Awak dah ada girlfriend ke? "

- Lisa Surihani

" Haha. Kelakar la awak ni. So, awak ni single lagi ye? "

- Betul la aku cakap tadi. Girlfriend aku macam Lisa Surihani. Bukan Lisa yang betul tu. Kawan-kawan panggil dia Lisa Bizmath @ Lisa Surirumah.

" Bila kau blah nanti, apa yang kau terkenangkan dalam UUM ni? "

- Susah aku nak ceritakan. Tapi aku ringkaskan je. Setiap detik bersama kawan-kawan aku di sini. Semuanya special bagi aku.

" Ang 3 taun dah duk sini, boleh cakap Kedah dak? "

- Ang perlekeh aku ka? Tabuh pungkuq ang satg baru tau.

" Awak rindu tak hidup di UUM ni nanti? "

- Gila ke tak rindu? Aku takut aku menangis je saat aku keluar dari gate UUM ni nanti. Banyak kenangan best dan tak boleh dilupakan.

" Ada apa-apa pesanan terakhir? "

- Aku nak pesan burger daging cheese satu........ Okay, main-main je.

PESANAN TERAKHIR:

Kepada rakan-rakan Sains Pemutusan, semoga berjaya mengharungi praktikal nanti. Kalau ada yang terasa dengan aku, minta maaf la. Kalau ada yang pernah sekelas dengan aku, jangan rindu-rindu kelibat aku dalam kelas ye. Jumpa lagi bila nak hantar report praktikal.

Kepada junior-junior di DPP Perwaja, semoga korang teruskan perjuangan dan capai impian masing-masing. Kalau ada yang terasa dengan aku sebelum ni, tergurau kasar, terkasar bahasa, aku minta maaf. Terus mengharumkan nama Perwaja, DPP Terbaik.

Kepada junior-junior QUSAC, belajar rajin-rajin dan teruskan perjuangan. Jangan stress sangat sebab fakulti kita memang susah subjeknya. Enjoy your studies, jangan biarkan ia membebankan anda.

Dan akhir sekali, Buat kawan-kawanku, yang rapat dan selalu berada dengan aku sejak sem 1, aku nak mintak maaf jika sepanjang perkenalan kita aku ada buat salah dan silap. Aku manusia yang lemah juga. Jika ada yang terguris hati, maafkan aku sebab aku tak pernah terniat buat camtu. Terima kasih sebab buat hidup di UUM ni satu yang bermakna, seronok. dan tak terganti nilainya. You guys are the best.

Love you all.



The Ladies of Biz Math

Bakal Saintis











Pranksters




























Nostalgia Sem 1
















Serbu kuala Perlis

Sem 4 BBQ

Ramai-ramai pakai smart














Band Rockestra

Metakustika

Qusac Family

KLK Pancaragam

Sukarelawan Banjir

BBQ Sem 6

Geng Melompat

Nanolensa punya geng

BSN Motoring Club



- THANKS FOR THE MEMORIES -